tetamu kehormat

Saturday, September 17, 2011

Petang semalam, aku rase boring duk rumah je. Capai kunci moto, niat ati nak round2 kampung aku yang terchenta nih. Biase la takde member nak ajak lepak, aku merayau sengsorang je lah. Kali ni aku jadi budak baik bawak moto selow2 kat kampung. Seriously tak sampai 10 kali aku jadi penunggang berhemah sejak RG110 ayah aku transform jadik Lagenda nih. Aku rase masa kegemilangan RG ayah aku tu pun aku jarang bawak selow. Tak yah kira guna kalkulator, guna jari pun bolehhh (stail iklan rejoice). Hehe. Salah satu RG yang agak dikenali ramai sebab bleh fight ngan RXZ walapun umur dia dah dekat 20 tahun. Ayah aku suka pakai moto sampai nazak tapi tak penah nak modified. Aku akui enjin ngan coverset memang original dari kilang. Tapi kalau bab skru jangan cakap la. Memang rase nak buat welding je ganti skru2 tuh. Menyedihkan...

Entri kali ni aku bukan nak cakap pasal moto ayah aku. Tu mukadimah je tu...hehe.. Mase aku round2 kat kampung, terniat lak nak melawat balik sekolah rendah aku dulu. Walaupun sekolah ni dekat je dari rumah aku. Bleh kate tiap ari aku melintas depan sekolah nih. Tapi tak penah pun aku terpikir nak berdiri kat tapak perhimpunan sekolah tu balik. Nak tengok dari dekat. Tak tau apa mood aku semalam.

Kat simpang nak masuk sekolah ni, ada la tembok simen dan terpampang dengan megahnya nama sekolah. Kat sini la kitorang selalu lepak dulu sebelum pagar hijau tu wujud.





Kat gambar atas sekali tu sengaja aku bubuh anak panah. Actually, tempat tu la jadi saksi aku jadi otromen. Aku kayuh basikal laju sangat, then tak sempat nak amik corner. Memang terjun la. Tapi basikal aku selamat tak terjun sekali ngan aku. Nape la aku yang masuk parit tu. Aku rase kalau basikal tu ada mulut memang terkekek kekek gelakkan aku basah kuyup sekali ngan lumpur. Nasib tak kena tibai ngan mak aku kat umah. Biasela.. Mase tu idea nak cover diri dari kena marah fresh lagi. Sume taktik berjalan ngan lancar. Hehehe....
Meh aku bawak masuk lagi....



Sori la kalau tak jelas. Nak tengok jelas korang klik la kat gambar tu ye.  Tapak perhimpunan tu bukan tu je fungsi dia ea. Tempat tu jugak la tempat nak main bola tampar, bola baling, takraw, ngan futsal. Penah gak cikgu aku cat ntuk latihan kitorang masa nak masuk pertandingan lalulintas. Pastu cat balik jadik gelanggang. Tempat tu gak kitorang guna nak race keter tamiya dan yang seangkatan dengannya. Ngeh3... Nampak tak pondok kecik tu? Aku pun tak tau pondok tu wujud bila. Tapi aku tak sempat nak merasa. Nak tau tak pondok apa tuh?





Tengok lak gambar kat atas nih. Kata anak panah kuning, tu antara tinggalan kenangan aku kat sekolah ni. Hehe. Ada gak lagi hasil kerja aku ngan kengkawan yang cikgu aku kekalkan kat sekolah ni.

Confidence and success in your life. Make your life amazing.

Kalau korang ada baca entri aku yang dulu, aku ada citer pasai main guli kan. Nak tau katne kitorang main?



Kat bawah tu la playground kitorang. Tak yah risau pasai hujan panas. Sejuk je.

Berdiri2. Negaraku....


Actually, sekolah ni wujud sejak mak aku kecik lagi. Dia pun sekolah kat sini. Guru besar pun orang kampung aku jugak. Kebetulan lak umah dia sebelah je ngan sekolah. So, sekolah ni pun dah macam sekolah dia punya sendiri dah. Dia guru besar, dia la jugak pak guard. Baguih punya cikgu.

Tu je la aku nak citer pasai sekolah aku ni. Saje je la nak kenalkan sket. Hehe. Tima kasih coz sudi baca. Daaa....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^