tetamu kehormat

Monday, October 31, 2011

Baru nak sedar?!!

Arini, aktiviti aku sekadar dalam bilik je. Duk online, layan lagu, tido, makan. Kalau tiap ari camni mau tak muat aku nak masuk keter ayah aku kang. Takde idea nak buat ape. Nak makan pun mintak tolong bungkus kat member. Haha. Malas gile la aku.

Malam ni asrama dah meriah balik. Muke-muke yang seminggu menghilang, dah nampak terpacul kat bilik diorang. Sume nampak hepi je. Ye la baru balik dari rumah jumpe mak ayah. Memang la happy. Kitorang yang tinggal ni tengok je la. Tapi diorang dah datang ni, wifi pun dah setat nak selow. Nape la korang balik cepat sangat. Haha.

Asrama dah tak sunyi, means cuti dah abes. Baru la nak sedar diri yang exam dah dekat. Berape batu nautika je lagi nak sampai. Ayarkk!! Aku takde study lagi. Siuttt!

Lepas taip entri ni, aku nak tido. Esok pagi niat nak bangun sebelum subuh. Nak study kate ko! Haaa... Minggu ni pun, aku rase nak kurangkan sket aktiviti bertasbih maya a.k.a bermesej aku. Nak fokus study. Fokus!!!

Ok lah. Aku rase, blog ni tak akan bersuara untuk dua minggu empat ari akan datang. Lepas exam kang, tiap ari la aku update. Hehe.

Kepada para pembaca sekalian, terima kasih sebab sudi melawat blog aku yang masih mentah ni. Kalau korang baik ati tolong la promote kat blogger lain ye. Huhu. Alaa aku tau korang sume memang baik ati. Doakan lah kejayaan aku untuk exam kali ni. Nak tentukan aku bleh ke tak nak sambung untuk degree nanti.

Salam sayang daripada aku untuk semua.... :-)

cawansumpak

Sunday, October 30, 2011

Silaturrahim

Kemarin ada kawan aku ajak gi umah sedara dia. Ada kenduri sket. Kenduri lepas asar, tapi kitorang datang awal sket, sebelum zuhur. Best gak. Dapat berkenalan ngan orang lain. Tengok cane stail komuniti lain2 tempat. Tapi, kemarin aku tengok nak dekat sama gak macam kat kampung aku.

Kalau dah ramai datang berkumpul kat satu tempat especially nak ada kenduri kendara, macam-macam citer kuar. Macam dah lama tak jumpa. Dari hal pasal diri sendiri, sampai la citer pasal politik. Haha. Best gak semalam ada pakcik2 yang hangat citer pasal tiket final Terengganu vs N. Sembilan semalam. Oppss.. Lupe nak ucap tahniah kat N. Sembilan sebab dah berjaya melenyapkan harapan Terengganu untuk menang semalam. Aku bukak je pesbuk, sume duk sibuk buat status pasal benda sama. Rasa sakit ati lak nak bukak pesbuk tuh. Boring baca benda sama walaupun perkataan dan loghat lain2. Hehe...

Balik topik asal, best gak kalau dengar pakcik-pakcik bersembang. Selalu ada je yang buat kita gelak. Dengar je pun dah rasa lucu. Kalau kat tempat orang ni, aku dengar je la. Kalau kat kampung, join sekaki ngan pakcik2 tuh. Baru best. Haha.

Biase la kan. Kengkadang kita dengar pakcik2 makcik2 citer, kita kata diorang dah ketinggalan zaman la, tak tau teknologi sekarang la. Tapi, diorang dah banyak pengalaman dah kat dunia nih. Jangan kita yang muda2 ni nak berlagak kat diorang. Orang berumur punya pengalaman dan kemahiran memang best. Diorang kalau nak kenal perangai dan hati budi seseorang, tengok je pun dah bleh kenal.

Aku suka bila ada kenduri kendara nih. Ramai orang datang. Pastu bleh mengeratkan hubungan. Walaupun kengkadang anak-anak muda sikit sangat yang datang. Asyik2 pakcik2 je. Hmmm....

Saturday, October 29, 2011

Katering oh katering

Alhamdulillah rezeki Allah. Masa tak terbazir, dapat pengalaman, banyak faedah. Kalau duk kat hostel je dah konpem masa banyak terbazir. Bukan nak study pun. Ekeke..

