tetamu kehormat

Thursday, September 29, 2011

Murid tak dibenarkan amik UPSR??

Pelajar yang bodoh ke cikgu yang bodoh. Aku tak tau la. Demi kepentingan diri, sanggup menghancurkan masa depan orang lain. Tau la dia dah jadi cikgu. Dia ingat dah jadi cikgu tu dai pandai sangat ke. Kalau dah jadik camni, dah jadik cikgu lagi bodoh la dia. Hangin betui aku.

Ni la yang terjadi kat beberapa sekolah kat Malaysia nih. Guru melarang pelajar ntuk amik UPSR sebab prestasi diorang dalam pelajaran sangat rendah. Tu alasan pertama. Alasan kedua lagi dasat. Tak suruh pelajar2 tu amik exam sebab taknak prestasi sekolah tu jatuh. Haprak punya cikgu.

Aku pun blaja kat maktab gak. Setahu aku, tugas guru adalah mendidik pelajar, meningkatkan prestasi pelajar. Bukan nak jadi cikgu sebab nak jaga prestasi sekolah. Kalau camtu baik jadi kerani ke, jaga ke. Masa tu ko jaga la sekolah tu betui2. Takyah la nak jadi cigu. Bazir masa je bertahun2 duk kat maktab.

Satu kes berlaku kat SK Bandar Bintangor melibatkan 3 pelajar, satu lagi kat SK Baling yang tak benarkan 5 pelajar dia amik UPSR. Sedih lak aku dengar berita nih. Aku rasa cikgu ni memang patut berenti je lah. Tu yang kita nampak. Camne lak layanan dia kat pelajar2 yang lemah dalam kelas. Ntah2 takde layanan langsung. Kalau buat camni kat US, rasa2 dah ada yang kene tembak ngan pelajar sendiri.

Aku harap la kes ni tak berulang lagi. Pihak2 yang bertanggungjawab, ambil perhatian yang serius.

Source: 5 Murid Tahun 6 Ditegah Ambil UPSR

Tuesday, September 27, 2011

Dugaan di alam maya

Hmmm.. Kat pesbuk skang tengah fofuler ngan The Sims Social. Abih budak budak, abang budak, kakak budak, tak tau la kot2 ada mak bapak budak pun join skali main budak Sims tuh. Ntah ape la yang best sangat aku pun tak tau. Isshhh... Ngehehe... Aku pun main gak sebenarnya. Tak tau mane datang setan yang dah berjaya menghasut aku nak main. Aku dah cuba sedaya upaya sepenuh kudrat aku tak nak main. Huh. Hampeh.

Tapi, aku sebenarnya dah setat main The Sims ni dari dulu dah. Setat dari The Sims Bustin out. Kalau yang tu aku rase best sket coz tak terhad dalam rumah je. Siap bleh naik vespa lagi bai. Bleh pusing satu bandar, lari2, ngorat awek, masuk kapal, bawak traktor, macam2 lagi la. Aku tak kate yang kat dalam pesbuk tu tak best. Versi pesbuk tu best sebab die lagi mencabar. Skill kene ade kalau nak naik cepat. Aku bleh je nak buat. Hehe. Tapi......

Tengah aku sedap2 layan bende alah tu petang tadi, otak aku tengah ligat pikir care nak cepat naik. Seligat kipas dalam bilik aku. Tup2, aku terperasan la yang ade bende aku nak jual sebab laman rumah dah penuh. Tapi bende lain lak jadik. Aku silap klik, then aku terus jual. Tak perasan yang aku klik bukan bende yang aku nak jual tuh, tapi ruang bilik asal yang memang ade dalam tu. Ngan sekali tekan, semua hilang. Fakk!! Terkejut beruk aku. Beruk pun tak terkejut macam tu. Gile lah. Serius aku rase macam dah kehilangan Xperia aku walaupun aku takde Xperia. Siut betul la. Nasib baik la laptop ni mahal. Kalau bende bleh dapat kat gerbang malam, memang aku tak cakap banyak la. Sepak je laju2 sambil makan serbuk milo.

