tetamu kehormat

Monday, October 24, 2011

Cameron..here I come..

Aritu sebelum cuti raye, aku, Ijat ngan Kimi buat gila overnight kat Kuala Kangsar. Nampak sangat langgar peraturan asrama. Hehe. Jumaat lepas, kitorang sekali lagi buat gila yang melanggar peraturan(kot). Biase la kan dah tiga2 otak tak betui. Sume bende leh jadi. =)

Aritu, sebelum kul 8 kitorang gerak kuar ngan keter. Misi utama kami, tak nak datang dengar ceramah kat dewan. Haha. Ada gak student jahat cam kitorang ni. Aku yang tak sempat nak mekap, cukup la setakat pakai t-shirt, suar jeans lipat sampai lutut, sandal, tak dilupakan semburan deodorant yang mengasyikkan. Kuar dari pagar utama, kitorang baru nak decide nak gi mane. Tu diaa. Nak kuar tapi tak tau hala tuju. Pikir jap, kata putus dicapai. Biase la lelaki takyah nak pikir lama nak buat keputusan. Kitorang nak gi restoran mamak kat Ipoh, nak breakfast dulu. Satu satunya restoran mamak yang kitorang penah pegi sejak duk Ipoh. Pagi lagi tuh. Dah macam orang nak turun gi opis lak. 

Lepas mengketedarah, setat nak pikir lagi. Plan nak lepak tapi tak tau katne. Kali ni lame sket nak pikir. Lepas pusing roundabout 3 kali, masuk simpang sana sini, last2 termasuk simpang nak gi cameron highland. Terpacul pulak idea bernas dari saudara Ijat nak ajak naik cameron. Saudara Kimi pun dengan senang hati menyahut idea tersebut. Aku? Aku ikut jerr...

Lepas topup minyak sket, bermulalah ekspedisi kitorang aritu. Tak banyak gambar yang aku dapat snap. Kalau tau nak gi cameron aku dah cas penuh2 dah. 



Tu je aku leh bagi. Hehe. Aku yang tak penah jejak kaki kat cameron ni memang tak sabar la nak sampai. Aritu aku tengok gambar awekss kawan2 aku outing kat cameron. Posing macam2, pastu upload kat pesbuk. Sabar...

Memandangkan perjalanan kali ni versi mengejut dan terkejut, kitorang tak amik banyak mase nak bergambar. Dah la duit dah tak berape nak banyak dah. Cukup la tengok pemandangan udara sejuk. Nasib baik tak biru mata. Kat atas, singgah jap beli strawberi ngan isi minyak, pastu turun balik ikut jalan nak gi Tapah. Mase turun tu la best. Drebar nih layaaan je dia kat corner. Yang duduk jadi passenger ni yang naya. Pening der. Huhu. Alhamdulillah kitorang selamat. Penat memang penat. Nasib baik takde pape. Dah la takde buat checking kat keter. Main redah je. Kalau la parent kitorang tau. Memang nak kene la. Hehe.

Lepas antar Ijat balik, kitorang terus balik asrama. Pening tak hilang lagi. Haru betui. Sampai je kat asrama, senyap je terus. Sedar2 dah maghrib.

Perjalanan kitorang nih memang takde perancangan. Mengejut dan terkejut. Kitorang pun tak caye je bleh gi sane. Dah macam tiap ari buat trip ke cameron. Beruntung gak aku dapat study kat Ipoh ni. Dapat jumpa kawan yang sataraf gilanya ngan aku. Ngeh3. Time kasih kat Kimi ngan Ijat sebab dah bawa aku pergi Cameron H. Kalau tak, ntah bile la agaknye aku bleh gi sane. Hehe.

1 comment:

  1. patut la ati ni teringin sgt nk merasa strawberi...rupenye kwn2 aku g cameron senyap2.... sob2... hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^