Semalam, aku ngan 9 orang lagi kawan aku, gi join katering. Macam keje part-time la jugak. Tapi tersangat la part-time nye. Ade satu katering kat Ipoh ni nak 10 orang lagi untuk tolong pekerja diorang dalam satu majlis resepsi perkahwinan kat Dewan Bandaran Ipoh. 

Kitorang sume pun bukan ada pengalaman join katering nih. Tapi ada la ilmu sket kalau nak siapkan meja makan untuk majlis-majlis grand macam nih. Penat gak woo. Belum apa-apa lagi dah setat nak berpeluh. Nasib baik ekon kat dewan tu sejuk. 

Dapat pengalaman. Pastu dapat lak makan free. Haha. Memang dah dari awal terasa betapa laparnya perut kitorang. Tengok makanan-makanan, fuhhh.... Rase nak makan time tu gak. Tapi, ingat keje. Haha. Busy tu memang la. Gelabah sket semalam sebab majlis dah setat, orang dah setat mengunyah, tapi ada tetamu yang tak makan lagi sebab hidangan yang dah siap tak cukup lagi. Ambil cara lain, kitorang usha mana2 pinggan pinggan yang tak bertuan, then angkat bawak ke tetamu yang tak dapat makanan lagi. Semalam hidangan siap dalam pinggan je, tu yang sibuk mengangkat tuh. 

Dah setel sume, orang pun dah setat nak angkat punggung nak balik. Kene kemas lak. Kemas..pergghhh. Macam biase la kan. Kalau nak buat sesuatu tu bleh je. Tapi kalau dah sampai bab kemas mengemas ni memang malas sket la. Haha.

Siap kemas sume, akak tu pun suruh la kitorang makan. Masak spesel sket untuk kitorang. Bukan senang nak makan chicken chop..free... 

Dah makan baru la pueh ati den. Pastu sibuk lak nak bersihkan meja2 ngan kemas barang kat dapur. Sokseksoksek, lebih kul 12 malam gak baru la setel. Keter dah tunggu nak antar balik hostel. Kul 1, alhamdulillah dah sampai kat bilik.

Huu. Penat der. Tapi takpe, dapat gak upah. Hehe....

Selamat pengantin baru untuk pengantin semalam. Aku dah lupe nama dah. Ahaha...

Thursday, October 27, 2011

Sayang ayah

"Ko ada duit lagi tak?"

"Ummm..Ada..sket.."

"Apesal yg ujung tu bunyik slow? Ade duit tak?"

"Ade.. Tapi tak cukup kot nak tunggu elaun bulan depan."

"Hmm... Bagitau je la tak cukup. InsyaAllah kalau tak esok, isnin depan bapak bank in. Berape nak? Seribu cukup tak?"

"Tak cukup. Nak lima ribu."

"Ok bapak bagi ko sejuta. Haha."

"Theheheehehee....."

Wargghhh... Ade tak area Ipoh ni yang sudi bagi aku keje sehari dua. Nak backup belanja aku. Hehe.

*Ayah aku tak tau aku selalu bangun lambat. Kalau dia tau, takde kot nak bank in kat aku.

Tragedi hari ini

Tengahari tadi, aku kuar jap nak gi beli makanan. Perut aku dah menyanyi-nyanyi kecil. Setat moto, gerak. Niat ati nak bungkus je. Warung tempat aku nak beli ni terletak dekat ngan trafik light. Kira kat corner la. Stand moto baru je cecah tanah, tetibe aku dengar orang jerit disertakan dengan satu bunyi yang agak mencurigakan. Chewah.

Aku bukak helmet, tengok ada sebuah keter stop kat tengah jalan. Pastu ada dua tiga kucing berlari orang kelam kabut berlari kat keter tuh. Aku pun nak tengok gak. Tengok2 ade sorang makcik terduduk kat atas jalan. Ramai gak orang tolong dia. Moto makcik tu elok lak dia baring tapi aku rase tak tido. Tangan ngan kaki makcik tu dah berdarah. Pastu brader driver keter tu kuar. Muka dah cuak. Aku tolong la sket nak tegakkan balik moto makcik tu.

Aku tengok lak brader tu, aku pelik. Apesal lak dia nak bising2 nih. Orang tengah sakit dia duk nak salahkan pulak. Tak reti kesian ke kat makcik tuh. Aku tanye la sorang brader kat situ. Rupenye, brader keter tu yang salah. Dia yang kelam kabut sangat.


