tetamu kehormat

Thursday, September 22, 2011

Maafkan kesalahan ku padamu

Huhu. Aku menyesal. Aku menyesal ngan ape yang aku dah buat kat ko selama ni. Dah lama kita bersama. Tapi arini, akhirnya kita berpisah gak. Perpisahan yang tak mungkin ada lagi pertemuan. Hanya tinggal kenangan.

Aku sedar. Selama ni aku gunakan ko ntuk kepentingan aku je. Aku tak penah pikir pun pasal ko. Segalanya disebabkan aku. Bila aku susah aku cari ko. Bila senang aku lupakan ko. Sampai ko ilang pun kengkadang aku tak sedar.

Ingat lagi. Masa tu aku nak mintak tolong kat ko sangat2. Aku tau ko sentiasa sedia nak bantu aku. Tak kira basah, panas, ko ikut je kemahuan aku. Aku sangat2 tak hiraukan ko dah. Yang penting apa yang aku nak, aku bleh dapat.

Tapi, bila aku senang, aku biar ko camtu je kan. Aku nak tido ke, main game ke, aku dah tak pikir pasal ko. Tapi aku tau yang ko sentiasa tunggu aku. Sentiasa sedia nak berkorban apa je demi aku.

Penah sekali ko ilangkan diri. Mula2 memang aku tak perasan sebab aku asyik layan yang satu lagi. Ko? Aku tak kisah sebab aku ingat dah ada orang lain yang amik ko. Tapi lepas tu, aku ditimpa masalah lagi. Aku dah tak tau nak ngadu kat sapa. Yang satu lagi? Aku taknak susahkan dia. Aku sangat2 perlukan ko. Puas aku cari, aku risau. Aku dah cuba macam2. Ko tetap tak muncul. Kalau nak panggil memang tak dengar. Aku bersabar je. Aku tau ko sayangkan aku.

Arini, aku gunakan ko lagi. Tapi, aku sedih sebab arini hari terakhir kita bersama. Lepas ni, dah takde dah nak tengok kita jalan sama2. Suma yang dulu hanyalah kenangan. Tapi, aku tetap ingat kat ko. Segala kenangan kita bersama kekal dalam ingatanku. Selamat tinggal........

Dedicated to: SELIPAR JEPUNKU

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^