tetamu kehormat

Tuesday, December 13, 2011

Apa itu??

Sekarang ni, kat hujung kampung aku dah ade kemudahan yang latest. Lagi latest dari Samsung Galaxy Note yang suke menyebok kat tv tuh (aku rase la).



Haa tu la dia yang cheq nak habaq tadi. Ehem.. Aku tak tau nak panggil ni ape. Nak kate jeti, tak macam jeti. Nak kate pelabuhan, jauh panggang dari api. Nak kate dermaga, memang nak kene kaki. Tapi yang ni korang bace la sendiri.


"Tempat penaikan/penurunan perahu". Paham tak? Bukan perahu yang nak turun naik tau, tapi orang. Hehe. Baguih gak deme dah buat jeti baru. Bukan setakat orang, keter pun boleh lalu dengan mudahnya.

Ade gak orang kate untuk kemudahan feri. Sebab sayup2 khabar angin monsun kate jambatan sungai Lawas nak diganti. Nak buat jambatan ala2 London Bridge is falling down..falling down..falling down.. Nak ganti jambatan yang wujud sejak zaman omputih dulu. Aku rase tu la satu-satunye jambatan satu lorong yang still berfungsi kat jalan utama kat Malaysia nih. Kalau ade kenderaan lain dari arah bertentangan, kene la tunggu dengan penuh kesabaran.

Cekidaut...

Friday, November 25, 2011

Uhuk. Kat airport lagi. Nak tunggu sampai kul 3 petang, lame gak tuh. Takpe, update blog kejap. Hehe. Buat ape kat airport. Petang ni nak naik flight ke Kuching pulak. Nak tengok si montel faheem. Hehe. Tak sabar nak jumpa ngan anak buah aku tuh. Bertambah montel lak dia. Ishh..

Ok la. Nanti kalau ade mase aku upload gambar budak tuh. Daa...

Monday, November 21, 2011

Malaysia 4 - 3 Indonesia

Yess!!! Alhamdulillah Malaysia menang gak akhirnya. Tengok kat umah pun berdebar. Huhu.

Leh la kite berbangga  ngan pemain2 Malaysia nih. Tabik kat diorang. Aku respek kat Khairul Fahmi sebab die jaga pintu gol baik2. Pasni bleh keje jaga lak. Hehe.

Tahniah aku ucapkan untuk skuad bolasepak Malaysia sebab dah berjaya meraih pingat emas untuk sukan SEA ni.

Tahniah jugak aku ucapkan untuk family aku sebab berjaya tonton match sampai abis. Macam2 je dugaan nak tengok bola malam ni. Haha. Cekidaut...

*Agak2 PM kite bagi cuti lagi tak?*

Astro

Huhu. Akhirnya boleh tengok tv balik. Yeahoo!! Dah brape ari family aku tak leh nak tengok tv mase ujan. Jangankan hujan, mendung sket pun dah hilang signal.

Petang tadi dah makin teruk. Channel astro prima je bleh bukak. Yang lain, harammm.. Dah la malam ni nak tengok bola.

Tetibe ayah aku bagitau suruh tukar receiver astro yang comel lote tuh. Tak tau la dari mane beliau rembat. Aku pun, bertindak mengikut arahan.

Sokseksoksek.. On tv, tiit...tiit...tiit. Yess!!! Berjaya.. Semangat nak tengok bola kembali berkobar-berkobar. Tak sabar nih. Ade harapan tak Malaysia nak menang malam ni? Nantikan...

amacam?? lawa tak menatang nih? hehe

Sunday, November 20, 2011

Dah sampai rumah

Alhamdulillah akhirnya sampai gak aku kat kampung halaman tercinta neh. Hehe.

Penerbangan KL-KK sepatutnye 2 jam 30 minit je. Tapi disebabkan cuaca buruk semalam, terpaksa duk dalam flight 4 jam. Baki sejam 30 minit, flight berlegar-legar kat ruang udara KK nak tunggu kebenaran untuk turun. Encik pilot siap bagitau kitorang. Kalau tak leh nak landing kat KK mase tu, terpakse landing kat Labuan. Huh. Memang kesian la family yang tengah duk tunggu kat bawah.  Mase kat atas memang berserah je lah. Redha je ngan ape yang terjadi. At last dapat gak landing walaupun ujan still lebat lagi.

Mase nak balik, ade masalah lain lak. Ujan lebat. Ayah aku pun tak leh nak drive laju. Nak sampai sempadan sabah-sarawak, kene sampai dalam mase 2 jam lagi. Kalau tak kene tunggu gate bukak. SO, terpakse la menumpang kat umah sedare. Pagi tadi kitorang dah gerak balik. Sampai umah mase tengahari.

Arini, bermula la suasana cuti. Jumaat lak dah plan nak gi kuching ngan mak aku. Untuk ape, nanti aku citer ye. Kucing aku pun dah setat menyebok nak bergura senda nih. Ok chow...

Saturday, November 19, 2011

Perutusan YAB tuan tanah sempena cuti

Sket lagi dah nak berkumpul kat padang. Nak gerak sama2 ke LCCT. Tiga buah bas, gerak sekali. Penuh la nanti food court kat LCCT tu ngan gink borneo ipg ipoh. Jaga...!!

Kesempatan ni, aku nak ucapkan selamat bercuti kepada semua yang terlibat dan terasa bila sebut pasal cuti sekolah. Sahabat handai, rakan taulan IPG Kampus Ipoh, hargailah masa cuti anda. Jangan buat mende2 yang tak elok. Ingatlah status kita sebagai guru pelatih, yang akan menjadi pendidik anak bangsa. Jangan dok sebok pasai status pesbuk je. 

Kepada abang2 dan kakak2 unit F yang dah tamat gelaran sebagai guru pelatih, selamat menjalankan tugas. Sekarang dah pegang gelaran guru terlatih. Jalankan tanggungjawab seperti apa yang diharapkan. Kalau yang posting dekat tu, rajin2 la datang ipg ni balik. Kalau ada yang terposting kat sarawak atau sabah, jangan risau. Tengok kat tv memang macam susah je hidup. Datang, tengok, rasakan sendiri. Baru best. Hehe. 

Dalam bas 3 jam. Dalam flight 2 jam setengah. Dalam keter 3 jam lagi, amik tugas jadi co-driver. Sampai rumah memang tido terus. Pembaca sekalian, doakanlah segala urusan arini dipermudahkan ye. Harap2 takde halangan yang tak diduga datang. Mudah-mudahan segalanya berjalan ngan lancar.

Maafkan lah aku kalau selama ni aku banyak buat salah kat korang semua. Tersilap kata, terlanjur bicara, tertampar muka, tersepak dada. Ada yang aku sedar, ada yang aku tak sedar. Walaupun masa tu aku dalam keadaan sedar. Sedarkanlah aku. Jumpa lagi tahun depan.

Sekian, assalammualaikum....


Hitam

Hehe. Saje je buat entri pasal benda nih.

Tadi tengah sibuk kemaskan meja aku, baru perasan something yang aku memang perasan tapi tak brape nak perasan. Perasan!

Barang2 aku, banyak yang berwarna hitam. Bleh kate semua benda tak bernyawa milik aku berwarna hitam.