Tengok gambar kat atas tu. Anak panah merah, tu makcik naik moto. Anak panah biru tu, keter brader tu. Actually, makcik tu dah masuk simpang sebab lampu dah hijau. Tapi brader tu nak cepat sangat. Dia malas nak tunggu kat traffic light, so dia amik cara nih. Dia nak buat2 masuk simpang, then pusing keluar balik. So, takde la dia kena saman sebab langgar lampu merah. Dah biase aku tengok orang buat camni.

Skang sape salah? Makcik tu ke, brader yang bawak keter tu? Bertambah kecoh bila brader tu tak nak ngaku salah. Dia kate makcik tu yang tak tengok keter depan dia. Haiii. Ape ke bengap bebenor mamat sekor nih. Rase nak tempeleng je mase tuh. Nasib baik badan besar. Gaduh punya gaduh, last dia mengalah, pastu mintak mahap kat makcik tu. Tapi sekadar mintak mahap je la. Pastu buat dono, masuk keter, jalan. Perangai hancuss..

Kesian aku tengok kat makcik tuh. Pastu ada la sorang yang baik ati nak bawak makcik tu gi klinik. Moto, letak je dulu kat tepi warung tu. Then, keadaan kembali tenang seperti biasa. Hehe.

p/s: Berhati-hati la korang tak kira kat mana pun.

SuperMak

26 Oktober 2011, 10.30 pagi.

"Hello.. Assalammualaikum mak."

"Waalaikumussalam. Ko gi mane tadi? Mak call tak angkat."

"Ngehehe.. Tido lagi mak."

"Astaghfirullahalazim.. Ni baru bangun ke?"

"Emm. Baru celik. Tengok ade miskol."

"Elok la baru bangun budak nih. Dah. Ko gi mandi. Dah mandi nanti baru call mak balik."

"Ok bos!"

***********************************************************************

27 Oktober 2011, 8.00 pagi


"Hello mak. Assalammualaikum."

"Waalaikumussalam. Baru bangun ke? Dah mandi blom?"

"Dah mak."

"Bagus. Ingatkan terbungkang lagi. Dah. Pasni gi blajar. Nanti jangan lupe makan."

"Hehe. Ijul ingat makan macam Ijul ingat mak."

"Iye la tu. Ni kalau dah setat merepek memang dah mandi ni. Gi blajar. Exam tak lame lagi."

"Ok mak. Sayang mak."

***********************************************************************

Demikianlah perbualan telefon seorang anak dan ibunya yang saling berjauhan. Hehe. Semalam aku kantoi bangun lambat. Mak aku bising. Kalau ayah aku tau, menjawab la aku. So, mak aku pesan semalam suruh aku call dia kalau dah bangun. Arini awal lak aku bangun. Esok? InsyaAllah. Ngeh3. Kalau hal ni memang mak aku kene layan aku macam budak kecik. Lalalalalalaaa.... I luv u mom..

*Aku tak suke tengok citer SuperMak sebab mak aku la SuperMak.

Nora Elena musim kedua?

Yeahoo!! Akhirnya dah sampai episod 23 tengok citer Nora Elena. Eleh tau la citer ni dah lame abes. Korang diam2 dah la. Hehe. Sebenarnye takde pun musim kedua. Kitorang je yang baru tengok citer nih.

Cuti, tak tau nak buat ape. Kawan2 aku pun setat menjiwangkan diri tengok citer nih. Sekali sekala tengok drama Melayu ok gak. Layan bai. Hehe. Aku ni dah la spesies tak suke melayan citer jiwang. Tapi bile setat kene citer nih, memang melekat.

Korang mesti gelakkan aku sebab baru tengok citer ni kan. Lalalalaa.... Aku tak kisah. Nak tengok episod akhir tapi terbantut sebab sume player takleh nak main episod tuh. Ade something wrong la tu. Sakit ati betoi la.

Best gak tengok badan Aaron Aziz yg ketul-ketul tuh. Kalau aku nak buat badan camtu, agak2 bleh tak? Ngee~ Tak pun nak buat macam brader Ben. Wooo. Sah2 orang tak caye aku ni anak bapak aku. Pastu mak aku pun tak berani lagi nak mintak tolong aku urutkan kaki dia. Ummm takpela. Jadi camni pun syukur. Tapi kalau betul jadi macam brader Ben, lagi la syukurrrr..

