tetamu kehormat

Saturday, January 28, 2012

Music..part of my life

Yeah.. Alhamdulillah tak sia-sia aku stay kat asrama mase cuti nih. Kawan2 ajak jamming. Walaupun tak selalu, at least dapat la release tension sambil 'melembutkan' kembali tangan yang dah keras. Best!! Dah lame tak main memang tuning tangan nak ketuk drum dah lari.

Senior aku dah pesan, lepas ni dia dah takde masa nak jamming sebab sibuk ngan praktikum. Final year la katakan. So, bergantung la kat kitorang camne nak teruskan industri muzik di IPG yang tercinta ini. Chewah.

Semalam aku usha kat internet cari virtual drumkit. Alhamdulillah last2 jumpa gak DvDrum. Memandangkan aku bergantung sepenuhnya kepada kemudahan wifi yang telah disediakan oleh kerajaan di ipg ni, susah gak nak cari website yang bagi link download yang tak di block. So, kalau ade reader yang berminat main drum, bleh la klik Link 1 atau Link 2. Aku suke software ni sebab senang nak gune dan yang paling penting, full version. Tak payah la nak cari crack atau keygen. Hehe. Just gune keyboard kalau nak main. Tapi kalau yang gune laptop tu aku galakkan gune la usb keyboard. Kalau tak.......paham2 je lah. Walaupun ni still dalam 'beta', but they have done their job well. Diorang ade gak sertakan bonus drumless track bila dah install.

Sekian...

Monday, January 23, 2012

Wong Jowo jadi trillionaire....

Pagi ni aku bukak Yahoo!. Antara top news kat Yahoo!, trilionnaire pertama kat dunia, Kamal Ashnawi. Aku google je name nih, dah berlambak entri pasal beliau. Hehe. Tak sangke pulak. Almaklum la semalam aku tak online sangat. Lambat sket nak tau pasal berita semalam. Tak sangke lak aku orang Melayu jadi orang terkaya di dunia. Eh?? Melayu ke Jawa? Keturunan Maharaja Jawa lak tuh. Huhu.

Banyak2 entri aku bace, kesahihan dakwaan beliau belum dapat dipastikan. Asal Perak tu. Aku pun nak kate caye, tak jugak. Sedangkan ade orang sanggup mendakwa diri jadi nabi, ni lak harta. Hmmm. Tak tau la. Tapi kalau betul pun ape salahnye kan. Boleh la aku ngobrol2 ngan die, koman2 dapat seploh ribu, best gak tu. Aku pun anak Jawa gak. Ngeh3...

Ape pun, aku tak kisah la sape yang jadi orang terkaya kat muka bumi ni. Yang penting, jangan la dilupakan orang2 yang masih memerlukan. Ade ramai lagi yang tak cukup makan kat Malaysia nih. Ade yang masuk rancangan Bersamamu tu untung la. Ramai gak lagi yang masih terabai. So, pesanan aku, 'Jangan malu jadi penoreh getah, takde penoreh getah Rolls Royce Phantom pun takleh jalan. jangan malu jadi nelayan, takde nelayan restoran seafood mahal pun takde bekalan. Tapi malulah kalau mampu beli Rolls Royce Phantom, makan kat restoran seafood mahal2 tapi tak pernah nak tolong golongan2 kat atas tadi."

*Pasni ade la yang tukar 'Who wants to be a billionaire' jadik 'Who wants to be a trillionaire'

Wednesday, January 18, 2012

Demam.....hukhuk


Adoi demam datang menyerang pulak. Selsema, batuk, bergabung tenaga membuatkan aku susah nak tido malam. Tapi dah tido susah lak nak bangun. Rase malas je nak datang kelas. Hehe..

"Tu la lain kali pegi la main ujan lagi. Minum ais banyak2 lagi afdal." kate mak aku...agak sinical di situ ye tuan2...

Skang ni lak aku jenis malas nak telan ubat2. Kalau sebelum ni, tak sihat sikit dah carik ubat. Koman2 pun panadol sebijik selamat aku telan. Skang ni sebagai pengganti ubat2 lain, aku bantai je strepsils ngan 100plus.


Harap2 la demam aku ni cepat sembuh. Dua tiga ari ni aku makan sume rase same je. Penat order tomyam, dah masuk mulut aku rase sup je. Orang lain bukan main kate sedap. Jeles pulak aku. Huhu...

Tuesday, January 3, 2012

Pertama 2012

Alhamdulillah dah dua hari aku selamat sampai kat ipg.. Cuti sebulan lebih rase macam tak cukup je. Hehe. Teringat lak kat pokok2 buah kat kampung. Adoi.... Rase nak balik umah lagi la. Best betul cuti, kene lak ngan musim buah. Makan lak takde nak risau. So, tumbesaran perut pun agak memberangsangkan sepanjang cuti nih.

Dua ari aku tido berbantalkan beg aku je. Daifnye.. Hehe. Bantal aku still dalam stor lagi. Pakcik penyelia tu pulak kate stor bukak ari ni. Tak tau la pagi atau petang. Aku pun tak tau nak buat ape coz semua barang aku kat dalam stor tuh. Sikit je yang aku bawak balik. Tu la rajin sangat nak letak dalam stor. Huhu.

Dah masuk semester baru, masuk ke era baru. Chewah. Zaman degree dah bermula. Tak mau dah nak sia-siakan peluang ni. Pointer mase exam aritu 3.06 je. Tu pun aku rase nasib je. Ngan ade satu assignment aku tak setelkan. Hehe. Dah balik umah baru teringat pasal ade assignment tak buat lagi. Hadoi. Nasib baik la aku still lulus. 

Okeh.. Nanti2 lah aku sambung citer ye... Nak susun balik barang2 yang aku bawak balik aritu. Dah dua hari, semua still elok dalam beg. Takde mood nak berkemas. Ehe.. Babai....