Tengok tuh. Mase beli aku tak pernah pikir pasal warna. Sebab aku rase itam je sesuai. Laptop, cooler, usb keyboard & mouse, mousepad, speaker, henset, external harddisk, notebook, keychain(kunci bilik), tak lupe kopiah. Hehe. Finishing meja tu pun warna itam. Tak masuk lagi beg laptop ngan...ntah ape lagi barang aku yang serba itam. Nasib baik henset 1110i tu ada warna putih sket. Pstu extension wire pun putih gak. Nak beli itam tak sanggup.

Teringat pulak ngan baju nike warna itam yang hilang mase nak balik cuti raya aritu. Dah la baju tu abang aku yang bagi. Aku pun suke pakai sebab simple but lawa. Masa tu aku jemur baju tu. Baru lepas basuh sebab nak pakai mase balik. Tiba2 bleh lak lesap dari ampaian. Puas aku cari kat tempat lain, hampeh. Kembar baju tu, warna putih, aku tak nak dah jemur suke ati. Sayang woo.. Pemberian dari abang tersayang hilang.

Jangan lak korang ingat aku layan black metal. Tak pun korang kate barang2 aku itam, ati pun itam kot. Haha. Itam tu tak la. Tapi setakat tompok2 itam tu banyak la kot. Sape kate aku baik? Sape? Sape? Aku nak belanja orang tu makan kat mekdi.

Hmmm... Lamenye nak tunggu pagi. Menanti terbitnya mentari. Hari2 terakhir sebagai pelatih pi pi ai es em pi (PPISMP).

Menanti ke pagi

Alhamdulillah. Proses mengemas barang dah setel. Sumer barang dah masuk dalam kotak. Penuh gak dua kotak ngan barang2 aku nih. Selebihnya ada yang aku tinggalkan dalam loker je. Susun elok2. Harap2 la cikgu yang guna bilik ni nanti bleh bagi kerjasama nak jaga barang aku. Nama pun cikgu kan. Mesti la bertanggungjawab.

Sikit demi sikit pelajar ipg ipoh bergerak balik ke kampung masing2. Makin tak sabar la aku nak balik. Esok lak kene sedia awal sebab bas nak gerak awal. So, aku buat keputusan tak nak tido malam ni. Nak layan perasaan. Hehe.

Teringat segala kenangan sepanjang semester 3 nih. Macam2 peristiwa. Huhu. Kenangan pahit manis semuanya ada. Gembira sebab sepanjang semester 3, banyak aktiviti dibuat bersama-sama ngan rakan2 sekelas. Dah macam adik-beradik sendiri.

Beberapa jam je lagi nak bersiap. Layan game jap. Hehehe....

Friday, November 18, 2011

Sesi mengemas

Huh. Penat. Pening jugak kalau dah nak packing nih. Tak sangka barang2 aku banyak camni. Hehe. Misi utama arini, nak clearkan barang2 dalam bilik. Tinggalkan sikit2 je dah la. Tak kan la nak clearkan abih2. Kang tak pasal2 penyelia asrama ingat bilik ni takde yang duduk.

Malam ni nak enjoy habih2 kat asrama. Tak tido pun takpe la. Sebulan lebih tak jumpa ngan kengkawan, rindu lak nanti ngan suasana kat sini.

Esok pepagi lagi dah kena berkumpul. Nak gerak dalam kul 6.30. Betul ke? Tak tau la. Dah berapa kali ipg ni sediakan bas ke LCCT, ni la first time aku ikut sekali. Sebelum ni asyik naik bas luar je. Dah beli tiket baru tau ipg ada sediakan bas. Kalau tiket tu boleh jual balik takpe la.

Best tengok ada pelajar yang dah balik. Gembira je ati diorang. Tak adil betu la mak ayah datang amik. Nape tak antar je semua pelajar semenanjung ke borneo. Haha. Baru rasa seksanya berjauhan beribu-ribu batu ngan family.

Mood : Nak balik...............mak!!!!

Thursday, November 17, 2011

Di ambang percutian

Haha. Arini penat lagi. Tak tau ape nak buat kat asrama. Pagi tadi dah gerak gi Jusco Ipoh. Pusing seluruh JJ, pastu baru singgah nak makan. Lepas makan dah tak tau nak buat ape. Melekat kat tempat bolong. Alhamdulillah khatam 3 game tadi. Best gak main ari ni. Dah la orang tak ramai yang datang, kene lak ari bekerja yakni murah sket. Hoho.

Tak sabar aku nak balik nih. Pastu nak tengok anak sedare aku si Faheem yang montel. Berat mase lahir mengalahkan aku. Pecah rekod dalam family kitorang. Hehe. Abang aku rajin je mms kan gambar anak dia tu kat aku. Memang sengaje la nak buat aku tak sabar nak jumpa. Tapi sumpah aku rindu abang aku lebih dari anak die.

Malam ni nak sambung mengemas barang-barang kat bilik, nak bagi clear semua. Pagi tadi makcik penyelia asrama tu bagi peringatan suruh kemas bilik then bagi kunci kat ofis. Baik makcik!

Waaa... Taknak kemas barang. Nak balik terus.

Wednesday, November 16, 2011

Berakhirnya sebuah exam

Alhamdulillah.. Selesai sudah final exam untuk PPISMP TESL Jun 2010 semalam. Satu eam untuk tiga semester. Unit lain sedap je layan satu exam satu semester.

Beberapa minggu terpakas bergelumang ngan nota2 yang selama macam nak tak nak je nak buat. Pastu campak merata-rata. Dah dekat nak exam, baru la kelam kabut nak cari balik. Pastu tak paham ngan tulisan sendiri. Baru nak rase menyesal sebab tak buat elok-elok. Haha...

Dah abis sume exam, pergghhhh!!!! Rase macam dah graduate je. Gembira gile. Padahal, abis je exam menandakan kitorang akan masuk ke alam PISMP. Takde dah istilah persediaan. Memang kene struggle bebenor le jawabnye. 

Lepas ni, misi takde lain dah. Dah dekat nak cuti, mengemas barang-barang adalah satu kewajipan kepada setiap umat manusia yang tinggal di asrama. Kali ni nak kene bayar lak kalau nak simpan barang kat stor. 1 kotak, 1 ringgit, 1 Malaysia. Hehe. Berkat usaha dan pertolongan kawan-kawan yang baik ati, dapat gak tiga kotak kosong. Bersedia untuk berkhidmat sepanjang cuti ni.

Sebelum sibuk mengemas barang, manfaatkan dulu ruang dan peluang yang ade merayau kat Ipoh ni. Elaun baru je masuk kan. Cuti lak tuh. Sesuai sangat la. Hehe. Bleh la breakfast kat mekdi, lunch kat kepsi, ujung bulan sket lagi bantai megi. Pastu menyesal sebab tak jimat dari awal. Bila dah kuar elaun, benda sama berulang kembali. Hampeh betul la.

Tak sabar dah nak balik nih. Nak jumpa mak ayah, kengkawan kat kampung, cik adik yang dirindui. Haha. Nasib baik la sama-sama dapat kat IPG kan. Sama-sama cuti. Ngeh3.. Best2!!!

Tak tau ape nak buat, jom layan MotoGP. Vrooommmmmmm!!!!

Saturday, November 12, 2011

Dugaan di musim peperiksaan

Assalammualaikum...salam sejahtera..

