tetamu kehormat

Saturday, March 19, 2011

Merapu.....

Di suatu petang yang damai.. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa Jerman. Burung-burung berkicauan riang (agaknya la..nanti sat aku nak pi tanya depa riang ke tak).......

Dalam sebuah dorm di salah sebuah blok asrama di sebuah IPG, kelihatan seorang budak baik dan hensem sedang tekun menaip di pc, menggerak-gerakkan sejenis alat yg dipanggil tetikus, dan membelek-belek hensetnya yg semuanya serba hitam (bukan black metal ekk). Kedengaran beberapa buah lagu terpacul keluar dari mulut sang speaker yg juga berwarna hitam...

Tiba-tiba muncul satu lembaga yg memecah keheningan suasana....

"Man, jom gi jejalan nak?" Hapa kejadahnya nak ajak aku jejalan time aku sibuk nih???

Aku takleh nak berkata apa-apa selain "Tak nak la..malas..".

Hehe...dalam hati memang nak follow je. Tapi memandangkan assignment aku tak siap lagi, terpaksa la aku tolak keinginan hati aku nih.

Lagipun, skang ni aku malas nak gi jejalan tanpa hala tuju. Aku tengok banyak driver yg dah tak tentu hala masa driving walaupun diorang ada hala nak dituju. Aku tak nak sebut sapa-sapa 'coz aku pun tak kenal diorang sapa...hehe.. Bukan nak main tuduh2 ekk.. Aku cite ni based on my own experiences. Tu dia..experiencesss.. Bukan sekali, tapi da banyak kali aku alami. Tak kira la melibatkan aku atau tak. Kalau aku nak cite semua memang kabur la mata korang nak baca entri aku yg panjang tuh.. So, aku cite lain kali ekk.. Hehe..

"Hmmm...da tau assignment tak siap boleh lak ko sibuk ngan blog ko.."

Bila masa lak member aku yg sorang lagi nih datang. Tak dengar bunyi pintu pun. Magic ke hapa??

"Iye laa..........." Malas la aku nak balas balik. Kalau la member aku tu mak aku, alamatnye dengar ceramah free la aku...hehe

Pikir2 balik..betui gak kata2 mamat tuh... Insaf lak aku...huuu.....

So, setakat ni je la aku dapat nukilkan.. Insyallah kalau ada masa terluang aku update lagi.....sekian.....papaiiii.....

(Sob...sob...sob.....nak nanges je aku rasa nak menyiapkan assignment nih...)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^