tetamu kehormat

Saturday, February 25, 2012

Harta dan dunia

Bila dah hidup bertuhankan harta. Memang tak pernah nak lena. Tiap masa sibuk cari kemewahan dunia. Sampaikan akhirat habis semua dilupa.

Ada gak yang sanggup membuang keluarga demi dunia. Tak tau dia fikir macamana. Dia ingat harta tu boleh ganti dia punya keluarga sanak saudara. Sebab dunia lupa ibu bapa.

Ada jugak yang sanggup menggadai maruah demi cinta dunia. Kononnya bila dah bagi semua, tu tandanya saling mencinta. Katanya cinta sedalam lautan samudera. Last2 anak dah remaja, ayahnya tak tau sapa. Remaja sekarang pulak tak tau nak hargai nyawa. Bila dah beranak buang bayi merata. Memang dah gila.

Kalau bercinta tu biarlah berpada. Janganlah terikut nafsu sampaikan maruah pun hilang harga. Tiada cinta yang lebih hebat berbanding cinta Allah yang Esa.

Kalau dah bekerja tu jangan la sampai tak ingat dunia. Asyik memandang bintang dilangit, rumput dibumi dilupa. Kalau ye pun nak hidup sempurna, jangan lupa beribadah kepadaNya.

Dunia ini hanyalah sementara. Persinggahan sebelum menuju ke akhirat untuk selamanya. Jangan bongkak dengan kuasa yang ada. Sebab ada yang lebih berkuasa, tiada tandingannya.

Hehe

Hehe. Ni la dia buah hati baru yang aku maksudkan...

Dah parking dah digital drum sebijik kat dalam bilik aku.



Alhamdulillah ade rezeki. Aku rembat je la.

Minta maaf la kalau ade yang fikir benda lain dalam entri aku yang aritu. hehe. Saje nak buat saspen.

Medeli DD305.

Friday, February 24, 2012

Ape nak jadi?

Astaghfirullahalazim....

Hmmm.. Remaja zaman sekarang. Tak kira bangsa dan agama. Elok je berkepit ngan pasangan. Kalau jalan sesame tu takpe lagi. Ni siap berpegang tangan. Hadui.

Selalu sangat tengok fenomena camni. Kalau dah pegi bandar kompom jumpe. Kat shopping complex takyah nak cite la.

Kawan aku pernah luahkan kat aku. Ape la maknenye pakai tudung tapi jalan ngan boipren berpegang tangan. Haha.

Aku tak tau la nak cakap ape. Saje taip entri ni nak luahkan perasaan dan teguran.

Kalau nak jalan ngan awek/pakwe tu, jaga la adab. Jaga batas2 pergaulan. Especially yang Islam, hindarilah perkara yang dimurkai Allah.

Persahabatan

Sahabat, kawan, rakan, teman. Sebutan memang berlainan. Tapi sama je harapan. Menemani kita dalam menempuh pelbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupan.

Tak susah nak cari kawan. Yang susah adalah memilih kawan yang betul2 boleh menjadi teman dan sahabat. Ada orang tua pesan, jangan berkawan dengan bebudak nakal. Nanti kita pun terjebak ngan diorang. Ayah aku lak pesan, berkawan la dengan sapa pun. Berkawan dengan bebudak nakal pun takpe. Asalkan aku tak terikut2 ngan perangai diorang. Pilihlah kawan yang betul2 boleh membimbing kita ke arah kebaikan.

Bila dah berkawan, jaga la hati kawan tu. Ada yang dah kemaruk bercinta sampaikan kawan sendiri terabai. Lebih pentingkan gupren/boipren berbanding kawan. Ada lak yang lebih percayakan pasangan dia berbanding kawan sendiri.

Kalau ada yang memiliki kawan camtu, sabar je lah. Ada masa nanti dia sedar la kesilapan yang dia buat.

Jaga la hubungan persahabatan kita sebaik mungkin.

"Persahabatan itu umpama kaca.. Apabila jatuh ia akan pecah berderai.. Bila dicantumkan semula, ia tidaklah seindah asalnya"...."Sehebat mana pun 'gam gajah', ia tak kan mampu mencantumkan serpihan kaca ke bentuk asalnya"

Buah hati baru

Uhuk uhuk...Ehem....