Hehe.. Aritu kate tak nak update blog sampai abis exam. Tapi ade update jugak. Hampeh betui kan? "Dey kici. lu cakap tara serupa bikin la.."

Banyak betul la dugaan mase minggu exam nih. Nak aku senaraikan tak?? Nak tak? Nak? Nah.

**********

1. Otomatik mengantuk bile setat study walaupun baru lepas mandi. Senang cakap, study akan mengundang rasa mengantuk tak kira masa di mana jua.

2. Ramai kawan yang ajak sembang kat pesbuk. Sebelum ni takde pun.

3. Semakin senang nak cari game. Asyik download pastu layan berjam-jam. Bile nak study??

4. Kreativiti di photoshop. Tak puas ati selagi tak siap ape2 yang aku nak buat. Dah siap, kuar idea nak buat yang lain. Idea kreatif mencurah2. Dermm!!

5. Kat pesbuk asyik bising pasal nak cuti. Semangat exam berubah ke semangat nak balik cuti.

6. Elaun masuk lambat. Duit pun dah.....haisshh malu la nak cakap... Aku rase pengemis tengok wallet aku pun rase kesian.

**********

Pening gak aku camne nak handle perasaan aku nih. Nak kuatkan semangat nak blajar. Orang lain asyik kate kuatkan semangat. Abaikan benda2 yang membuatkan aku bleh lalai. Tapi.....sedeyhh!!! 

Skang ni, dugaan no. 6 tu boleh diabaikan... Alhamdulillah ada pihak yang sungguh baik ati memberikan sumbangan dan sanggup menempuh dugaan yang mendatang semata-mata tak nak aku bedal mee maggi je sebab takde duit. Huhu. Terharu bai.... Tak sabar plak rase. "Mak, orang nak kawen!!!" Hahahaha...


Wednesday, November 9, 2011

Ceritera


Monday, October 31, 2011

Baru nak sedar?!!

Arini, aktiviti aku sekadar dalam bilik je. Duk online, layan lagu, tido, makan. Kalau tiap ari camni mau tak muat aku nak masuk keter ayah aku kang. Takde idea nak buat ape. Nak makan pun mintak tolong bungkus kat member. Haha. Malas gile la aku.

Malam ni asrama dah meriah balik. Muke-muke yang seminggu menghilang, dah nampak terpacul kat bilik diorang. Sume nampak hepi je. Ye la baru balik dari rumah jumpe mak ayah. Memang la happy. Kitorang yang tinggal ni tengok je la. Tapi diorang dah datang ni, wifi pun dah setat nak selow. Nape la korang balik cepat sangat. Haha.

Asrama dah tak sunyi, means cuti dah abes. Baru la nak sedar diri yang exam dah dekat. Berape batu nautika je lagi nak sampai. Ayarkk!! Aku takde study lagi. Siuttt!

Lepas taip entri ni, aku nak tido. Esok pagi niat nak bangun sebelum subuh. Nak study kate ko! Haaa... Minggu ni pun, aku rase nak kurangkan sket aktiviti bertasbih maya a.k.a bermesej aku. Nak fokus study. Fokus!!!

Ok lah. Aku rase, blog ni tak akan bersuara untuk dua minggu empat ari akan datang. Lepas exam kang, tiap ari la aku update. Hehe.

Kepada para pembaca sekalian, terima kasih sebab sudi melawat blog aku yang masih mentah ni. Kalau korang baik ati tolong la promote kat blogger lain ye. Huhu. Alaa aku tau korang sume memang baik ati. Doakan lah kejayaan aku untuk exam kali ni. Nak tentukan aku bleh ke tak nak sambung untuk degree nanti.

Salam sayang daripada aku untuk semua.... :-)

cawansumpak

Sunday, October 30, 2011

Silaturrahim

Kemarin ada kawan aku ajak gi umah sedara dia. Ada kenduri sket. Kenduri lepas asar, tapi kitorang datang awal sket, sebelum zuhur. Best gak. Dapat berkenalan ngan orang lain. Tengok cane stail komuniti lain2 tempat. Tapi, kemarin aku tengok nak dekat sama gak macam kat kampung aku.

Kalau dah ramai datang berkumpul kat satu tempat especially nak ada kenduri kendara, macam-macam citer kuar. Macam dah lama tak jumpa. Dari hal pasal diri sendiri, sampai la citer pasal politik. Haha. Best gak semalam ada pakcik2 yang hangat citer pasal tiket final Terengganu vs N. Sembilan semalam. Oppss.. Lupe nak ucap tahniah kat N. Sembilan sebab dah berjaya melenyapkan harapan Terengganu untuk menang semalam. Aku bukak je pesbuk, sume duk sibuk buat status pasal benda sama. Rasa sakit ati lak nak bukak pesbuk tuh. Boring baca benda sama walaupun perkataan dan loghat lain2. Hehe...

Balik topik asal, best gak kalau dengar pakcik-pakcik bersembang. Selalu ada je yang buat kita gelak. Dengar je pun dah rasa lucu. Kalau kat tempat orang ni, aku dengar je la. Kalau kat kampung, join sekaki ngan pakcik2 tuh. Baru best. Haha.

Biase la kan. Kengkadang kita dengar pakcik2 makcik2 citer, kita kata diorang dah ketinggalan zaman la, tak tau teknologi sekarang la. Tapi, diorang dah banyak pengalaman dah kat dunia nih. Jangan kita yang muda2 ni nak berlagak kat diorang. Orang berumur punya pengalaman dan kemahiran memang best. Diorang kalau nak kenal perangai dan hati budi seseorang, tengok je pun dah bleh kenal.

Aku suka bila ada kenduri kendara nih. Ramai orang datang. Pastu bleh mengeratkan hubungan. Walaupun kengkadang anak-anak muda sikit sangat yang datang. Asyik2 pakcik2 je. Hmmm....

Saturday, October 29, 2011

Katering oh katering

Alhamdulillah rezeki Allah. Masa tak terbazir, dapat pengalaman, banyak faedah. Kalau duk kat hostel je dah konpem masa banyak terbazir. Bukan nak study pun. Ekeke..

Semalam, aku ngan 9 orang lagi kawan aku, gi join katering. Macam keje part-time la jugak. Tapi tersangat la part-time nye. Ade satu katering kat Ipoh ni nak 10 orang lagi untuk tolong pekerja diorang dalam satu majlis resepsi perkahwinan kat Dewan Bandaran Ipoh. 

Kitorang sume pun bukan ada pengalaman join katering nih. Tapi ada la ilmu sket kalau nak siapkan meja makan untuk majlis-majlis grand macam nih. Penat gak woo. Belum apa-apa lagi dah setat nak berpeluh. Nasib baik ekon kat dewan tu sejuk. 

Dapat pengalaman. Pastu dapat lak makan free. Haha. Memang dah dari awal terasa betapa laparnya perut kitorang. Tengok makanan-makanan, fuhhh.... Rase nak makan time tu gak. Tapi, ingat keje. Haha. Busy tu memang la. Gelabah sket semalam sebab majlis dah setat, orang dah setat mengunyah, tapi ada tetamu yang tak makan lagi sebab hidangan yang dah siap tak cukup lagi. Ambil cara lain, kitorang usha mana2 pinggan pinggan yang tak bertuan, then angkat bawak ke tetamu yang tak dapat makanan lagi. Semalam hidangan siap dalam pinggan je, tu yang sibuk mengangkat tuh. 

