tetamu kehormat

Friday, November 25, 2011

Uhuk. Kat airport lagi. Nak tunggu sampai kul 3 petang, lame gak tuh. Takpe, update blog kejap. Hehe. Buat ape kat airport. Petang ni nak naik flight ke Kuching pulak. Nak tengok si montel faheem. Hehe. Tak sabar nak jumpa ngan anak buah aku tuh. Bertambah montel lak dia. Ishh..

Ok la. Nanti kalau ade mase aku upload gambar budak tuh. Daa...

Monday, November 21, 2011

Malaysia 4 - 3 Indonesia

Yess!!! Alhamdulillah Malaysia menang gak akhirnya. Tengok kat umah pun berdebar. Huhu.

Leh la kite berbangga  ngan pemain2 Malaysia nih. Tabik kat diorang. Aku respek kat Khairul Fahmi sebab die jaga pintu gol baik2. Pasni bleh keje jaga lak. Hehe.

Tahniah aku ucapkan untuk skuad bolasepak Malaysia sebab dah berjaya meraih pingat emas untuk sukan SEA ni.

Tahniah jugak aku ucapkan untuk family aku sebab berjaya tonton match sampai abis. Macam2 je dugaan nak tengok bola malam ni. Haha. Cekidaut...

*Agak2 PM kite bagi cuti lagi tak?*

Astro

Huhu. Akhirnya boleh tengok tv balik. Yeahoo!! Dah brape ari family aku tak leh nak tengok tv mase ujan. Jangankan hujan, mendung sket pun dah hilang signal.

Petang tadi dah makin teruk. Channel astro prima je bleh bukak. Yang lain, harammm.. Dah la malam ni nak tengok bola.

Tetibe ayah aku bagitau suruh tukar receiver astro yang comel lote tuh. Tak tau la dari mane beliau rembat. Aku pun, bertindak mengikut arahan.

Sokseksoksek.. On tv, tiit...tiit...tiit. Yess!!! Berjaya.. Semangat nak tengok bola kembali berkobar-berkobar. Tak sabar nih. Ade harapan tak Malaysia nak menang malam ni? Nantikan...

amacam?? lawa tak menatang nih? hehe

Sunday, November 20, 2011

Dah sampai rumah

Alhamdulillah akhirnya sampai gak aku kat kampung halaman tercinta neh. Hehe.

Penerbangan KL-KK sepatutnye 2 jam 30 minit je. Tapi disebabkan cuaca buruk semalam, terpaksa duk dalam flight 4 jam. Baki sejam 30 minit, flight berlegar-legar kat ruang udara KK nak tunggu kebenaran untuk turun. Encik pilot siap bagitau kitorang. Kalau tak leh nak landing kat KK mase tu, terpakse landing kat Labuan. Huh. Memang kesian la family yang tengah duk tunggu kat bawah.  Mase kat atas memang berserah je lah. Redha je ngan ape yang terjadi. At last dapat gak landing walaupun ujan still lebat lagi.

Mase nak balik, ade masalah lain lak. Ujan lebat. Ayah aku pun tak leh nak drive laju. Nak sampai sempadan sabah-sarawak, kene sampai dalam mase 2 jam lagi. Kalau tak kene tunggu gate bukak. SO, terpakse la menumpang kat umah sedare. Pagi tadi kitorang dah gerak balik. Sampai umah mase tengahari.

Arini, bermula la suasana cuti. Jumaat lak dah plan nak gi kuching ngan mak aku. Untuk ape, nanti aku citer ye. Kucing aku pun dah setat menyebok nak bergura senda nih. Ok chow...

Saturday, November 19, 2011

Perutusan YAB tuan tanah sempena cuti

Sket lagi dah nak berkumpul kat padang. Nak gerak sama2 ke LCCT. Tiga buah bas, gerak sekali. Penuh la nanti food court kat LCCT tu ngan gink borneo ipg ipoh. Jaga...!!

Kesempatan ni, aku nak ucapkan selamat bercuti kepada semua yang terlibat dan terasa bila sebut pasal cuti sekolah. Sahabat handai, rakan taulan IPG Kampus Ipoh, hargailah masa cuti anda. Jangan buat mende2 yang tak elok. Ingatlah status kita sebagai guru pelatih, yang akan menjadi pendidik anak bangsa. Jangan dok sebok pasai status pesbuk je. 

Kepada abang2 dan kakak2 unit F yang dah tamat gelaran sebagai guru pelatih, selamat menjalankan tugas. Sekarang dah pegang gelaran guru terlatih. Jalankan tanggungjawab seperti apa yang diharapkan. Kalau yang posting dekat tu, rajin2 la datang ipg ni balik. Kalau ada yang terposting kat sarawak atau sabah, jangan risau. Tengok kat tv memang macam susah je hidup. Datang, tengok, rasakan sendiri. Baru best. Hehe. 

Dalam bas 3 jam. Dalam flight 2 jam setengah. Dalam keter 3 jam lagi, amik tugas jadi co-driver. Sampai rumah memang tido terus. Pembaca sekalian, doakanlah segala urusan arini dipermudahkan ye. Harap2 takde halangan yang tak diduga datang. Mudah-mudahan segalanya berjalan ngan lancar.

