tetamu kehormat

Monday, January 23, 2012

Wong Jowo jadi trillionaire....

Pagi ni aku bukak Yahoo!. Antara top news kat Yahoo!, trilionnaire pertama kat dunia, Kamal Ashnawi. Aku google je name nih, dah berlambak entri pasal beliau. Hehe. Tak sangke pulak. Almaklum la semalam aku tak online sangat. Lambat sket nak tau pasal berita semalam. Tak sangke lak aku orang Melayu jadi orang terkaya di dunia. Eh?? Melayu ke Jawa? Keturunan Maharaja Jawa lak tuh. Huhu.

Banyak2 entri aku bace, kesahihan dakwaan beliau belum dapat dipastikan. Asal Perak tu. Aku pun nak kate caye, tak jugak. Sedangkan ade orang sanggup mendakwa diri jadi nabi, ni lak harta. Hmmm. Tak tau la. Tapi kalau betul pun ape salahnye kan. Boleh la aku ngobrol2 ngan die, koman2 dapat seploh ribu, best gak tu. Aku pun anak Jawa gak. Ngeh3...

Ape pun, aku tak kisah la sape yang jadi orang terkaya kat muka bumi ni. Yang penting, jangan la dilupakan orang2 yang masih memerlukan. Ade ramai lagi yang tak cukup makan kat Malaysia nih. Ade yang masuk rancangan Bersamamu tu untung la. Ramai gak lagi yang masih terabai. So, pesanan aku, 'Jangan malu jadi penoreh getah, takde penoreh getah Rolls Royce Phantom pun takleh jalan. jangan malu jadi nelayan, takde nelayan restoran seafood mahal pun takde bekalan. Tapi malulah kalau mampu beli Rolls Royce Phantom, makan kat restoran seafood mahal2 tapi tak pernah nak tolong golongan2 kat atas tadi."

*Pasni ade la yang tukar 'Who wants to be a billionaire' jadik 'Who wants to be a trillionaire'

1 comment:

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^