tetamu kehormat

Tuesday, September 27, 2011

Dugaan di alam maya

Hmmm.. Kat pesbuk skang tengah fofuler ngan The Sims Social. Abih budak budak, abang budak, kakak budak, tak tau la kot2 ada mak bapak budak pun join skali main budak Sims tuh. Ntah ape la yang best sangat aku pun tak tau. Isshhh... Ngehehe... Aku pun main gak sebenarnya. Tak tau mane datang setan yang dah berjaya menghasut aku nak main. Aku dah cuba sedaya upaya sepenuh kudrat aku tak nak main. Huh. Hampeh.

Tapi, aku sebenarnya dah setat main The Sims ni dari dulu dah. Setat dari The Sims Bustin out. Kalau yang tu aku rase best sket coz tak terhad dalam rumah je. Siap bleh naik vespa lagi bai. Bleh pusing satu bandar, lari2, ngorat awek, masuk kapal, bawak traktor, macam2 lagi la. Aku tak kate yang kat dalam pesbuk tu tak best. Versi pesbuk tu best sebab die lagi mencabar. Skill kene ade kalau nak naik cepat. Aku bleh je nak buat. Hehe. Tapi......

Tengah aku sedap2 layan bende alah tu petang tadi, otak aku tengah ligat pikir care nak cepat naik. Seligat kipas dalam bilik aku. Tup2, aku terperasan la yang ade bende aku nak jual sebab laman rumah dah penuh. Tapi bende lain lak jadik. Aku silap klik, then aku terus jual. Tak perasan yang aku klik bukan bende yang aku nak jual tuh, tapi ruang bilik asal yang memang ade dalam tu. Ngan sekali tekan, semua hilang. Fakk!! Terkejut beruk aku. Beruk pun tak terkejut macam tu. Gile lah. Serius aku rase macam dah kehilangan Xperia aku walaupun aku takde Xperia. Siut betul la. Nasib baik la laptop ni mahal. Kalau bende bleh dapat kat gerbang malam, memang aku tak cakap banyak la. Sepak je laju2 sambil makan serbuk milo.

Aku dah tak leh nak kate ape dah. Dah kecewa tahap 7 petala langit, aku tarik tuala, pi mandi. Pastu solat, makan, balik bilik, baru bukak balik pesbuk aku. Ngan perasaan kecewa gila babas, aku redha (cam haram). Aku sambung main je. Sempat gak aku cari kot2 ade care nak sign out main, pastu bleh main balik. Kira reset game tu la. Dari 29K jatuh menjunam ke 16K. Bak kate sahabat aku, kalau bleh kire ngan jari tangan takpe. Ni dah melibatkan maruah jari kaki. Memang dasat. Budak tu yang biasenye kuat iman kalau main bende2 macam ni pun bleh terkejut tengok. Haaa.. Terer tak terer aku buat.

Ni dah boring, aku gi la citer kat korang. Sesungguhnya ini fakta bukan auta. Tapi memang takde auta pun dalam blog nih. Usah la kome riso ye.

*Tadi ade kawan aku tak puas ati ngan entri aku yang INI. Die dah tertipu. Hehe. Alhamdulillah dah ade something yang bagi aku semangat nak terus berblog.....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^