Dah setel sume, orang pun dah setat nak angkat punggung nak balik. Kene kemas lak. Kemas..pergghhh. Macam biase la kan. Kalau nak buat sesuatu tu bleh je. Tapi kalau dah sampai bab kemas mengemas ni memang malas sket la. Haha.

Siap kemas sume, akak tu pun suruh la kitorang makan. Masak spesel sket untuk kitorang. Bukan senang nak makan chicken chop..free... 

Dah makan baru la pueh ati den. Pastu sibuk lak nak bersihkan meja2 ngan kemas barang kat dapur. Sokseksoksek, lebih kul 12 malam gak baru la setel. Keter dah tunggu nak antar balik hostel. Kul 1, alhamdulillah dah sampai kat bilik.

Huu. Penat der. Tapi takpe, dapat gak upah. Hehe....

Selamat pengantin baru untuk pengantin semalam. Aku dah lupe nama dah. Ahaha...

Thursday, October 27, 2011

Sayang ayah

"Ko ada duit lagi tak?"

"Ummm..Ada..sket.."

"Apesal yg ujung tu bunyik slow? Ade duit tak?"

"Ade.. Tapi tak cukup kot nak tunggu elaun bulan depan."

"Hmm... Bagitau je la tak cukup. InsyaAllah kalau tak esok, isnin depan bapak bank in. Berape nak? Seribu cukup tak?"

"Tak cukup. Nak lima ribu."

"Ok bapak bagi ko sejuta. Haha."

"Theheheehehee....."

Wargghhh... Ade tak area Ipoh ni yang sudi bagi aku keje sehari dua. Nak backup belanja aku. Hehe.

*Ayah aku tak tau aku selalu bangun lambat. Kalau dia tau, takde kot nak bank in kat aku.

Tragedi hari ini

Tengahari tadi, aku kuar jap nak gi beli makanan. Perut aku dah menyanyi-nyanyi kecil. Setat moto, gerak. Niat ati nak bungkus je. Warung tempat aku nak beli ni terletak dekat ngan trafik light. Kira kat corner la. Stand moto baru je cecah tanah, tetibe aku dengar orang jerit disertakan dengan satu bunyi yang agak mencurigakan. Chewah.

Aku bukak helmet, tengok ada sebuah keter stop kat tengah jalan. Pastu ada dua tiga kucing berlari orang kelam kabut berlari kat keter tuh. Aku pun nak tengok gak. Tengok2 ade sorang makcik terduduk kat atas jalan. Ramai gak orang tolong dia. Moto makcik tu elok lak dia baring tapi aku rase tak tido. Tangan ngan kaki makcik tu dah berdarah. Pastu brader driver keter tu kuar. Muka dah cuak. Aku tolong la sket nak tegakkan balik moto makcik tu.

Aku tengok lak brader tu, aku pelik. Apesal lak dia nak bising2 nih. Orang tengah sakit dia duk nak salahkan pulak. Tak reti kesian ke kat makcik tuh. Aku tanye la sorang brader kat situ. Rupenye, brader keter tu yang salah. Dia yang kelam kabut sangat.


Tengok gambar kat atas tu. Anak panah merah, tu makcik naik moto. Anak panah biru tu, keter brader tu. Actually, makcik tu dah masuk simpang sebab lampu dah hijau. Tapi brader tu nak cepat sangat. Dia malas nak tunggu kat traffic light, so dia amik cara nih. Dia nak buat2 masuk simpang, then pusing keluar balik. So, takde la dia kena saman sebab langgar lampu merah. Dah biase aku tengok orang buat camni.

Skang sape salah? Makcik tu ke, brader yang bawak keter tu? Bertambah kecoh bila brader tu tak nak ngaku salah. Dia kate makcik tu yang tak tengok keter depan dia. Haiii. Ape ke bengap bebenor mamat sekor nih. Rase nak tempeleng je mase tuh. Nasib baik badan besar. Gaduh punya gaduh, last dia mengalah, pastu mintak mahap kat makcik tu. Tapi sekadar mintak mahap je la. Pastu buat dono, masuk keter, jalan. Perangai hancuss..

Kesian aku tengok kat makcik tuh. Pastu ada la sorang yang baik ati nak bawak makcik tu gi klinik. Moto, letak je dulu kat tepi warung tu. Then, keadaan kembali tenang seperti biasa. Hehe.

p/s: Berhati-hati la korang tak kira kat mana pun.

SuperMak

26 Oktober 2011, 10.30 pagi.

"Hello.. Assalammualaikum mak."

"Waalaikumussalam. Ko gi mane tadi? Mak call tak angkat."

"Ngehehe.. Tido lagi mak."

"Astaghfirullahalazim.. Ni baru bangun ke?"

"Emm. Baru celik. Tengok ade miskol."

"Elok la baru bangun budak nih. Dah. Ko gi mandi. Dah mandi nanti baru call mak balik."

"Ok bos!"

***********************************************************************

27 Oktober 2011, 8.00 pagi


"Hello mak. Assalammualaikum."

"Waalaikumussalam. Baru bangun ke? Dah mandi blom?"

"Dah mak."

"Bagus. Ingatkan terbungkang lagi. Dah. Pasni gi blajar. Nanti jangan lupe makan."

"Hehe. Ijul ingat makan macam Ijul ingat mak."

"Iye la tu. Ni kalau dah setat merepek memang dah mandi ni. Gi blajar. Exam tak lame lagi."

"Ok mak. Sayang mak."

***********************************************************************

Demikianlah perbualan telefon seorang anak dan ibunya yang saling berjauhan. Hehe. Semalam aku kantoi bangun lambat. Mak aku bising. Kalau ayah aku tau, menjawab la aku. So, mak aku pesan semalam suruh aku call dia kalau dah bangun. Arini awal lak aku bangun. Esok? InsyaAllah. Ngeh3. Kalau hal ni memang mak aku kene layan aku macam budak kecik. Lalalalalalaaa.... I luv u mom..

*Aku tak suke tengok citer SuperMak sebab mak aku la SuperMak.

Nora Elena musim kedua?

Yeahoo!! Akhirnya dah sampai episod 23 tengok citer Nora Elena. Eleh tau la citer ni dah lame abes. Korang diam2 dah la. Hehe. Sebenarnye takde pun musim kedua. Kitorang je yang baru tengok citer nih.

Cuti, tak tau nak buat ape. Kawan2 aku pun setat menjiwangkan diri tengok citer nih. Sekali sekala tengok drama Melayu ok gak. Layan bai. Hehe. Aku ni dah la spesies tak suke melayan citer jiwang. Tapi bile setat kene citer nih, memang melekat.

Korang mesti gelakkan aku sebab baru tengok citer ni kan. Lalalalaa.... Aku tak kisah. Nak tengok episod akhir tapi terbantut sebab sume player takleh nak main episod tuh. Ade something wrong la tu. Sakit ati betoi la.

Best gak tengok badan Aaron Aziz yg ketul-ketul tuh. Kalau aku nak buat badan camtu, agak2 bleh tak? Ngee~ Tak pun nak buat macam brader Ben. Wooo. Sah2 orang tak caye aku ni anak bapak aku. Pastu mak aku pun tak berani lagi nak mintak tolong aku urutkan kaki dia. Ummm takpela. Jadi camni pun syukur. Tapi kalau betul jadi macam brader Ben, lagi la syukurrrr..

