tetamu kehormat

Tuesday, September 13, 2011

Antaitel...

Ni citer seminggu lepas. Mase ni aku tengah otw nak gi airport ngan mak ayah aku. Pagi tu aku rase semacam. Rase macam nak demam je. Kat badan aku pun ade bintik2 merah tapi tak banyak. Ade la dalam 3 je. Aku pun expect takde pape la. Nak demam biase je kot.

Mase otw, ayah aku ajak singgah kat klinik jap sebab dia risau pasal bintik2 merah kat badan aku tuh. Dah bertambah. Mase kat dalam bilik doktor tu la perkara yang mengerikan berlaku. Ngeri la sangat.

“Adik, sebenarnya adik ni dah kene demam campak atau bahasa Uganda sebut chicken pox” kata doktor tuh. Sempat gak dia buat lawak tapi sori la aku tak gelak.

Ah sudah. Aku lak nak balik Ipoh malam tu. Lepas amik ubat, aku inform abang aku pasai benda nih. Repot seketul2.

Tetibe henset aku menari-nari kat atas dashboard. Sms masuk.

“Jul, kalau kena chicken pox xleh masuk flight” abang aku gitau.

Then, aku call Firefly nak tanye kut2 bleh tukar flight.

“Encik kene sediakan surat pengesahan dari hospital. Lepas tu fax kan ke pejabat Firefly. Chicken pox memang tak dibenarkan masuk dalam flight” akak talipon tu bagitau.

Hadui. Satu keje lagi nak gi hospital nak mintak surat pengesahan doktor. Ayah aku ajak gi hospital cecepat. Ari tu banyak sangat keter kat atas jalan. Rumah terbuka sana sini. Dah macam waktu puncak tak kira mase. Jeling jam, dah pukul 4 lebih. Aku pun “Jom”.

Kalau ari biase, dari airport ke hospital tak sampai pun 15 minit. Tapi ari tu kitorang amik lebih setengah jam nak sampai. Keter bapak aku dah cukup kecik kalau nak menyelit2. Tapi takde can nak terselit pun. Terpaksa la bersabar.

Sampai kat hospital kitorang terus pegi kat emergency dept. Aku agak la kalau masuk kat emergency bleh setel cepat. Pukul 5 aku jejak kaunter, pukul 7 setengah baru nampak kaunter balik. Sikit punye lama aku tunggu kat dalam. Badan pun dah asyik menggigil. Rase nak demam sangat2 dah.

Setel kat hospital, terus gerak gi airport balik. Kat airport nasib baik tekde orang lain beratur kat ofis Firefly tuh. Jimat sket mase aku. Hehe... Bincang punye bincang ngan brader kat kaunter tu, at last aku dapat gak tukar tiket. Nasib baik free. Selamat duit aku.. Setel hal tiket, masuk keter, balik. Nasib baik gate kat sempadan tak tutup lagi sebab raye. Kalau ari biase pukul 10 dah tutup dah. Alhamdulillah kitorang sampai gak kat umah. Lepas makan ubat aku dah tak pikir ape dah. Tido. Sambung cuti la aku sampai 18 aribulan nanti. Hehe.....krohhhhhhhh.........

2 comments:

  1. ohhh... baru aku tau org uganda sebut demam campak tu chicken pox..... hahaha.. get well soon.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^