Esok nak teruskan usaha mencari, nak download episod last tuh. Tak puas ati la. Kene tengok abis gak. "Sethhh....u memmmang dah banyyak berrrubah....". Haishhhhh.....

Tuesday, October 25, 2011

Urgghhh...bohsan!!!

Huh. Mengeluh je manjang. Boring gile tak tau nak buat ape. Ni la nasib duk jauh. Nak balik bukan senang. Tapi takpe. Belajar dari pengalaman.

Cuti seminggu, masuk kali ni dah 3 kali aku luangkan mase seminggu cuti kat hostel je. Memang kalau nak balik pun rase tak cukup. Baik duk hostel je. Nak gi jenjalan, duit lak takde. Kredit pun cik adik tolong topupkan. Ngee~ Dah jangan cakap aku tak tau malu. Malu memang malu. Tapi, kalau takut malu sangat, tak makan lak aku kang. lalalalaaa...

Mase terluang, aku isi sebaik mungkin dengan perkara2 yang menenangkan jiwa. Aku tak nak kacau orang lain. Best woo tido. Asrama pun sunyi senyap je. Kalau tak tido, pasang lagu kuat2, pastu lepak bilik kawan. Tak pun tengok movie then buat bilik macam kat cinema. Bergegar meja. Standard cinema la katakan. Memang tak lame leh jadi hearing problem.

Ade lagi satu hobi aku kalau boring. Pilih lagu, amik drumstick, jeng3. Ketuk drum yang invisible version la aku. Mase ni la terpikir nak kumpul duit. Nak beli electric drumset, pastu nak letak dalam bilik. Haha. Pastu bleh gaduh ngan roomate sebab menyesakkan bilik ngan bende tuh.

Feel macam main drumset yang sebenar

Kalau tak nak gaduh ngan roomate, bleh gak beli performance pad macam kat bawah ni.

Yang ni feel macam main keyboard lak

Haha. Merepek je banyak. Rega dah sama macam drumset biase. Kengkadang yang lagi mahal pun ade. Huh. Susah gak main drum nih. Takde can nak main kalau tak rajin pegi jamming studio. Takpe la. Sabor je la ye. Nak beli? Mane la aku nak meraban nak korek duit. Nak kumpul duit bebanyak. Selagi di alam PPISMP nih, tak sampai lagi kot hajat suci murni tuh.

So, peneman aku di kala cuti, drumtick kesayangan aku dari Zildjian. Kalau ZIldjian kate, 'Play with fire'. Aku dah langgar dan tukar 'Play with wind'.


Ntuk kengkawan yang balik bercuti tu, selamat bercuti ngan family. Yang senasib ngan aku stay kat hostel, ingatlah slogan 'Ini maktab kita yang punya!!'. Hehe.. Daaa~~

Jom kite layan video brader Vadrum kat bawah ni. ^^,

Hikmah DIAM

Manusia sememangnya sangat suka bercakap setiap masa. Percakapan perkara-perkara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika percakapan tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan juga di akhirat. Di dunia lagi akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat percakapan yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Lidah kita juga hendaklah selalu menyebut nama Allah setiap masa. Janganlah lidah itu digunakan untuk menghina, mencaci atau memfitnah orang lain. Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak boleh digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Jangan hanya bercakap perkara-perkara yang tidak membawa sebarang hasil. Sebaliknya hendaklah digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Antara hikmah diam Adalah:

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis-hadis Rasullulah S.A.W mengenai kelebihan apabila diam yang maksudnya:

“Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”. ( Riwayat Abu Naim )

“Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. ( Riwayat Bukhari & Muslim )

“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”. ( Riwayat At-Tarmizi )

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan DIAM. Jalan yang terbaik ialah DIAM kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia. Untuk renungan bersama…

Monday, October 24, 2011

Cameron..here I come..

Aritu sebelum cuti raye, aku, Ijat ngan Kimi buat gila overnight kat Kuala Kangsar. Nampak sangat langgar peraturan asrama. Hehe. Jumaat lepas, kitorang sekali lagi buat gila yang melanggar peraturan(kot). Biase la kan dah tiga2 otak tak betui. Sume bende leh jadi. =)

Aritu, sebelum kul 8 kitorang gerak kuar ngan keter. Misi utama kami, tak nak datang dengar ceramah kat dewan. Haha. Ada gak student jahat cam kitorang ni. Aku yang tak sempat nak mekap, cukup la setakat pakai t-shirt, suar jeans lipat sampai lutut, sandal, tak dilupakan semburan deodorant yang mengasyikkan. Kuar dari pagar utama, kitorang baru nak decide nak gi mane. Tu diaa. Nak kuar tapi tak tau hala tuju. Pikir jap, kata putus dicapai. Biase la lelaki takyah nak pikir lama nak buat keputusan. Kitorang nak gi restoran mamak kat Ipoh, nak breakfast dulu. Satu satunya restoran mamak yang kitorang penah pegi sejak duk Ipoh. Pagi lagi tuh. Dah macam orang nak turun gi opis lak. 