Buah hati baru? Kekasih baru? Hehe.. Alhamdulillah.. Dah lame aku berkenan kat beliau. Lame dah aku cari yang miliki ciri camni.

Nak yang 'mengancam', jual mahal lak. Takpe la aku terima je yang simple2. Warna tu tak jadi ukuran. 

Sebenarnya lame dah aku rapat ngan dia. Dah beberapa minggu berdamping ngan aku. Saje je taknak bagitau. 

Lepas ni bleh la aku nak luangkan masa, buang boring ngan buah ati baru neh. Takde la rasa sunyi. Bleh lepaskan tensen.

Alhamdulillah setakat ni dia sanggup buat apa saja yang aku nak. Selagi dia bleh bagi. Takde buat perangai nak menggedik lagi.

Nak tau nama tak? Hehe. Nama dia ni pelik sket. Jarang korang dengar. Takpe la nanti2 aku upload gambar dia. Malam2 gini aku nak lepaskan tensen kat dia jap.

Thursday, February 23, 2012

Sudah ketentuan

Tadi aku talipon ayah aku kat umah. Tiba-tiba ada satu berita yang agak menyenak perut. Sorang kawan aku kat kampung meninggal dunia sebab masalah kesihatan.

Tak sangka pulak. Biasanya ada je dia lepak ngan aku kat kampung. Ati pun baik.

Cuti hujung tahun lepas je aku tak jumpa ngan dia sebab dah masuk hospital. Asma menyerang. Arini, dia dah pergi menghadap Ilahi. Rasa sedih gak.

Memang lah. Ajal maut ditentukan Allah. Kita tak leh nak buat apa dah kalau dah sampai masa. Aku doakan agar roh allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.....

Sunday, February 19, 2012

Dilema

Pusing2 kat Jusco. Merayau2 kat Ipoh Parade. Tawaf kat Greentown mall. Mata meliar nak cari baju ntuk baby. Haishh.. Bukan baby aku la. Baby sulung abang aku tu haa.

Sambil cari aju, nak cari mainan gak. Tapi, keputusan tetap sama. AKU TAK PANDAI NAK PILIH.

Nak cari baju, aku tak tau mana satu baju yang ensem. Nak cari mainan, tak tau mainan mana yang sesuai. Nak beli anak patung, budak tu LELAKI. Nak beli keter kontrol, kecik lagi.

Rindu lak aku ngan budak bulat tuh. Tak sabar nak balik cuti nih nak jumpa ngan dia.

senyum sokmo

Saturday, February 18, 2012

Level 1 completed

Alhamdulillah dah setel ujian berkomputer. Dapat 44 je. Tu la malas nak baca buku peraturan. Hehe.

Lepas ni, mudah mudahan takde halangan. kalau boleh nak setelkan secepat mungkin. Aku dah tak sanggup bawak moto ngan keter tanpa lesen. Susah woo. Walaupun sebelum ni dah selalu aku 'terlepas' bawak moto gi bandar.

Sekarang, tumpukan perhatian balik kat mr assignment yang dah mengganggu pemandangan meja aku.

Tapi..

Sebelum tu....

Krohhhhh.....

Ingatlah

Sekali lagi aku bangun awal di hujung minggu yang tenang dan best untuk meneruskan aktiviti melombong taik mata. Arini nak gi amik ujian undang2 lak. Iye la baru nak amik lesen kan.

Lantak korang la nak kata apa sebab aku lambat amik lesen. Hehe. Aku bukan anak orang berharta. So kena la kumpul duit sendiri kalau nak kan sesuatu. Tak mau dah menyusahkan mak bapak.

Kekadang aku terdengar cerita, mase belajar mak bapak dia bersusah payahnak cari duit. Mak bapak lak bukan orang senang. Tu pasal mak bapak. Anak dia lak? Guna duit beli henset, makan pizza, belanja kawan. Iskk!! Tak tau la camne perasaan diorang tuh. Tak kesian ke kat mak bapak?

Bapak aku selalu je pesan kat aku ngan abang aku, dia takde harta banyak nak diwariskan, cukup la dengan kemampuan yang dia ada sekarang, cari ilmu, belajar bebetoi, kalau aku dah jadi seorang yang berjaya, tu je la yang dia wariskan.