Maafkan lah aku kalau selama ni aku banyak buat salah kat korang semua. Tersilap kata, terlanjur bicara, tertampar muka, tersepak dada. Ada yang aku sedar, ada yang aku tak sedar. Walaupun masa tu aku dalam keadaan sedar. Sedarkanlah aku. Jumpa lagi tahun depan.

Sekian, assalammualaikum....


Hitam

Hehe. Saje je buat entri pasal benda nih.

Tadi tengah sibuk kemaskan meja aku, baru perasan something yang aku memang perasan tapi tak brape nak perasan. Perasan!

Barang2 aku, banyak yang berwarna hitam. Bleh kate semua benda tak bernyawa milik aku berwarna hitam.


Tengok tuh. Mase beli aku tak pernah pikir pasal warna. Sebab aku rase itam je sesuai. Laptop, cooler, usb keyboard & mouse, mousepad, speaker, henset, external harddisk, notebook, keychain(kunci bilik), tak lupe kopiah. Hehe. Finishing meja tu pun warna itam. Tak masuk lagi beg laptop ngan...ntah ape lagi barang aku yang serba itam. Nasib baik henset 1110i tu ada warna putih sket. Pstu extension wire pun putih gak. Nak beli itam tak sanggup.

Teringat pulak ngan baju nike warna itam yang hilang mase nak balik cuti raya aritu. Dah la baju tu abang aku yang bagi. Aku pun suke pakai sebab simple but lawa. Masa tu aku jemur baju tu. Baru lepas basuh sebab nak pakai mase balik. Tiba2 bleh lak lesap dari ampaian. Puas aku cari kat tempat lain, hampeh. Kembar baju tu, warna putih, aku tak nak dah jemur suke ati. Sayang woo.. Pemberian dari abang tersayang hilang.

Jangan lak korang ingat aku layan black metal. Tak pun korang kate barang2 aku itam, ati pun itam kot. Haha. Itam tu tak la. Tapi setakat tompok2 itam tu banyak la kot. Sape kate aku baik? Sape? Sape? Aku nak belanja orang tu makan kat mekdi.

Hmmm... Lamenye nak tunggu pagi. Menanti terbitnya mentari. Hari2 terakhir sebagai pelatih pi pi ai es em pi (PPISMP).

Menanti ke pagi

Alhamdulillah. Proses mengemas barang dah setel. Sumer barang dah masuk dalam kotak. Penuh gak dua kotak ngan barang2 aku nih. Selebihnya ada yang aku tinggalkan dalam loker je. Susun elok2. Harap2 la cikgu yang guna bilik ni nanti bleh bagi kerjasama nak jaga barang aku. Nama pun cikgu kan. Mesti la bertanggungjawab.

Sikit demi sikit pelajar ipg ipoh bergerak balik ke kampung masing2. Makin tak sabar la aku nak balik. Esok lak kene sedia awal sebab bas nak gerak awal. So, aku buat keputusan tak nak tido malam ni. Nak layan perasaan. Hehe.

Teringat segala kenangan sepanjang semester 3 nih. Macam2 peristiwa. Huhu. Kenangan pahit manis semuanya ada. Gembira sebab sepanjang semester 3, banyak aktiviti dibuat bersama-sama ngan rakan2 sekelas. Dah macam adik-beradik sendiri.

Beberapa jam je lagi nak bersiap. Layan game jap. Hehehe....

Friday, November 18, 2011

Sesi mengemas

Huh. Penat. Pening jugak kalau dah nak packing nih. Tak sangka barang2 aku banyak camni. Hehe. Misi utama arini, nak clearkan barang2 dalam bilik. Tinggalkan sikit2 je dah la. Tak kan la nak clearkan abih2. Kang tak pasal2 penyelia asrama ingat bilik ni takde yang duduk.

Malam ni nak enjoy habih2 kat asrama. Tak tido pun takpe la. Sebulan lebih tak jumpa ngan kengkawan, rindu lak nanti ngan suasana kat sini.

Esok pepagi lagi dah kena berkumpul. Nak gerak dalam kul 6.30. Betul ke? Tak tau la. Dah berapa kali ipg ni sediakan bas ke LCCT, ni la first time aku ikut sekali. Sebelum ni asyik naik bas luar je. Dah beli tiket baru tau ipg ada sediakan bas. Kalau tiket tu boleh jual balik takpe la.

Best tengok ada pelajar yang dah balik. Gembira je ati diorang. Tak adil betu la mak ayah datang amik. Nape tak antar je semua pelajar semenanjung ke borneo. Haha. Baru rasa seksanya berjauhan beribu-ribu batu ngan family.

Mood : Nak balik...............mak!!!!