Esok nak teruskan usaha mencari, nak download episod last tuh. Tak puas ati la. Kene tengok abis gak. "Sethhh....u memmmang dah banyyak berrrubah....". Haishhhhh.....

Tuesday, October 25, 2011

Urgghhh...bohsan!!!

Huh. Mengeluh je manjang. Boring gile tak tau nak buat ape. Ni la nasib duk jauh. Nak balik bukan senang. Tapi takpe. Belajar dari pengalaman.

Cuti seminggu, masuk kali ni dah 3 kali aku luangkan mase seminggu cuti kat hostel je. Memang kalau nak balik pun rase tak cukup. Baik duk hostel je. Nak gi jenjalan, duit lak takde. Kredit pun cik adik tolong topupkan. Ngee~ Dah jangan cakap aku tak tau malu. Malu memang malu. Tapi, kalau takut malu sangat, tak makan lak aku kang. lalalalaaa...

Mase terluang, aku isi sebaik mungkin dengan perkara2 yang menenangkan jiwa. Aku tak nak kacau orang lain. Best woo tido. Asrama pun sunyi senyap je. Kalau tak tido, pasang lagu kuat2, pastu lepak bilik kawan. Tak pun tengok movie then buat bilik macam kat cinema. Bergegar meja. Standard cinema la katakan. Memang tak lame leh jadi hearing problem.

Ade lagi satu hobi aku kalau boring. Pilih lagu, amik drumstick, jeng3. Ketuk drum yang invisible version la aku. Mase ni la terpikir nak kumpul duit. Nak beli electric drumset, pastu nak letak dalam bilik. Haha. Pastu bleh gaduh ngan roomate sebab menyesakkan bilik ngan bende tuh.

Feel macam main drumset yang sebenar

Kalau tak nak gaduh ngan roomate, bleh gak beli performance pad macam kat bawah ni.

Yang ni feel macam main keyboard lak

Haha. Merepek je banyak. Rega dah sama macam drumset biase. Kengkadang yang lagi mahal pun ade. Huh. Susah gak main drum nih. Takde can nak main kalau tak rajin pegi jamming studio. Takpe la. Sabor je la ye. Nak beli? Mane la aku nak meraban nak korek duit. Nak kumpul duit bebanyak. Selagi di alam PPISMP nih, tak sampai lagi kot hajat suci murni tuh.

So, peneman aku di kala cuti, drumtick kesayangan aku dari Zildjian. Kalau ZIldjian kate, 'Play with fire'. Aku dah langgar dan tukar 'Play with wind'.


Ntuk kengkawan yang balik bercuti tu, selamat bercuti ngan family. Yang senasib ngan aku stay kat hostel, ingatlah slogan 'Ini maktab kita yang punya!!'. Hehe.. Daaa~~

Jom kite layan video brader Vadrum kat bawah ni. ^^,

video

Hikmah DIAM

Manusia sememangnya sangat suka bercakap setiap masa. Percakapan perkara-perkara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika percakapan tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan juga di akhirat. Di dunia lagi akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat percakapan yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Lidah kita juga hendaklah selalu menyebut nama Allah setiap masa. Janganlah lidah itu digunakan untuk menghina, mencaci atau memfitnah orang lain. Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak boleh digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Jangan hanya bercakap perkara-perkara yang tidak membawa sebarang hasil. Sebaliknya hendaklah digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Antara hikmah diam Adalah:

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis-hadis Rasullulah S.A.W mengenai kelebihan apabila diam yang maksudnya:

“Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”. ( Riwayat Abu Naim )

“Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. ( Riwayat Bukhari & Muslim )

“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”. ( Riwayat At-Tarmizi )

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan DIAM. Jalan yang terbaik ialah DIAM kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia. Untuk renungan bersama…

Monday, October 24, 2011

Cameron..here I come..

Aritu sebelum cuti raye, aku, Ijat ngan Kimi buat gila overnight kat Kuala Kangsar. Nampak sangat langgar peraturan asrama. Hehe. Jumaat lepas, kitorang sekali lagi buat gila yang melanggar peraturan(kot). Biase la kan dah tiga2 otak tak betui. Sume bende leh jadi. =)

Aritu, sebelum kul 8 kitorang gerak kuar ngan keter. Misi utama kami, tak nak datang dengar ceramah kat dewan. Haha. Ada gak student jahat cam kitorang ni. Aku yang tak sempat nak mekap, cukup la setakat pakai t-shirt, suar jeans lipat sampai lutut, sandal, tak dilupakan semburan deodorant yang mengasyikkan. Kuar dari pagar utama, kitorang baru nak decide nak gi mane. Tu diaa. Nak kuar tapi tak tau hala tuju. Pikir jap, kata putus dicapai. Biase la lelaki takyah nak pikir lama nak buat keputusan. Kitorang nak gi restoran mamak kat Ipoh, nak breakfast dulu. Satu satunya restoran mamak yang kitorang penah pegi sejak duk Ipoh. Pagi lagi tuh. Dah macam orang nak turun gi opis lak. 

Lepas mengketedarah, setat nak pikir lagi. Plan nak lepak tapi tak tau katne. Kali ni lame sket nak pikir. Lepas pusing roundabout 3 kali, masuk simpang sana sini, last2 termasuk simpang nak gi cameron highland. Terpacul pulak idea bernas dari saudara Ijat nak ajak naik cameron. Saudara Kimi pun dengan senang hati menyahut idea tersebut. Aku? Aku ikut jerr...

Lepas topup minyak sket, bermulalah ekspedisi kitorang aritu. Tak banyak gambar yang aku dapat snap. Kalau tau nak gi cameron aku dah cas penuh2 dah. 



Tu je aku leh bagi. Hehe. Aku yang tak penah jejak kaki kat cameron ni memang tak sabar la nak sampai. Aritu aku tengok gambar awekss kawan2 aku outing kat cameron. Posing macam2, pastu upload kat pesbuk. Sabar...

Memandangkan perjalanan kali ni versi mengejut dan terkejut, kitorang tak amik banyak mase nak bergambar. Dah la duit dah tak berape nak banyak dah. Cukup la tengok pemandangan udara sejuk. Nasib baik tak biru mata. Kat atas, singgah jap beli strawberi ngan isi minyak, pastu turun balik ikut jalan nak gi Tapah. Mase turun tu la best. Drebar nih layaaan je dia kat corner. Yang duduk jadi passenger ni yang naya. Pening der. Huhu. Alhamdulillah kitorang selamat. Penat memang penat. Nasib baik takde pape. Dah la takde buat checking kat keter. Main redah je. Kalau la parent kitorang tau. Memang nak kene la. Hehe.

Lepas antar Ijat balik, kitorang terus balik asrama. Pening tak hilang lagi. Haru betui. Sampai je kat asrama, senyap je terus. Sedar2 dah maghrib.

Perjalanan kitorang nih memang takde perancangan. Mengejut dan terkejut. Kitorang pun tak caye je bleh gi sane. Dah macam tiap ari buat trip ke cameron. Beruntung gak aku dapat study kat Ipoh ni. Dapat jumpa kawan yang sataraf gilanya ngan aku. Ngeh3. Time kasih kat Kimi ngan Ijat sebab dah bawa aku pergi Cameron H. Kalau tak, ntah bile la agaknye aku bleh gi sane. Hehe.