Dengar je dia cakap camtu, kitorang pun bertempiaran membawa diri memasing. Haha. Bukan tak sanggup dengar ceramah, tapi sedih bila dia cakap camtu. Rasa sebak menyelubungi setiap penjuru hati dan perasaan.

Kepada remaja2 kat luar tu, hargailah jasa ibu dan ayah korang.....

Tinggal di tanah perkuburan

Tadi kebetulan tengok berita kat tv3. Berita tentang beberapa orang rakyat gaza yang terpaksa tinggal kat tanah perkuburan sebab kediaman diorang dah musnah.

Huhu... Sedih ati aku bila dengar.

Aku pun tak tau sampai bila agaknya perkara israel-palestin ni nak setel. Mungkin takkan setel sampai kiamat kot. Wallahualam..

Sama-samalah kita berdoa demi keamanan dunia, kebahagiaan saudara2 kita tak kira la kat mana sekalipun.

**kite biase dengar kalau kat tanah perkuburan musti seram sejukbeku kan..deme tinggal kat situ elok je.

Friday, February 17, 2012

Sambuatan Maulidur Rasul

Pagi tadi ipg ipoh ade anjurkan perarakan, pertandingan sepanduk dan ceramah sempena maulidur rasul tahun ni. Yang nak di highlight kat sini, pertandingan sepanduk tu haa.. Hehe.

Ntah kul brape tido semalam sebab nak siapkan sepanduk blok asrama aku. Malas la nak pikir macam2. Kitorang buat simple je.

Beli kain putih ngan kertas warna.

Print tema maulidur rasul tahun ni kat kertas warna. Satu huruf sekeping kertas.

Menghargai usaha pembuat doubletape ngan stapler.

Siap!!



Hehe. Kitorang ikut bukan semata-mata nak bertanding pun. Yang penting ade semangat nak join. Tengok tadi banyak gak sepanduk2 yang hensem dan ayu..

Tahniah dan respect kat diorang semua sebab berjaya menghasilkan sepanduk lawa2 walaupun mase terhad.

Tahniah gak kat kengkawan yang dah berbakti semalam sehinggalah sepanduk kita berjaya diarak dari padang hoki ke dewan sri tanjung. Nasib baik huruf tak cicir.

abang2 senior

biro kerohanian 

sepanduk comei tapi menarik


p/s-tak kisah la ade sepanduk ke tak, berarak ke tak, yang penting bagi aku, sebagai umat Islam jangan pernah lupa akan perjuangan Rasulullah SAW kekasih Allah, jangan pernah meninggalkan ajaran dan sunnah baginda, yang paling penting, never2 tinggalkan solat 5 waktu....

Saturday, February 11, 2012

Jagalah Kesihatan

Aritu gi temankan kawan aku buat medical checkup kat spital. Risau sebab dia selalu je sakit kepala. So, sebelum jadi ape2 baik pegi cek.

Kalau pasal bayaran, memang tinggi. Tapi demi kesihatan, duit pun tengah ade, bayaran tinggi bukan masalah.

Lepas buat scanning, alhamdulillah. Result nye menyenangkan ati kitorang. Takde ape2 yang berlaku. Dia ade migrain je. Kene jage makan la lepas ni. Hehe.

Pesanan aku kat semua, jage la pemakanan ye. Bak kate iklan2 kesihatan, mencegah lebih baik dari merawat. Bertindak sebelum terjadi sesuatu, bukan bertindak setelah perkara tersebut berlaku.

Aku lak jenis macam tong sampah. Segala benda aku telan je. Selagi benda tu halal dan boleh dimakan. Cik adik aku pun pening tak tau benda ape yang aku takleh makan. Kene lak dia takleh makan semua benda. Hehehe.

Wednesday, February 8, 2012

MyKad ku uzur


Huh. Demi nak renew mykad aku yang dah dimamah usia ni, terpaksa la merajinkan diri ke pejabat pendaftaran. Nak kuar pagi, tak dapat kebenaran pulak. Tengahari baru bleh lepas.

Sampai je kat pejabat pendaftaran, rase sebak menyelubungi diri. Nak nanges la rasenye. Punye la ramai umat manusia arini. Gi je kat kaunter, amik nombor giliran. Tu dia... Nombor 1412. Mase tu baru sampai 1333 yang dah berjaya meloloskan diri ke kaunter. So, ade 79 orang lagi nak kene tunggu.

