tetamu kehormat

Saturday, March 19, 2011

Oh assignment..oh blog....

Grrttt...grrttt...grrttt.... Ngape lak henset aku menggigil semacam nih.... Setan mana da masuk ni...

"Da tengah malam da wei.. Ko tak tido lagi ke? Tak kan nak gayut kot..."

Ciss!! Kuang asam punye member aku sorang ney. Tau2 lak dia yg aku tak tido lagi time nih. Rajin je sms aku. Nasib baik credit banyak lagi...

"Aku tak tanya pun da tengah malam ke belum.. Kalau aku da tido takde lak nak balas sms ko. Tu yg tak tido lagi tuh..."

Tu dia...sms yg agak2 menusuk kalbu sang penerima.. Peduli hapa aku.. At least ada gak tempat aku nak lepaskan tensen aku nih... Tensen gile bai nak buat esei je memanjang... Tak tau lak aku yang budak TESL pun ada assignment, buat esei dalam Bahasa Melayu. Tatabahasa memang da rosak sikit 'coz da berbulan bergelumang ngan English grammar (bukan bergelumang ngan dosa ok). Nasib baik geng2 sesumpah pepijat aku yg tak balik cuti ni budak kelas BM. Boleh gak berguru sikit...hehe...

"Aik..takde lak malaun ni balas sms aku... Tak kan da tersungkur kot. Ati kering je.." bisik hati suci ku...baru ingat nak lepaskan tensen aku kat dia.....hehehe...

Mata aku takde bagi sign mengantuk lagi.. That's mean aku boleh lagi taip entri ni. Sambil taip entri sambil tu gak layan sms ngan cik adik.. Iye la kan.. Duk jauh2 ni sms je la jadi penghubung. Nak call pun tak leh selalu. Jaga bajet beb. Jimat credit nak call mak ayah..hehe...

"Assignment ko dah siap ke?" Ada lak member aku yg tanya soalan cepumas tetengah malam ni. Aku lak tak berapa suka nak jawab pasal assignment ni 'coz jawapan aku dah tentu...........:

"Tak siap lagi......." Simple kan???

Memang tak siap lagi ni. Tadi dah banyak idea datang mencurah2. Lupa lak aku nak jot down idea2 tersebut. So, taip punye taip, habih dah hilang dah idea2 bernas aku tadi. Sikit punye susah aku curik kat bernas, tetibe lak hilang. Idea....mana idea...mana ko pergi idea??? Aku suruh ko gi kejap je... Yg ko hilang terus pehal???


Tengok gambar taskbar aku kat atas tuh. Bizi gak kan. Sekali tengok dua browser da. Terpaksa bai. Tak cukup satu browser memandangkan banyak site yg aku kena bukak demi mencari ilham. Eh?? Ada lak photoshop menyelit kat situ. Em...korang abaikan je la ek.....Ngee~

Jeling2 kat member aku yang tengah syok layan gitar.. Kalau la aku reti main gitar kan best. Tapi ye la, aku ni susah sikit nak belajar benda alah ni. Tapi kalau pasal drum, gua berani sahut cabaran lu...hehe... Takde la terer pun. Juz reti ketuk snare drum, cymbals, floor tom, high tom, tom and jerry, boleh la.. Orang kata susah nak main drum. Main gitar lagi senang. Tu orang kata la. Bagi aku lak, drum adalah antara alat muzik yang mudah 'coz takde kod ABCDEFG....hehe... Walaupun camtu, aku still tak berapa reti nak baca drum tabs. Yg aku tau, dengar lagu tuh dua tiga kali, main........ Semua lagu yang aku pernah main, camtu la permulaannya............

Jeling sikit kat henset...da senyap...dah tido la agaknya cik adik ni...

"Hah?? Dah pukul 2 dah?" aku jerit dalam hati. Haishh... Aku baru plan nak tido awal malam ni (malam ke pagi?). Tarik nafas....hembus....hidung da tersumbat. Maknanya aku da ngantuk (peliknye). So, tak yah nak cakap banyak lagi. Da siap satu lagi entri...hehe...

Cheq na check out dulu no......sekian.........

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^