Wednesday, October 19, 2011

Little soldier...

Yeay!! Aku dah dapat anak buah..hehe.. Kakak ipar aku baru je melahirkan sorang baby boy ari ahad lepas. So, muncullah cucu sulung ntuk mak ayah aku..ngeh3.. Dah bertambah askar kat umah.

Orang kate kite kene ikut peredaran zaman kan? Takpe. Dengan era IT skang nih, aku nak tolong abang aku nak mendidik budak nih. Dah plan dah.

Ape dia eh?? Aku nak tolong wat fesbuk ntuk dia. Nanti bleh la ajar dia camne nak update status. Kot2 ade mase dia update, "Ngah mam ngan mak. Emm cedapnyee.." Tak pun, "Papa belikan caye mainan. Maceh papa."  Iye la kan orang2 antu fesbuk skang ni suke sangat update status yang terlebih up-to-date. Dah melampau2 dah. Penin aku tengok kat wall. Rase tak sanggup nak bukak fesbuk dah. Hehe. Kang kalau aku block kang naye je. Bak kate kawan aku, fesbuk dicipta oleh orang yang ade otak tapi penggunanya ramai yang takde otak.

Tapi aku risau lak. Kang tak pasal2 budak tu update, "Acu buli caye at umah. Nak nanges..." Kot2 ayah dia tengah bukak fesbuk, memang aku kene tibai. Tapi kantoi la dia bukak fb kat tempat keje. Hehe..

Sekian...

Sunday, October 16, 2011

Kenderaan rasmi cawansumpak..hehehe




4-wheel drive ngan warna putih jadi pilihan... Cermin tinted jadi keutamaan. Haha.. Lebih2 pulak...

Saturday, October 15, 2011

'UT'


Tak payah la nak berebut-rebut,
Kang sumenye kelam kabut,
Bila korang dah kalut,
Mulalah nak bergelut,
Segalanya jadi berserabut,
Macam ribut,Semua benda nak disebut,
Tak nak kalah pandai lah menyahut,
Lepas tu ada la yang mula sangkut,
Dah susah baru la nak melutut,
Pandai lak bezakan gajah ngan semut,
Tolak ansur bukan maknanya lembut,
Fikir tenang tak payah nak kusut,
Jangan nanti diri yang terjerut,
Tersilap langkah boleh membawa maut,
Takde dah peluang nak cabut,
Sebelum semuanya sampai ke tarikh luput,
Hulur maaf ikhlas disambut,
Buang yang keruh yang baik diikut,



*saje je aku nak mengarut, melalut...
  Hakcipte awok sendiri ye..

Sunday, October 9, 2011

Antaitel 2

Pengalaman mengajar aku mengenal erti kehidupan. Aku suke ngan hidup aku sekarang. Jauh di perantauan. Takde sedara mara. Datang kat sini ditemankan abang tersayang. Tu pun kejap je. Pastu aku dah setat ngan hidup aku sendiri. Kat sini la aku belajar camne nak cari kawan yang boleh dijadikan teman yang mampu menjadi seorang sahabat. Bukan senang.. Nape la bende ni takde masuk dalam syllabus kat sekolah eh? Hmmm...

Aku bersyukur sangat2 sebab aku bleh sesuaikan diri aku kat sini. Lagi2 bila aku bleh jumpa insan2 yang akhirnya jadi sahabat. Walaupun ade kawan yang sekadar kawan. Lagi teruk bila ada kawan yang transform jadik lawan. Nasib baik je tak sawan. Aku hadapi semua ngan sabar. Aku bersyukur jugak sebab dari kecik aku dianugerahkan sesuatu yang jarang ada kat manusia biasa macam aku. Walau apa pun aku terima dari kawan2, aku tetap sabar. Tak pernah nak marah. Aku berharap agar anugerah Allah ni berkekalan sampai bila2. Ada gak orang tanye. Nape la aku ni baik sangat. Takut nanti ada yang sampai pijak kepala. Aku paham sume tu. Tapi, aku ada sebab sendiri. Aku pun ada cara sendiri. Dijamin halal. Hehe.

Saje aku buat entri ni sebab nak luahkan apa yang terpendam dalam ati. Sekarang ni seorang sahabat aku sedang menghadapi cabaran getir dalam hidupnya. Aku harap dia dapat tempuhi dugaan Allah ni. Aku sedih bila terkenangkan nasib yang terpaksa dia ngan family hadapi sekarang. Hurrmmmm....

Saturday, October 8, 2011

Steve Jobs...

Steve Jobs. 1955 - 2011. Kalau korang bukak website Apple arini, kat homepage deme letak gambar kat bawah ni. Ade deme tulis kat situ, Steve Jobs. 1955 - 2011.


Ni la berite paling hangat kat dunia skang. Kat Malaysia pun bleh tahan gak. Tapi aku rase, berite ni dah tak sehangat berite pasai pengumuman Bajet 2011. Hehe. Aku tak nak cakap pape pasai bajet tuh. Kecik lagi.

Steve jobs, pengasas Apple Inc. yang memang popular ngan software dan gajet yang canggih manggih. Dulu, aku pun layan gak gune Mac. Tapi skang ni susah sket. Lappy tak leh nak suuport. Nak beli Mac betui, rabak poket aku. Sejak ditubuhkan tahun 1976, dah banyak sumbangan Steve Jobs ntuk Apple, ntuk masyarakat dunia gak.

Mendiang yang dah lame menghidap kanser pankreas, telah meletakkan jawatan sebagai CEO dan sekarang ni digantikan oleh Tim Cook.

"Apple has lost a visionary and creative genius, and the world has lost an amazing human being. Those of us who have been fortunate enough to know and work with Steve have lost a dear friend and an inspiring mentor. Steve leaves behind a company that only he could have built, and his spirit will forever be the foundation of Apple." - Apple

Thursday, September 29, 2011

Murid tak dibenarkan amik UPSR??

Pelajar yang bodoh ke cikgu yang bodoh. Aku tak tau la. Demi kepentingan diri, sanggup menghancurkan masa depan orang lain. Tau la dia dah jadi cikgu. Dia ingat dah jadi cikgu tu dai pandai sangat ke. Kalau dah jadik camni, dah jadik cikgu lagi bodoh la dia. Hangin betui aku.

Ni la yang terjadi kat beberapa sekolah kat Malaysia nih. Guru melarang pelajar ntuk amik UPSR sebab prestasi diorang dalam pelajaran sangat rendah. Tu alasan pertama. Alasan kedua lagi dasat. Tak suruh pelajar2 tu amik exam sebab taknak prestasi sekolah tu jatuh. Haprak punya cikgu.

Aku pun blaja kat maktab gak. Setahu aku, tugas guru adalah mendidik pelajar, meningkatkan prestasi pelajar. Bukan nak jadi cikgu sebab nak jaga prestasi sekolah. Kalau camtu baik jadi kerani ke, jaga ke. Masa tu ko jaga la sekolah tu betui2. Takyah la nak jadi cigu. Bazir masa je bertahun2 duk kat maktab.