Aku dah tak leh nak kate ape dah. Dah kecewa tahap 7 petala langit, aku tarik tuala, pi mandi. Pastu solat, makan, balik bilik, baru bukak balik pesbuk aku. Ngan perasaan kecewa gila babas, aku redha (cam haram). Aku sambung main je. Sempat gak aku cari kot2 ade care nak sign out main, pastu bleh main balik. Kira reset game tu la. Dari 29K jatuh menjunam ke 16K. Bak kate sahabat aku, kalau bleh kire ngan jari tangan takpe. Ni dah melibatkan maruah jari kaki. Memang dasat. Budak tu yang biasenye kuat iman kalau main bende2 macam ni pun bleh terkejut tengok. Haaa.. Terer tak terer aku buat.

Ni dah boring, aku gi la citer kat korang. Sesungguhnya ini fakta bukan auta. Tapi memang takde auta pun dalam blog nih. Usah la kome riso ye.

*Tadi ade kawan aku tak puas ati ngan entri aku yang INI. Die dah tertipu. Hehe. Alhamdulillah dah ade something yang bagi aku semangat nak terus berblog.....

Monday, September 26, 2011

Huuwaaaa.... Badan aku rase tak selesa lagi nih. Tak cukup lagi rehat sehari. Pagi ni kawan aku sms, kate kelas takde. Baguslah... Dapat gak aku rehat lagi. Bagus ntuk arini je. Kang dah dekat2 nak exam baru la kelam kabut nak ganti kelas tu kelas ni, situ sini. Padan muka.

Semalam aku tido awal sket. Awal2 pun kul 1 gak. Tak tau la nape aku rase tetibe sakit kepale lak. Tak penah2 aku sakit kepale malam. So, tak pikir panjang, pendek pun tak, tarik selimut, tido. Lappy, aku biar je la... Dah selalu sangat die tido.

Pagi ni pun ade rase sakit lagi. Roomate aku suruh amik panadol die. Tapi, takpe la. Aku skang dah tak amalkan sangat panadol nih. Lain la kalau dah terdesak sangat. Nape? Hehe.. Walaupun panadol nih terkenal ngan rawatan segera untuk sakit2 kepala (macam iklan sket), sebenarnya ada kesan sampingan yang kita tak tau, tau?

Sakit2 pun aku tetap nak taip entri...hihihi...


Info sebenarnya memang dah lame dah. Tapi tak tau la samada korang sedar ke tak. Especially ntuk sesape yang ade gastrik tuh, hentikanlah amalan pengambilan panadol korang. Aku ade terbaca artikel2 kat internet pasal benda nih. Pastu aku tanye sendiri kat pak sedare aku yang dah berzaman jadi doktor kat KL nun. Memang betui. Doktor selalu je bagi kite panadol kalau demam kan? Actually, perut diorang sendiri dah lame tak menghadam keturunan paracetamol nih. Diorang lagi rela nak guna ubat2 kampung. Ada gak satu cara tak kampung sangat tapi bleh diamalkan oleh orang2 kampung macam aku..hehe..


Tau tak ape tu minuman isotonik. Buakn setan and tonik macam dalam citer labu labi tu la. Aiseymen.. Takpe la kalau tak tau. Kenal ngan 100 plus? Saje je tanye. Kalau berani jawab la tak kenal. Bior aku seligi kepale kome. Kalau korang rase sakit kepale, amik setin 100plus, pastu campur ngan air kosong dalam jumlah yang same. Kirenye segelas isotonik ngan segelas air kosong la. Dah campur, minum la ape lagi. Jangan lupe bace Bismillah. Orang kate cara ni masyuk (pak sedare aku pun kate betui).

Tapi aku tak penah lagi buat aksi campur mencapur nih. Yang aku penah buat. Amik setin 100plus, biar gas die abih dulu, pastu baru la minum. Memang rase tak la sesedap, selazat dan se'kaw' yang baru bukak apatah lagi setelah bertapa dalam peti sejuk ntuk berkurun lamanya. Tapi, memang efektif. Kalau sume orang buat macam ni, aku agak syarikat 100plus tu bleh jadi syarikat pengeluar ubat sakit kepale la gamaknye. Pastu panadol pun lingkup. Pastu panadol tak puas ati. Pastu panadol pun saman 100plus. Pastu.......tak tau la ape nak jadi kat deme..hehe.. Cukup!! Kang aku lak kene saman.. Naya je..



