tetamu kehormat

Saturday, January 28, 2012

Music..part of my life

Yeah.. Alhamdulillah tak sia-sia aku stay kat asrama mase cuti nih. Kawan2 ajak jamming. Walaupun tak selalu, at least dapat la release tension sambil 'melembutkan' kembali tangan yang dah keras. Best!! Dah lame tak main memang tuning tangan nak ketuk drum dah lari.

Senior aku dah pesan, lepas ni dia dah takde masa nak jamming sebab sibuk ngan praktikum. Final year la katakan. So, bergantung la kat kitorang camne nak teruskan industri muzik di IPG yang tercinta ini. Chewah.

Semalam aku usha kat internet cari virtual drumkit. Alhamdulillah last2 jumpa gak DvDrum. Memandangkan aku bergantung sepenuhnya kepada kemudahan wifi yang telah disediakan oleh kerajaan di ipg ni, susah gak nak cari website yang bagi link download yang tak di block. So, kalau ade reader yang berminat main drum, bleh la klik Link 1 atau Link 2. Aku suke software ni sebab senang nak gune dan yang paling penting, full version. Tak payah la nak cari crack atau keygen. Hehe. Just gune keyboard kalau nak main. Tapi kalau yang gune laptop tu aku galakkan gune la usb keyboard. Kalau tak.......paham2 je lah. Walaupun ni still dalam 'beta', but they have done their job well. Diorang ade gak sertakan bonus drumless track bila dah install.

Sekian...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^