tetamu kehormat

Saturday, October 29, 2011

Katering oh katering

Alhamdulillah rezeki Allah. Masa tak terbazir, dapat pengalaman, banyak faedah. Kalau duk kat hostel je dah konpem masa banyak terbazir. Bukan nak study pun. Ekeke..

Semalam, aku ngan 9 orang lagi kawan aku, gi join katering. Macam keje part-time la jugak. Tapi tersangat la part-time nye. Ade satu katering kat Ipoh ni nak 10 orang lagi untuk tolong pekerja diorang dalam satu majlis resepsi perkahwinan kat Dewan Bandaran Ipoh. 

Kitorang sume pun bukan ada pengalaman join katering nih. Tapi ada la ilmu sket kalau nak siapkan meja makan untuk majlis-majlis grand macam nih. Penat gak woo. Belum apa-apa lagi dah setat nak berpeluh. Nasib baik ekon kat dewan tu sejuk. 

Dapat pengalaman. Pastu dapat lak makan free. Haha. Memang dah dari awal terasa betapa laparnya perut kitorang. Tengok makanan-makanan, fuhhh.... Rase nak makan time tu gak. Tapi, ingat keje. Haha. Busy tu memang la. Gelabah sket semalam sebab majlis dah setat, orang dah setat mengunyah, tapi ada tetamu yang tak makan lagi sebab hidangan yang dah siap tak cukup lagi. Ambil cara lain, kitorang usha mana2 pinggan pinggan yang tak bertuan, then angkat bawak ke tetamu yang tak dapat makanan lagi. Semalam hidangan siap dalam pinggan je, tu yang sibuk mengangkat tuh. 

Dah setel sume, orang pun dah setat nak angkat punggung nak balik. Kene kemas lak. Kemas..pergghhh. Macam biase la kan. Kalau nak buat sesuatu tu bleh je. Tapi kalau dah sampai bab kemas mengemas ni memang malas sket la. Haha.

Siap kemas sume, akak tu pun suruh la kitorang makan. Masak spesel sket untuk kitorang. Bukan senang nak makan chicken chop..free... 

Dah makan baru la pueh ati den. Pastu sibuk lak nak bersihkan meja2 ngan kemas barang kat dapur. Sokseksoksek, lebih kul 12 malam gak baru la setel. Keter dah tunggu nak antar balik hostel. Kul 1, alhamdulillah dah sampai kat bilik.

Huu. Penat der. Tapi takpe, dapat gak upah. Hehe....

Selamat pengantin baru untuk pengantin semalam. Aku dah lupe nama dah. Ahaha...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^