Cara lain yang korang leh buat, rendamkan kaki dalam air panas. Tapi jangan la panas sangat. Kang ade yang rendam kaki dalam air yang baru mendidih, pastu abih melecur kaki. Then saman aku ngan alasan aku bagi ajaran sesat masat. Okeh sambung. Rendamkan kaki dalam air panas, nanti tekanan darah kat kepala korang tu kurang la.

Aku ada gak satu cara yang sangat2 digalakkan. Kalau dah sakit kepale, nak amik panadol takleh, nak rendam kaki tak tau katne, senang je. Tengok gambar kat bawah, korang akan paham.

Hehe.. Best tak budak gemuk tu tido? Macam haram kan perangai die. Tapi yang ni la selalu aku buat. Kalau korang tak caye, korang cube try test sendiri la. Ngeh3....

Tu je la aku nak share. Sekali sekala aku nak gak post entri yang berfaedah. Tak kan la asyik nak bace entri aku yang mengarut melalut sampai dahi pun berkerut. Mula2 aku ragu gak ngan ape yang aku bace kat internet. Tapi aku rase benda ni teramat la penting. That's why aku buang tebiat talipon pak sedare aku.

So, korang renungkan lah ye. Terpulang la kat korang kalau nak percaya ke tak. Renung renungkan dan selamat beramal..........

Thursday, September 22, 2011

Maafkan kesalahan ku padamu

Huhu. Aku menyesal. Aku menyesal ngan ape yang aku dah buat kat ko selama ni. Dah lama kita bersama. Tapi arini, akhirnya kita berpisah gak. Perpisahan yang tak mungkin ada lagi pertemuan. Hanya tinggal kenangan.

Aku sedar. Selama ni aku gunakan ko ntuk kepentingan aku je. Aku tak penah pikir pun pasal ko. Segalanya disebabkan aku. Bila aku susah aku cari ko. Bila senang aku lupakan ko. Sampai ko ilang pun kengkadang aku tak sedar.

Ingat lagi. Masa tu aku nak mintak tolong kat ko sangat2. Aku tau ko sentiasa sedia nak bantu aku. Tak kira basah, panas, ko ikut je kemahuan aku. Aku sangat2 tak hiraukan ko dah. Yang penting apa yang aku nak, aku bleh dapat.

Tapi, bila aku senang, aku biar ko camtu je kan. Aku nak tido ke, main game ke, aku dah tak pikir pasal ko. Tapi aku tau yang ko sentiasa tunggu aku. Sentiasa sedia nak berkorban apa je demi aku.

Penah sekali ko ilangkan diri. Mula2 memang aku tak perasan sebab aku asyik layan yang satu lagi. Ko? Aku tak kisah sebab aku ingat dah ada orang lain yang amik ko. Tapi lepas tu, aku ditimpa masalah lagi. Aku dah tak tau nak ngadu kat sapa. Yang satu lagi? Aku taknak susahkan dia. Aku sangat2 perlukan ko. Puas aku cari, aku risau. Aku dah cuba macam2. Ko tetap tak muncul. Kalau nak panggil memang tak dengar. Aku bersabar je. Aku tau ko sayangkan aku.

Arini, aku gunakan ko lagi. Tapi, aku sedih sebab arini hari terakhir kita bersama. Lepas ni, dah takde dah nak tengok kita jalan sama2. Suma yang dulu hanyalah kenangan. Tapi, aku tetap ingat kat ko. Segala kenangan kita bersama kekal dalam ingatanku. Selamat tinggal........

