tetamu kehormat

Thursday, October 27, 2011

Tragedi hari ini

Tengahari tadi, aku kuar jap nak gi beli makanan. Perut aku dah menyanyi-nyanyi kecil. Setat moto, gerak. Niat ati nak bungkus je. Warung tempat aku nak beli ni terletak dekat ngan trafik light. Kira kat corner la. Stand moto baru je cecah tanah, tetibe aku dengar orang jerit disertakan dengan satu bunyi yang agak mencurigakan. Chewah.

Aku bukak helmet, tengok ada sebuah keter stop kat tengah jalan. Pastu ada dua tiga kucing berlari orang kelam kabut berlari kat keter tuh. Aku pun nak tengok gak. Tengok2 ade sorang makcik terduduk kat atas jalan. Ramai gak orang tolong dia. Moto makcik tu elok lak dia baring tapi aku rase tak tido. Tangan ngan kaki makcik tu dah berdarah. Pastu brader driver keter tu kuar. Muka dah cuak. Aku tolong la sket nak tegakkan balik moto makcik tu.

Aku tengok lak brader tu, aku pelik. Apesal lak dia nak bising2 nih. Orang tengah sakit dia duk nak salahkan pulak. Tak reti kesian ke kat makcik tuh. Aku tanye la sorang brader kat situ. Rupenye, brader keter tu yang salah. Dia yang kelam kabut sangat.


Tengok gambar kat atas tu. Anak panah merah, tu makcik naik moto. Anak panah biru tu, keter brader tu. Actually, makcik tu dah masuk simpang sebab lampu dah hijau. Tapi brader tu nak cepat sangat. Dia malas nak tunggu kat traffic light, so dia amik cara nih. Dia nak buat2 masuk simpang, then pusing keluar balik. So, takde la dia kena saman sebab langgar lampu merah. Dah biase aku tengok orang buat camni.

Skang sape salah? Makcik tu ke, brader yang bawak keter tu? Bertambah kecoh bila brader tu tak nak ngaku salah. Dia kate makcik tu yang tak tengok keter depan dia. Haiii. Ape ke bengap bebenor mamat sekor nih. Rase nak tempeleng je mase tuh. Nasib baik badan besar. Gaduh punya gaduh, last dia mengalah, pastu mintak mahap kat makcik tu. Tapi sekadar mintak mahap je la. Pastu buat dono, masuk keter, jalan. Perangai hancuss..

Kesian aku tengok kat makcik tuh. Pastu ada la sorang yang baik ati nak bawak makcik tu gi klinik. Moto, letak je dulu kat tepi warung tu. Then, keadaan kembali tenang seperti biasa. Hehe.

p/s: Berhati-hati la korang tak kira kat mana pun.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^