tetamu kehormat

Tuesday, December 13, 2011

Apa itu??

Sekarang ni, kat hujung kampung aku dah ade kemudahan yang latest. Lagi latest dari Samsung Galaxy Note yang suke menyebok kat tv tuh (aku rase la).



Haa tu la dia yang cheq nak habaq tadi. Ehem.. Aku tak tau nak panggil ni ape. Nak kate jeti, tak macam jeti. Nak kate pelabuhan, jauh panggang dari api. Nak kate dermaga, memang nak kene kaki. Tapi yang ni korang bace la sendiri.


"Tempat penaikan/penurunan perahu". Paham tak? Bukan perahu yang nak turun naik tau, tapi orang. Hehe. Baguih gak deme dah buat jeti baru. Bukan setakat orang, keter pun boleh lalu dengan mudahnya.

Ade gak orang kate untuk kemudahan feri. Sebab sayup2 khabar angin monsun kate jambatan sungai Lawas nak diganti. Nak buat jambatan ala2 London Bridge is falling down..falling down..falling down.. Nak ganti jambatan yang wujud sejak zaman omputih dulu. Aku rase tu la satu-satunye jambatan satu lorong yang still berfungsi kat jalan utama kat Malaysia nih. Kalau ade kenderaan lain dari arah bertentangan, kene la tunggu dengan penuh kesabaran.

Cekidaut...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^