tetamu kehormat

Wednesday, November 16, 2011

Berakhirnya sebuah exam

Alhamdulillah.. Selesai sudah final exam untuk PPISMP TESL Jun 2010 semalam. Satu eam untuk tiga semester. Unit lain sedap je layan satu exam satu semester.

Beberapa minggu terpakas bergelumang ngan nota2 yang selama macam nak tak nak je nak buat. Pastu campak merata-rata. Dah dekat nak exam, baru la kelam kabut nak cari balik. Pastu tak paham ngan tulisan sendiri. Baru nak rase menyesal sebab tak buat elok-elok. Haha...

Dah abis sume exam, pergghhhh!!!! Rase macam dah graduate je. Gembira gile. Padahal, abis je exam menandakan kitorang akan masuk ke alam PISMP. Takde dah istilah persediaan. Memang kene struggle bebenor le jawabnye. 

Lepas ni, misi takde lain dah. Dah dekat nak cuti, mengemas barang-barang adalah satu kewajipan kepada setiap umat manusia yang tinggal di asrama. Kali ni nak kene bayar lak kalau nak simpan barang kat stor. 1 kotak, 1 ringgit, 1 Malaysia. Hehe. Berkat usaha dan pertolongan kawan-kawan yang baik ati, dapat gak tiga kotak kosong. Bersedia untuk berkhidmat sepanjang cuti ni.

Sebelum sibuk mengemas barang, manfaatkan dulu ruang dan peluang yang ade merayau kat Ipoh ni. Elaun baru je masuk kan. Cuti lak tuh. Sesuai sangat la. Hehe. Bleh la breakfast kat mekdi, lunch kat kepsi, ujung bulan sket lagi bantai megi. Pastu menyesal sebab tak jimat dari awal. Bila dah kuar elaun, benda sama berulang kembali. Hampeh betul la.

Tak sabar dah nak balik nih. Nak jumpa mak ayah, kengkawan kat kampung, cik adik yang dirindui. Haha. Nasib baik la sama-sama dapat kat IPG kan. Sama-sama cuti. Ngeh3.. Best2!!!

Tak tau ape nak buat, jom layan MotoGP. Vrooommmmmmm!!!!

1 comment:

  1. yuszz.. bhahaha tahniah lewwww.. selamat sampai ke swak! na kek lapis tawww! hewhewheww :D:D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^