Dedicated to: SELIPAR JEPUNKU

Wednesday, September 21, 2011

Hari ini

Heheh. Arini macam2 aktiviti nak buat kat asrama. Petang ni ada nak buat pengungsian asrama (evacuation drill), penilaian ntuk pertandingan 3K kolej kediaman, pastu ada majlis jamuan ari raye lak. So, kelas ntuk petang ni pun terpaksa la cancel. Malasnye nak ganti balik nanti. Huhu. Takpe la. Sekali sekala ye dak? Pertandingan 3K, bilik aku biase je la. Aku ngan roomate juz kemaskan bilik ni je. Tapi terpikir gak. Bilik aku ni kemas ke kosong? Haha. Barang2 sume susun dalam locker. Pastu fail2 yang biase duk dalam locker arini letak atas meja, jadi hiasan. Speaker ngan extension wire dah sorok dalam kotak. Heater ngan iron lak awal2 dah sumbat masuk dalam keter member. Ngeh3. Lepas abih penilaian baru la amik kuar. Lepas tu bilik yang elok tersusun rapi akan kembali jadi bilik seekers. Nak kemas2 sangat kompem tak menang gak. Tapi kang kalau tak susun kena maki lak ngan warden.

Canopy dah siap terpasang. Petang nanti nak datang makan je pun, takde motif lain.

Saturday, September 17, 2011

Petang semalam, aku rase boring duk rumah je. Capai kunci moto, niat ati nak round2 kampung aku yang terchenta nih. Biase la takde member nak ajak lepak, aku merayau sengsorang je lah. Kali ni aku jadi budak baik bawak moto selow2 kat kampung. Seriously tak sampai 10 kali aku jadi penunggang berhemah sejak RG110 ayah aku transform jadik Lagenda nih. Aku rase masa kegemilangan RG ayah aku tu pun aku jarang bawak selow. Tak yah kira guna kalkulator, guna jari pun bolehhh (stail iklan rejoice). Hehe. Salah satu RG yang agak dikenali ramai sebab bleh fight ngan RXZ walapun umur dia dah dekat 20 tahun. Ayah aku suka pakai moto sampai nazak tapi tak penah nak modified. Aku akui enjin ngan coverset memang original dari kilang. Tapi kalau bab skru jangan cakap la. Memang rase nak buat welding je ganti skru2 tuh. Menyedihkan...

Entri kali ni aku bukan nak cakap pasal moto ayah aku. Tu mukadimah je tu...hehe.. Mase aku round2 kat kampung, terniat lak nak melawat balik sekolah rendah aku dulu. Walaupun sekolah ni dekat je dari rumah aku. Bleh kate tiap ari aku melintas depan sekolah nih. Tapi tak penah pun aku terpikir nak berdiri kat tapak perhimpunan sekolah tu balik. Nak tengok dari dekat. Tak tau apa mood aku semalam.

Kat simpang nak masuk sekolah ni, ada la tembok simen dan terpampang dengan megahnya nama sekolah. Kat sini la kitorang selalu lepak dulu sebelum pagar hijau tu wujud.





Kat gambar atas sekali tu sengaja aku bubuh anak panah. Actually, tempat tu la jadi saksi aku jadi otromen. Aku kayuh basikal laju sangat, then tak sempat nak amik corner. Memang terjun la. Tapi basikal aku selamat tak terjun sekali ngan aku. Nape la aku yang masuk parit tu. Aku rase kalau basikal tu ada mulut memang terkekek kekek gelakkan aku basah kuyup sekali ngan lumpur. Nasib tak kena tibai ngan mak aku kat umah. Biasela.. Mase tu idea nak cover diri dari kena marah fresh lagi. Sume taktik berjalan ngan lancar. Hehehe....
Meh aku bawak masuk lagi....



Sori la kalau tak jelas. Nak tengok jelas korang klik la kat gambar tu ye.  Tapak perhimpunan tu bukan tu je fungsi dia ea. Tempat tu jugak la tempat nak main bola tampar, bola baling, takraw, ngan futsal. Penah gak cikgu aku cat ntuk latihan kitorang masa nak masuk pertandingan lalulintas. Pastu cat balik jadik gelanggang. Tempat tu gak kitorang guna nak race keter tamiya dan yang seangkatan dengannya. Ngeh3... Nampak tak pondok kecik tu? Aku pun tak tau pondok tu wujud bila. Tapi aku tak sempat nak merasa. Nak tau tak pondok apa tuh?





