tetamu kehormat

Saturday, November 19, 2011

Perutusan YAB tuan tanah sempena cuti

Sket lagi dah nak berkumpul kat padang. Nak gerak sama2 ke LCCT. Tiga buah bas, gerak sekali. Penuh la nanti food court kat LCCT tu ngan gink borneo ipg ipoh. Jaga...!!

Kesempatan ni, aku nak ucapkan selamat bercuti kepada semua yang terlibat dan terasa bila sebut pasal cuti sekolah. Sahabat handai, rakan taulan IPG Kampus Ipoh, hargailah masa cuti anda. Jangan buat mende2 yang tak elok. Ingatlah status kita sebagai guru pelatih, yang akan menjadi pendidik anak bangsa. Jangan dok sebok pasai status pesbuk je. 

Kepada abang2 dan kakak2 unit F yang dah tamat gelaran sebagai guru pelatih, selamat menjalankan tugas. Sekarang dah pegang gelaran guru terlatih. Jalankan tanggungjawab seperti apa yang diharapkan. Kalau yang posting dekat tu, rajin2 la datang ipg ni balik. Kalau ada yang terposting kat sarawak atau sabah, jangan risau. Tengok kat tv memang macam susah je hidup. Datang, tengok, rasakan sendiri. Baru best. Hehe. 

Dalam bas 3 jam. Dalam flight 2 jam setengah. Dalam keter 3 jam lagi, amik tugas jadi co-driver. Sampai rumah memang tido terus. Pembaca sekalian, doakanlah segala urusan arini dipermudahkan ye. Harap2 takde halangan yang tak diduga datang. Mudah-mudahan segalanya berjalan ngan lancar.

Maafkan lah aku kalau selama ni aku banyak buat salah kat korang semua. Tersilap kata, terlanjur bicara, tertampar muka, tersepak dada. Ada yang aku sedar, ada yang aku tak sedar. Walaupun masa tu aku dalam keadaan sedar. Sedarkanlah aku. Jumpa lagi tahun depan.

Sekian, assalammualaikum....


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^