tetamu kehormat

Monday, October 31, 2011

Baru nak sedar?!!

Arini, aktiviti aku sekadar dalam bilik je. Duk online, layan lagu, tido, makan. Kalau tiap ari camni mau tak muat aku nak masuk keter ayah aku kang. Takde idea nak buat ape. Nak makan pun mintak tolong bungkus kat member. Haha. Malas gile la aku.

Malam ni asrama dah meriah balik. Muke-muke yang seminggu menghilang, dah nampak terpacul kat bilik diorang. Sume nampak hepi je. Ye la baru balik dari rumah jumpe mak ayah. Memang la happy. Kitorang yang tinggal ni tengok je la. Tapi diorang dah datang ni, wifi pun dah setat nak selow. Nape la korang balik cepat sangat. Haha.

Asrama dah tak sunyi, means cuti dah abes. Baru la nak sedar diri yang exam dah dekat. Berape batu nautika je lagi nak sampai. Ayarkk!! Aku takde study lagi. Siuttt!

Lepas taip entri ni, aku nak tido. Esok pagi niat nak bangun sebelum subuh. Nak study kate ko! Haaa... Minggu ni pun, aku rase nak kurangkan sket aktiviti bertasbih maya a.k.a bermesej aku. Nak fokus study. Fokus!!!

Ok lah. Aku rase, blog ni tak akan bersuara untuk dua minggu empat ari akan datang. Lepas exam kang, tiap ari la aku update. Hehe.

Kepada para pembaca sekalian, terima kasih sebab sudi melawat blog aku yang masih mentah ni. Kalau korang baik ati tolong la promote kat blogger lain ye. Huhu. Alaa aku tau korang sume memang baik ati. Doakan lah kejayaan aku untuk exam kali ni. Nak tentukan aku bleh ke tak nak sambung untuk degree nanti.

Salam sayang daripada aku untuk semua.... :-)

cawansumpak

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^