tetamu kehormat

Saturday, February 25, 2012

Harta dan dunia

Bila dah hidup bertuhankan harta. Memang tak pernah nak lena. Tiap masa sibuk cari kemewahan dunia. Sampaikan akhirat habis semua dilupa.

Ada gak yang sanggup membuang keluarga demi dunia. Tak tau dia fikir macamana. Dia ingat harta tu boleh ganti dia punya keluarga sanak saudara. Sebab dunia lupa ibu bapa.

Ada jugak yang sanggup menggadai maruah demi cinta dunia. Kononnya bila dah bagi semua, tu tandanya saling mencinta. Katanya cinta sedalam lautan samudera. Last2 anak dah remaja, ayahnya tak tau sapa. Remaja sekarang pulak tak tau nak hargai nyawa. Bila dah beranak buang bayi merata. Memang dah gila.

Kalau bercinta tu biarlah berpada. Janganlah terikut nafsu sampaikan maruah pun hilang harga. Tiada cinta yang lebih hebat berbanding cinta Allah yang Esa.

Kalau dah bekerja tu jangan la sampai tak ingat dunia. Asyik memandang bintang dilangit, rumput dibumi dilupa. Kalau ye pun nak hidup sempurna, jangan lupa beribadah kepadaNya.

Dunia ini hanyalah sementara. Persinggahan sebelum menuju ke akhirat untuk selamanya. Jangan bongkak dengan kuasa yang ada. Sebab ada yang lebih berkuasa, tiada tandingannya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^