Lepas mengketedarah, setat nak pikir lagi. Plan nak lepak tapi tak tau katne. Kali ni lame sket nak pikir. Lepas pusing roundabout 3 kali, masuk simpang sana sini, last2 termasuk simpang nak gi cameron highland. Terpacul pulak idea bernas dari saudara Ijat nak ajak naik cameron. Saudara Kimi pun dengan senang hati menyahut idea tersebut. Aku? Aku ikut jerr...

Lepas topup minyak sket, bermulalah ekspedisi kitorang aritu. Tak banyak gambar yang aku dapat snap. Kalau tau nak gi cameron aku dah cas penuh2 dah. 



Tu je aku leh bagi. Hehe. Aku yang tak penah jejak kaki kat cameron ni memang tak sabar la nak sampai. Aritu aku tengok gambar awekss kawan2 aku outing kat cameron. Posing macam2, pastu upload kat pesbuk. Sabar...

Memandangkan perjalanan kali ni versi mengejut dan terkejut, kitorang tak amik banyak mase nak bergambar. Dah la duit dah tak berape nak banyak dah. Cukup la tengok pemandangan udara sejuk. Nasib baik tak biru mata. Kat atas, singgah jap beli strawberi ngan isi minyak, pastu turun balik ikut jalan nak gi Tapah. Mase turun tu la best. Drebar nih layaaan je dia kat corner. Yang duduk jadi passenger ni yang naya. Pening der. Huhu. Alhamdulillah kitorang selamat. Penat memang penat. Nasib baik takde pape. Dah la takde buat checking kat keter. Main redah je. Kalau la parent kitorang tau. Memang nak kene la. Hehe.

Lepas antar Ijat balik, kitorang terus balik asrama. Pening tak hilang lagi. Haru betui. Sampai je kat asrama, senyap je terus. Sedar2 dah maghrib.

Perjalanan kitorang nih memang takde perancangan. Mengejut dan terkejut. Kitorang pun tak caye je bleh gi sane. Dah macam tiap ari buat trip ke cameron. Beruntung gak aku dapat study kat Ipoh ni. Dapat jumpa kawan yang sataraf gilanya ngan aku. Ngeh3. Time kasih kat Kimi ngan Ijat sebab dah bawa aku pergi Cameron H. Kalau tak, ntah bile la agaknye aku bleh gi sane. Hehe.

Wednesday, October 19, 2011

Little soldier...

Yeay!! Aku dah dapat anak buah..hehe.. Kakak ipar aku baru je melahirkan sorang baby boy ari ahad lepas. So, muncullah cucu sulung ntuk mak ayah aku..ngeh3.. Dah bertambah askar kat umah.

Orang kate kite kene ikut peredaran zaman kan? Takpe. Dengan era IT skang nih, aku nak tolong abang aku nak mendidik budak nih. Dah plan dah.

Ape dia eh?? Aku nak tolong wat fesbuk ntuk dia. Nanti bleh la ajar dia camne nak update status. Kot2 ade mase dia update, "Ngah mam ngan mak. Emm cedapnyee.." Tak pun, "Papa belikan caye mainan. Maceh papa."  Iye la kan orang2 antu fesbuk skang ni suke sangat update status yang terlebih up-to-date. Dah melampau2 dah. Penin aku tengok kat wall. Rase tak sanggup nak bukak fesbuk dah. Hehe. Kang kalau aku block kang naye je. Bak kate kawan aku, fesbuk dicipta oleh orang yang ade otak tapi penggunanya ramai yang takde otak.

Tapi aku risau lak. Kang tak pasal2 budak tu update, "Acu buli caye at umah. Nak nanges..." Kot2 ayah dia tengah bukak fesbuk, memang aku kene tibai. Tapi kantoi la dia bukak fb kat tempat keje. Hehe..

Sekian...

