tetamu kehormat

Sunday, October 30, 2011

Silaturrahim

Kemarin ada kawan aku ajak gi umah sedara dia. Ada kenduri sket. Kenduri lepas asar, tapi kitorang datang awal sket, sebelum zuhur. Best gak. Dapat berkenalan ngan orang lain. Tengok cane stail komuniti lain2 tempat. Tapi, kemarin aku tengok nak dekat sama gak macam kat kampung aku.

Kalau dah ramai datang berkumpul kat satu tempat especially nak ada kenduri kendara, macam-macam citer kuar. Macam dah lama tak jumpa. Dari hal pasal diri sendiri, sampai la citer pasal politik. Haha. Best gak semalam ada pakcik2 yang hangat citer pasal tiket final Terengganu vs N. Sembilan semalam. Oppss.. Lupe nak ucap tahniah kat N. Sembilan sebab dah berjaya melenyapkan harapan Terengganu untuk menang semalam. Aku bukak je pesbuk, sume duk sibuk buat status pasal benda sama. Rasa sakit ati lak nak bukak pesbuk tuh. Boring baca benda sama walaupun perkataan dan loghat lain2. Hehe...

Balik topik asal, best gak kalau dengar pakcik-pakcik bersembang. Selalu ada je yang buat kita gelak. Dengar je pun dah rasa lucu. Kalau kat tempat orang ni, aku dengar je la. Kalau kat kampung, join sekaki ngan pakcik2 tuh. Baru best. Haha.

Biase la kan. Kengkadang kita dengar pakcik2 makcik2 citer, kita kata diorang dah ketinggalan zaman la, tak tau teknologi sekarang la. Tapi, diorang dah banyak pengalaman dah kat dunia nih. Jangan kita yang muda2 ni nak berlagak kat diorang. Orang berumur punya pengalaman dan kemahiran memang best. Diorang kalau nak kenal perangai dan hati budi seseorang, tengok je pun dah bleh kenal.

Aku suka bila ada kenduri kendara nih. Ramai orang datang. Pastu bleh mengeratkan hubungan. Walaupun kengkadang anak-anak muda sikit sangat yang datang. Asyik2 pakcik2 je. Hmmm....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^