tetamu kehormat

Thursday, September 29, 2011

Murid tak dibenarkan amik UPSR??

Pelajar yang bodoh ke cikgu yang bodoh. Aku tak tau la. Demi kepentingan diri, sanggup menghancurkan masa depan orang lain. Tau la dia dah jadi cikgu. Dia ingat dah jadi cikgu tu dai pandai sangat ke. Kalau dah jadik camni, dah jadik cikgu lagi bodoh la dia. Hangin betui aku.

Ni la yang terjadi kat beberapa sekolah kat Malaysia nih. Guru melarang pelajar ntuk amik UPSR sebab prestasi diorang dalam pelajaran sangat rendah. Tu alasan pertama. Alasan kedua lagi dasat. Tak suruh pelajar2 tu amik exam sebab taknak prestasi sekolah tu jatuh. Haprak punya cikgu.

Aku pun blaja kat maktab gak. Setahu aku, tugas guru adalah mendidik pelajar, meningkatkan prestasi pelajar. Bukan nak jadi cikgu sebab nak jaga prestasi sekolah. Kalau camtu baik jadi kerani ke, jaga ke. Masa tu ko jaga la sekolah tu betui2. Takyah la nak jadi cigu. Bazir masa je bertahun2 duk kat maktab.

Satu kes berlaku kat SK Bandar Bintangor melibatkan 3 pelajar, satu lagi kat SK Baling yang tak benarkan 5 pelajar dia amik UPSR. Sedih lak aku dengar berita nih. Aku rasa cikgu ni memang patut berenti je lah. Tu yang kita nampak. Camne lak layanan dia kat pelajar2 yang lemah dalam kelas. Ntah2 takde layanan langsung. Kalau buat camni kat US, rasa2 dah ada yang kene tembak ngan pelajar sendiri.

Aku harap la kes ni tak berulang lagi. Pihak2 yang bertanggungjawab, ambil perhatian yang serius.

Source: 5 Murid Tahun 6 Ditegah Ambil UPSR

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^