Satu kes berlaku kat SK Bandar Bintangor melibatkan 3 pelajar, satu lagi kat SK Baling yang tak benarkan 5 pelajar dia amik UPSR. Sedih lak aku dengar berita nih. Aku rasa cikgu ni memang patut berenti je lah. Tu yang kita nampak. Camne lak layanan dia kat pelajar2 yang lemah dalam kelas. Ntah2 takde layanan langsung. Kalau buat camni kat US, rasa2 dah ada yang kene tembak ngan pelajar sendiri.

Aku harap la kes ni tak berulang lagi. Pihak2 yang bertanggungjawab, ambil perhatian yang serius.

Source: 5 Murid Tahun 6 Ditegah Ambil UPSR

Tuesday, September 27, 2011

Dugaan di alam maya

Hmmm.. Kat pesbuk skang tengah fofuler ngan The Sims Social. Abih budak budak, abang budak, kakak budak, tak tau la kot2 ada mak bapak budak pun join skali main budak Sims tuh. Ntah ape la yang best sangat aku pun tak tau. Isshhh... Ngehehe... Aku pun main gak sebenarnya. Tak tau mane datang setan yang dah berjaya menghasut aku nak main. Aku dah cuba sedaya upaya sepenuh kudrat aku tak nak main. Huh. Hampeh.

Tapi, aku sebenarnya dah setat main The Sims ni dari dulu dah. Setat dari The Sims Bustin out. Kalau yang tu aku rase best sket coz tak terhad dalam rumah je. Siap bleh naik vespa lagi bai. Bleh pusing satu bandar, lari2, ngorat awek, masuk kapal, bawak traktor, macam2 lagi la. Aku tak kate yang kat dalam pesbuk tu tak best. Versi pesbuk tu best sebab die lagi mencabar. Skill kene ade kalau nak naik cepat. Aku bleh je nak buat. Hehe. Tapi......

Tengah aku sedap2 layan bende alah tu petang tadi, otak aku tengah ligat pikir care nak cepat naik. Seligat kipas dalam bilik aku. Tup2, aku terperasan la yang ade bende aku nak jual sebab laman rumah dah penuh. Tapi bende lain lak jadik. Aku silap klik, then aku terus jual. Tak perasan yang aku klik bukan bende yang aku nak jual tuh, tapi ruang bilik asal yang memang ade dalam tu. Ngan sekali tekan, semua hilang. Fakk!! Terkejut beruk aku. Beruk pun tak terkejut macam tu. Gile lah. Serius aku rase macam dah kehilangan Xperia aku walaupun aku takde Xperia. Siut betul la. Nasib baik la laptop ni mahal. Kalau bende bleh dapat kat gerbang malam, memang aku tak cakap banyak la. Sepak je laju2 sambil makan serbuk milo.

Aku dah tak leh nak kate ape dah. Dah kecewa tahap 7 petala langit, aku tarik tuala, pi mandi. Pastu solat, makan, balik bilik, baru bukak balik pesbuk aku. Ngan perasaan kecewa gila babas, aku redha (cam haram). Aku sambung main je. Sempat gak aku cari kot2 ade care nak sign out main, pastu bleh main balik. Kira reset game tu la. Dari 29K jatuh menjunam ke 16K. Bak kate sahabat aku, kalau bleh kire ngan jari tangan takpe. Ni dah melibatkan maruah jari kaki. Memang dasat. Budak tu yang biasenye kuat iman kalau main bende2 macam ni pun bleh terkejut tengok. Haaa.. Terer tak terer aku buat.

Ni dah boring, aku gi la citer kat korang. Sesungguhnya ini fakta bukan auta. Tapi memang takde auta pun dalam blog nih. Usah la kome riso ye.

*Tadi ade kawan aku tak puas ati ngan entri aku yang INI. Die dah tertipu. Hehe. Alhamdulillah dah ade something yang bagi aku semangat nak terus berblog.....

Monday, September 26, 2011

Huuwaaaa.... Badan aku rase tak selesa lagi nih. Tak cukup lagi rehat sehari. Pagi ni kawan aku sms, kate kelas takde. Baguslah... Dapat gak aku rehat lagi. Bagus ntuk arini je. Kang dah dekat2 nak exam baru la kelam kabut nak ganti kelas tu kelas ni, situ sini. Padan muka.

Semalam aku tido awal sket. Awal2 pun kul 1 gak. Tak tau la nape aku rase tetibe sakit kepale lak. Tak penah2 aku sakit kepale malam. So, tak pikir panjang, pendek pun tak, tarik selimut, tido. Lappy, aku biar je la... Dah selalu sangat die tido.

Pagi ni pun ade rase sakit lagi. Roomate aku suruh amik panadol die. Tapi, takpe la. Aku skang dah tak amalkan sangat panadol nih. Lain la kalau dah terdesak sangat. Nape? Hehe.. Walaupun panadol nih terkenal ngan rawatan segera untuk sakit2 kepala (macam iklan sket), sebenarnya ada kesan sampingan yang kita tak tau, tau?

Sakit2 pun aku tetap nak taip entri...hihihi...


Info sebenarnya memang dah lame dah. Tapi tak tau la samada korang sedar ke tak. Especially ntuk sesape yang ade gastrik tuh, hentikanlah amalan pengambilan panadol korang. Aku ade terbaca artikel2 kat internet pasal benda nih. Pastu aku tanye sendiri kat pak sedare aku yang dah berzaman jadi doktor kat KL nun. Memang betui. Doktor selalu je bagi kite panadol kalau demam kan? Actually, perut diorang sendiri dah lame tak menghadam keturunan paracetamol nih. Diorang lagi rela nak guna ubat2 kampung. Ada gak satu cara tak kampung sangat tapi bleh diamalkan oleh orang2 kampung macam aku..hehe..


Tau tak ape tu minuman isotonik. Buakn setan and tonik macam dalam citer labu labi tu la. Aiseymen.. Takpe la kalau tak tau. Kenal ngan 100 plus? Saje je tanye. Kalau berani jawab la tak kenal. Bior aku seligi kepale kome. Kalau korang rase sakit kepale, amik setin 100plus, pastu campur ngan air kosong dalam jumlah yang same. Kirenye segelas isotonik ngan segelas air kosong la. Dah campur, minum la ape lagi. Jangan lupe bace Bismillah. Orang kate cara ni masyuk (pak sedare aku pun kate betui).

Tapi aku tak penah lagi buat aksi campur mencapur nih. Yang aku penah buat. Amik setin 100plus, biar gas die abih dulu, pastu baru la minum. Memang rase tak la sesedap, selazat dan se'kaw' yang baru bukak apatah lagi setelah bertapa dalam peti sejuk ntuk berkurun lamanya. Tapi, memang efektif. Kalau sume orang buat macam ni, aku agak syarikat 100plus tu bleh jadi syarikat pengeluar ubat sakit kepale la gamaknye. Pastu panadol pun lingkup. Pastu panadol tak puas ati. Pastu panadol pun saman 100plus. Pastu.......tak tau la ape nak jadi kat deme..hehe.. Cukup!! Kang aku lak kene saman.. Naya je..



Cara lain yang korang leh buat, rendamkan kaki dalam air panas. Tapi jangan la panas sangat. Kang ade yang rendam kaki dalam air yang baru mendidih, pastu abih melecur kaki. Then saman aku ngan alasan aku bagi ajaran sesat masat. Okeh sambung. Rendamkan kaki dalam air panas, nanti tekanan darah kat kepala korang tu kurang la.