Sunday, October 16, 2011

Kenderaan rasmi cawansumpak..hehehe




4-wheel drive ngan warna putih jadi pilihan... Cermin tinted jadi keutamaan. Haha.. Lebih2 pulak...

Saturday, October 15, 2011

'UT'


Tak payah la nak berebut-rebut,
Kang sumenye kelam kabut,
Bila korang dah kalut,
Mulalah nak bergelut,
Segalanya jadi berserabut,
Macam ribut,Semua benda nak disebut,
Tak nak kalah pandai lah menyahut,
Lepas tu ada la yang mula sangkut,
Dah susah baru la nak melutut,
Pandai lak bezakan gajah ngan semut,
Tolak ansur bukan maknanya lembut,
Fikir tenang tak payah nak kusut,
Jangan nanti diri yang terjerut,
Tersilap langkah boleh membawa maut,
Takde dah peluang nak cabut,
Sebelum semuanya sampai ke tarikh luput,
Hulur maaf ikhlas disambut,
Buang yang keruh yang baik diikut,



*saje je aku nak mengarut, melalut...
  Hakcipte awok sendiri ye..

Sunday, October 9, 2011

Antaitel 2

Pengalaman mengajar aku mengenal erti kehidupan. Aku suke ngan hidup aku sekarang. Jauh di perantauan. Takde sedara mara. Datang kat sini ditemankan abang tersayang. Tu pun kejap je. Pastu aku dah setat ngan hidup aku sendiri. Kat sini la aku belajar camne nak cari kawan yang boleh dijadikan teman yang mampu menjadi seorang sahabat. Bukan senang.. Nape la bende ni takde masuk dalam syllabus kat sekolah eh? Hmmm...

Aku bersyukur sangat2 sebab aku bleh sesuaikan diri aku kat sini. Lagi2 bila aku bleh jumpa insan2 yang akhirnya jadi sahabat. Walaupun ade kawan yang sekadar kawan. Lagi teruk bila ada kawan yang transform jadik lawan. Nasib baik je tak sawan. Aku hadapi semua ngan sabar. Aku bersyukur jugak sebab dari kecik aku dianugerahkan sesuatu yang jarang ada kat manusia biasa macam aku. Walau apa pun aku terima dari kawan2, aku tetap sabar. Tak pernah nak marah. Aku berharap agar anugerah Allah ni berkekalan sampai bila2. Ada gak orang tanye. Nape la aku ni baik sangat. Takut nanti ada yang sampai pijak kepala. Aku paham sume tu. Tapi, aku ada sebab sendiri. Aku pun ada cara sendiri. Dijamin halal. Hehe.

Saje aku buat entri ni sebab nak luahkan apa yang terpendam dalam ati. Sekarang ni seorang sahabat aku sedang menghadapi cabaran getir dalam hidupnya. Aku harap dia dapat tempuhi dugaan Allah ni. Aku sedih bila terkenangkan nasib yang terpaksa dia ngan family hadapi sekarang. Hurrmmmm....

Saturday, October 8, 2011

Steve Jobs...

Steve Jobs. 1955 - 2011. Kalau korang bukak website Apple arini, kat homepage deme letak gambar kat bawah ni. Ade deme tulis kat situ, Steve Jobs. 1955 - 2011.


Ni la berite paling hangat kat dunia skang. Kat Malaysia pun bleh tahan gak. Tapi aku rase, berite ni dah tak sehangat berite pasai pengumuman Bajet 2011. Hehe. Aku tak nak cakap pape pasai bajet tuh. Kecik lagi.

Steve jobs, pengasas Apple Inc. yang memang popular ngan software dan gajet yang canggih manggih. Dulu, aku pun layan gak gune Mac. Tapi skang ni susah sket. Lappy tak leh nak suuport. Nak beli Mac betui, rabak poket aku. Sejak ditubuhkan tahun 1976, dah banyak sumbangan Steve Jobs ntuk Apple, ntuk masyarakat dunia gak.

Mendiang yang dah lame menghidap kanser pankreas, telah meletakkan jawatan sebagai CEO dan sekarang ni digantikan oleh Tim Cook.

"Apple has lost a visionary and creative genius, and the world has lost an amazing human being. Those of us who have been fortunate enough to know and work with Steve have lost a dear friend and an inspiring mentor. Steve leaves behind a company that only he could have built, and his spirit will forever be the foundation of Apple." - Apple