Thursday, November 17, 2011

Di ambang percutian

Haha. Arini penat lagi. Tak tau ape nak buat kat asrama. Pagi tadi dah gerak gi Jusco Ipoh. Pusing seluruh JJ, pastu baru singgah nak makan. Lepas makan dah tak tau nak buat ape. Melekat kat tempat bolong. Alhamdulillah khatam 3 game tadi. Best gak main ari ni. Dah la orang tak ramai yang datang, kene lak ari bekerja yakni murah sket. Hoho.

Tak sabar aku nak balik nih. Pastu nak tengok anak sedare aku si Faheem yang montel. Berat mase lahir mengalahkan aku. Pecah rekod dalam family kitorang. Hehe. Abang aku rajin je mms kan gambar anak dia tu kat aku. Memang sengaje la nak buat aku tak sabar nak jumpa. Tapi sumpah aku rindu abang aku lebih dari anak die.

Malam ni nak sambung mengemas barang-barang kat bilik, nak bagi clear semua. Pagi tadi makcik penyelia asrama tu bagi peringatan suruh kemas bilik then bagi kunci kat ofis. Baik makcik!

Waaa... Taknak kemas barang. Nak balik terus.

Wednesday, November 16, 2011

Berakhirnya sebuah exam

Alhamdulillah.. Selesai sudah final exam untuk PPISMP TESL Jun 2010 semalam. Satu eam untuk tiga semester. Unit lain sedap je layan satu exam satu semester.

Beberapa minggu terpakas bergelumang ngan nota2 yang selama macam nak tak nak je nak buat. Pastu campak merata-rata. Dah dekat nak exam, baru la kelam kabut nak cari balik. Pastu tak paham ngan tulisan sendiri. Baru nak rase menyesal sebab tak buat elok-elok. Haha...

Dah abis sume exam, pergghhhh!!!! Rase macam dah graduate je. Gembira gile. Padahal, abis je exam menandakan kitorang akan masuk ke alam PISMP. Takde dah istilah persediaan. Memang kene struggle bebenor le jawabnye. 

Lepas ni, misi takde lain dah. Dah dekat nak cuti, mengemas barang-barang adalah satu kewajipan kepada setiap umat manusia yang tinggal di asrama. Kali ni nak kene bayar lak kalau nak simpan barang kat stor. 1 kotak, 1 ringgit, 1 Malaysia. Hehe. Berkat usaha dan pertolongan kawan-kawan yang baik ati, dapat gak tiga kotak kosong. Bersedia untuk berkhidmat sepanjang cuti ni.

Sebelum sibuk mengemas barang, manfaatkan dulu ruang dan peluang yang ade merayau kat Ipoh ni. Elaun baru je masuk kan. Cuti lak tuh. Sesuai sangat la. Hehe. Bleh la breakfast kat mekdi, lunch kat kepsi, ujung bulan sket lagi bantai megi. Pastu menyesal sebab tak jimat dari awal. Bila dah kuar elaun, benda sama berulang kembali. Hampeh betul la.

Tak sabar dah nak balik nih. Nak jumpa mak ayah, kengkawan kat kampung, cik adik yang dirindui. Haha. Nasib baik la sama-sama dapat kat IPG kan. Sama-sama cuti. Ngeh3.. Best2!!!

Tak tau ape nak buat, jom layan MotoGP. Vrooommmmmmm!!!!

Saturday, November 12, 2011

Dugaan di musim peperiksaan

Assalammualaikum...salam sejahtera..

Hehe.. Aritu kate tak nak update blog sampai abis exam. Tapi ade update jugak. Hampeh betui kan? "Dey kici. lu cakap tara serupa bikin la.."

Banyak betul la dugaan mase minggu exam nih. Nak aku senaraikan tak?? Nak tak? Nak? Nah.

**********

1. Otomatik mengantuk bile setat study walaupun baru lepas mandi. Senang cakap, study akan mengundang rasa mengantuk tak kira masa di mana jua.

2. Ramai kawan yang ajak sembang kat pesbuk. Sebelum ni takde pun.

3. Semakin senang nak cari game. Asyik download pastu layan berjam-jam. Bile nak study??

4. Kreativiti di photoshop. Tak puas ati selagi tak siap ape2 yang aku nak buat. Dah siap, kuar idea nak buat yang lain. Idea kreatif mencurah2. Dermm!!

5. Kat pesbuk asyik bising pasal nak cuti. Semangat exam berubah ke semangat nak balik cuti.

6. Elaun masuk lambat. Duit pun dah.....haisshh malu la nak cakap... Aku rase pengemis tengok wallet aku pun rase kesian.

**********

Pening gak aku camne nak handle perasaan aku nih. Nak kuatkan semangat nak blajar. Orang lain asyik kate kuatkan semangat. Abaikan benda2 yang membuatkan aku bleh lalai. Tapi.....sedeyhh!!! 

Skang ni, dugaan no. 6 tu boleh diabaikan... Alhamdulillah ada pihak yang sungguh baik ati memberikan sumbangan dan sanggup menempuh dugaan yang mendatang semata-mata tak nak aku bedal mee maggi je sebab takde duit. Huhu. Terharu bai.... Tak sabar plak rase. "Mak, orang nak kawen!!!" Hahahaha...


Wednesday, November 9, 2011

Ceritera