tetamu kehormat

Sunday, November 20, 2011

Dah sampai rumah

Alhamdulillah akhirnya sampai gak aku kat kampung halaman tercinta neh. Hehe.

Penerbangan KL-KK sepatutnye 2 jam 30 minit je. Tapi disebabkan cuaca buruk semalam, terpaksa duk dalam flight 4 jam. Baki sejam 30 minit, flight berlegar-legar kat ruang udara KK nak tunggu kebenaran untuk turun. Encik pilot siap bagitau kitorang. Kalau tak leh nak landing kat KK mase tu, terpakse landing kat Labuan. Huh. Memang kesian la family yang tengah duk tunggu kat bawah.  Mase kat atas memang berserah je lah. Redha je ngan ape yang terjadi. At last dapat gak landing walaupun ujan still lebat lagi.

Mase nak balik, ade masalah lain lak. Ujan lebat. Ayah aku pun tak leh nak drive laju. Nak sampai sempadan sabah-sarawak, kene sampai dalam mase 2 jam lagi. Kalau tak kene tunggu gate bukak. SO, terpakse la menumpang kat umah sedare. Pagi tadi kitorang dah gerak balik. Sampai umah mase tengahari.

Arini, bermula la suasana cuti. Jumaat lak dah plan nak gi kuching ngan mak aku. Untuk ape, nanti aku citer ye. Kucing aku pun dah setat menyebok nak bergura senda nih. Ok chow...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^