Tengok lak gambar kat atas nih. Kata anak panah kuning, tu antara tinggalan kenangan aku kat sekolah ni. Hehe. Ada gak lagi hasil kerja aku ngan kengkawan yang cikgu aku kekalkan kat sekolah ni.

Confidence and success in your life. Make your life amazing.

Kalau korang ada baca entri aku yang dulu, aku ada citer pasai main guli kan. Nak tau katne kitorang main?



Kat bawah tu la playground kitorang. Tak yah risau pasai hujan panas. Sejuk je.

Berdiri2. Negaraku....


Actually, sekolah ni wujud sejak mak aku kecik lagi. Dia pun sekolah kat sini. Guru besar pun orang kampung aku jugak. Kebetulan lak umah dia sebelah je ngan sekolah. So, sekolah ni pun dah macam sekolah dia punya sendiri dah. Dia guru besar, dia la jugak pak guard. Baguih punya cikgu.

Tu je la aku nak citer pasai sekolah aku ni. Saje je la nak kenalkan sket. Hehe. Tima kasih coz sudi baca. Daaa....

Tuesday, September 13, 2011

Antaitel...

Ni citer seminggu lepas. Mase ni aku tengah otw nak gi airport ngan mak ayah aku. Pagi tu aku rase semacam. Rase macam nak demam je. Kat badan aku pun ade bintik2 merah tapi tak banyak. Ade la dalam 3 je. Aku pun expect takde pape la. Nak demam biase je kot.

Mase otw, ayah aku ajak singgah kat klinik jap sebab dia risau pasal bintik2 merah kat badan aku tuh. Dah bertambah. Mase kat dalam bilik doktor tu la perkara yang mengerikan berlaku. Ngeri la sangat.

“Adik, sebenarnya adik ni dah kene demam campak atau bahasa Uganda sebut chicken pox” kata doktor tuh. Sempat gak dia buat lawak tapi sori la aku tak gelak.

Ah sudah. Aku lak nak balik Ipoh malam tu. Lepas amik ubat, aku inform abang aku pasai benda nih. Repot seketul2.

Tetibe henset aku menari-nari kat atas dashboard. Sms masuk.

“Jul, kalau kena chicken pox xleh masuk flight” abang aku gitau.

Then, aku call Firefly nak tanye kut2 bleh tukar flight.

“Encik kene sediakan surat pengesahan dari hospital. Lepas tu fax kan ke pejabat Firefly. Chicken pox memang tak dibenarkan masuk dalam flight” akak talipon tu bagitau.

Hadui. Satu keje lagi nak gi hospital nak mintak surat pengesahan doktor. Ayah aku ajak gi hospital cecepat. Ari tu banyak sangat keter kat atas jalan. Rumah terbuka sana sini. Dah macam waktu puncak tak kira mase. Jeling jam, dah pukul 4 lebih. Aku pun “Jom”.

Kalau ari biase, dari airport ke hospital tak sampai pun 15 minit. Tapi ari tu kitorang amik lebih setengah jam nak sampai. Keter bapak aku dah cukup kecik kalau nak menyelit2. Tapi takde can nak terselit pun. Terpaksa la bersabar.

Sampai kat hospital kitorang terus pegi kat emergency dept. Aku agak la kalau masuk kat emergency bleh setel cepat. Pukul 5 aku jejak kaunter, pukul 7 setengah baru nampak kaunter balik. Sikit punye lama aku tunggu kat dalam. Badan pun dah asyik menggigil. Rase nak demam sangat2 dah.

Setel kat hospital, terus gerak gi airport balik. Kat airport nasib baik tekde orang lain beratur kat ofis Firefly tuh. Jimat sket mase aku. Hehe... Bincang punye bincang ngan brader kat kaunter tu, at last aku dapat gak tukar tiket. Nasib baik free. Selamat duit aku.. Setel hal tiket, masuk keter, balik. Nasib baik gate kat sempadan tak tutup lagi sebab raye. Kalau ari biase pukul 10 dah tutup dah. Alhamdulillah kitorang sampai gak kat umah. Lepas makan ubat aku dah tak pikir ape dah. Tido. Sambung cuti la aku sampai 18 aribulan nanti. Hehe.....krohhhhhhhh.........