So, sementara nak tunggu tu. Solat, pastu duduk kat kerusi menunggu. Ntah berape kali aku terlelap. Memang ngantuk kaw2. Kesian lak kawan aku dua orang ni terpakse tunggu aku.. Terima kasih sahabat....

Pikir la sikit

Haishh.. Atas moto pun nak bermesra. Kalau ye pun nak sangat belai membelai jangan mase moto tu gerak. Kalau eksiden naya je. Yang pompuan seronok peluk dari belakang, yang lelaki plak bawak moto tak betul. Dah best sangat.

Runsing betui aku bila tengok ade yang buat camni. Dah tu tak malu lak pengguna jalan lain tengok diorang. Haha. Tu tak tau lagi dah kawin ke belum.

Kalau dah bawak moto atau keter kat jalan tu jangan la buat mende tak senonoh. Kang silap aribulan peluk divider lak. Kalau melibatkan orang lain, lagi la hangin. Kalau eksiden sendiri je takpe, dah silap sendiri. Dapat la 'hasil' dia.

Tuesday, February 7, 2012

Yang penting niat hati

Sekarang ni, kalau kite jalan2 kat tengah2 bandar konpem akan terjumpe ngan peminta sedekah. Maaf la kalau aku guna bahasa yang kasar. Hehe. Kiter gak selalu dengar pasal sindiket peminta sedekah. Suruh orang lain duk tercongok mengemis. Yang tukang suruh lak tengah layan Ombak Rindu sambil kunyah kacang menglembu cap pagoda.

Kengkadang mesti kiter ragu-ragu kalau nak bagi sedekah kan. Bile tengok diorang ni kesian je. Pastu tetibe terpikir pasal sindiket2 nih. Terus tak jadi nak bersedekah. Hehe. Aku selalu je camtu.

Tapi mak aku pernah pesan. Kalau nak bagi tu, tak payah la nak pikir. Pasal diorang tipu atau tak, belakang citer. Yang penting niat kat hati tuh. InsyaAllah. Buat ikhlas dapat pahala.

Thursday, February 2, 2012

Sabar je la

Arini tetibe ade perkara yang agak menyakitkan hati orang2 sabah sarawak. Heboh pasal ade sorang pompuan yang menghina orang sabah dan sarawak kat twitter. Ramai gak yang post bende ni kat pesbuk. Heh..

Ni bukan pertama kali. Sebelum ni pun dah banyak tapi yang dihebohkan sikit je. Sakit ati tu memang la. Tapi dalam hal ni tak payah la nak emotional sangat2 kat pesbuk. Bukan dia tau pun kalau kita setakat maki hamun kat printscreen yang di post tu.

Mungkin budak ni tak tengok lagi dunia luar. Terperuk kat tempat dia je. Aku pun bengang gak bile heboh pasal kes2 macam ni. Tapi diam je. Tapi kalau jumpe depan mate sape yang buat tu memang aku pegang la. Takyah cakap banyak. Kalau nak cakap puntunggu lepas belasah. hehe..

Tak payah la heboh2 ye. InsyaAllah sampai mase nanti ade la balasan die. AKu harap gambar tu bukan gambar yang di photoshopkan oleh pihak2 tertentu yang sengaje nak pecahbelahkan rakyat. Sarawak, Sabah, Semenanjung, kite sume tetap rakyat Malaysia. Insan biase yang ade kelemahan dan kekurangan.

Cabaran guru

Bile buat aktiviti ngan bebudak prasekolah semalam, sekali lagi aku rasekan situasi yang agak mencabar tapi menyeronokkan. Susah gak nak tarik minat kanak2 untuk tumpukan perhatian. Tapi kalau diorang dah setat suke ngan ape yang kite buat, best woo.. Cepat je bagi respon.

Teringat lak aku mase kat tabika dulu2. Camne la cikgu aku bleh layan perangai menyetan kitorang. Hehe. Kecik2 dah jahat. Bile besar jadi budak baik!!

Mase buat aktiviti, tak berenti aku gelak tengok gelagat diorang. Geram gak tengok bebudak comel tuh.

Ade yang pendiam, ade gak yang banyak cakap. Huhu. Lepas ni kene banyak belajar lagi la camne nak ngajor bebudak.