Aku ada gak satu cara yang sangat2 digalakkan. Kalau dah sakit kepale, nak amik panadol takleh, nak rendam kaki tak tau katne, senang je. Tengok gambar kat bawah, korang akan paham.

Hehe.. Best tak budak gemuk tu tido? Macam haram kan perangai die. Tapi yang ni la selalu aku buat. Kalau korang tak caye, korang cube try test sendiri la. Ngeh3....

Tu je la aku nak share. Sekali sekala aku nak gak post entri yang berfaedah. Tak kan la asyik nak bace entri aku yang mengarut melalut sampai dahi pun berkerut. Mula2 aku ragu gak ngan ape yang aku bace kat internet. Tapi aku rase benda ni teramat la penting. That's why aku buang tebiat talipon pak sedare aku.

So, korang renungkan lah ye. Terpulang la kat korang kalau nak percaya ke tak. Renung renungkan dan selamat beramal..........

Thursday, September 22, 2011

Maafkan kesalahan ku padamu

Huhu. Aku menyesal. Aku menyesal ngan ape yang aku dah buat kat ko selama ni. Dah lama kita bersama. Tapi arini, akhirnya kita berpisah gak. Perpisahan yang tak mungkin ada lagi pertemuan. Hanya tinggal kenangan.

Aku sedar. Selama ni aku gunakan ko ntuk kepentingan aku je. Aku tak penah pikir pun pasal ko. Segalanya disebabkan aku. Bila aku susah aku cari ko. Bila senang aku lupakan ko. Sampai ko ilang pun kengkadang aku tak sedar.

Ingat lagi. Masa tu aku nak mintak tolong kat ko sangat2. Aku tau ko sentiasa sedia nak bantu aku. Tak kira basah, panas, ko ikut je kemahuan aku. Aku sangat2 tak hiraukan ko dah. Yang penting apa yang aku nak, aku bleh dapat.

Tapi, bila aku senang, aku biar ko camtu je kan. Aku nak tido ke, main game ke, aku dah tak pikir pasal ko. Tapi aku tau yang ko sentiasa tunggu aku. Sentiasa sedia nak berkorban apa je demi aku.

Penah sekali ko ilangkan diri. Mula2 memang aku tak perasan sebab aku asyik layan yang satu lagi. Ko? Aku tak kisah sebab aku ingat dah ada orang lain yang amik ko. Tapi lepas tu, aku ditimpa masalah lagi. Aku dah tak tau nak ngadu kat sapa. Yang satu lagi? Aku taknak susahkan dia. Aku sangat2 perlukan ko. Puas aku cari, aku risau. Aku dah cuba macam2. Ko tetap tak muncul. Kalau nak panggil memang tak dengar. Aku bersabar je. Aku tau ko sayangkan aku.

Arini, aku gunakan ko lagi. Tapi, aku sedih sebab arini hari terakhir kita bersama. Lepas ni, dah takde dah nak tengok kita jalan sama2. Suma yang dulu hanyalah kenangan. Tapi, aku tetap ingat kat ko. Segala kenangan kita bersama kekal dalam ingatanku. Selamat tinggal........

Dedicated to: SELIPAR JEPUNKU

Wednesday, September 21, 2011

Hari ini

Heheh. Arini macam2 aktiviti nak buat kat asrama. Petang ni ada nak buat pengungsian asrama (evacuation drill), penilaian ntuk pertandingan 3K kolej kediaman, pastu ada majlis jamuan ari raye lak. So, kelas ntuk petang ni pun terpaksa la cancel. Malasnye nak ganti balik nanti. Huhu. Takpe la. Sekali sekala ye dak? Pertandingan 3K, bilik aku biase je la. Aku ngan roomate juz kemaskan bilik ni je. Tapi terpikir gak. Bilik aku ni kemas ke kosong? Haha. Barang2 sume susun dalam locker. Pastu fail2 yang biase duk dalam locker arini letak atas meja, jadi hiasan. Speaker ngan extension wire dah sorok dalam kotak. Heater ngan iron lak awal2 dah sumbat masuk dalam keter member. Ngeh3. Lepas abih penilaian baru la amik kuar. Lepas tu bilik yang elok tersusun rapi akan kembali jadi bilik seekers. Nak kemas2 sangat kompem tak menang gak. Tapi kang kalau tak susun kena maki lak ngan warden.

Canopy dah siap terpasang. Petang nanti nak datang makan je pun, takde motif lain.

Saturday, September 17, 2011

Petang semalam, aku rase boring duk rumah je. Capai kunci moto, niat ati nak round2 kampung aku yang terchenta nih. Biase la takde member nak ajak lepak, aku merayau sengsorang je lah. Kali ni aku jadi budak baik bawak moto selow2 kat kampung. Seriously tak sampai 10 kali aku jadi penunggang berhemah sejak RG110 ayah aku transform jadik Lagenda nih. Aku rase masa kegemilangan RG ayah aku tu pun aku jarang bawak selow. Tak yah kira guna kalkulator, guna jari pun bolehhh (stail iklan rejoice). Hehe. Salah satu RG yang agak dikenali ramai sebab bleh fight ngan RXZ walapun umur dia dah dekat 20 tahun. Ayah aku suka pakai moto sampai nazak tapi tak penah nak modified. Aku akui enjin ngan coverset memang original dari kilang. Tapi kalau bab skru jangan cakap la. Memang rase nak buat welding je ganti skru2 tuh. Menyedihkan...

Entri kali ni aku bukan nak cakap pasal moto ayah aku. Tu mukadimah je tu...hehe.. Mase aku round2 kat kampung, terniat lak nak melawat balik sekolah rendah aku dulu. Walaupun sekolah ni dekat je dari rumah aku. Bleh kate tiap ari aku melintas depan sekolah nih. Tapi tak penah pun aku terpikir nak berdiri kat tapak perhimpunan sekolah tu balik. Nak tengok dari dekat. Tak tau apa mood aku semalam.

Kat simpang nak masuk sekolah ni, ada la tembok simen dan terpampang dengan megahnya nama sekolah. Kat sini la kitorang selalu lepak dulu sebelum pagar hijau tu wujud.





Kat gambar atas sekali tu sengaja aku bubuh anak panah. Actually, tempat tu la jadi saksi aku jadi otromen. Aku kayuh basikal laju sangat, then tak sempat nak amik corner. Memang terjun la. Tapi basikal aku selamat tak terjun sekali ngan aku. Nape la aku yang masuk parit tu. Aku rase kalau basikal tu ada mulut memang terkekek kekek gelakkan aku basah kuyup sekali ngan lumpur. Nasib tak kena tibai ngan mak aku kat umah. Biasela.. Mase tu idea nak cover diri dari kena marah fresh lagi. Sume taktik berjalan ngan lancar. Hehehe....
Meh aku bawak masuk lagi....



Sori la kalau tak jelas. Nak tengok jelas korang klik la kat gambar tu ye.  Tapak perhimpunan tu bukan tu je fungsi dia ea. Tempat tu jugak la tempat nak main bola tampar, bola baling, takraw, ngan futsal. Penah gak cikgu aku cat ntuk latihan kitorang masa nak masuk pertandingan lalulintas. Pastu cat balik jadik gelanggang. Tempat tu gak kitorang guna nak race keter tamiya dan yang seangkatan dengannya. Ngeh3... Nampak tak pondok kecik tu? Aku pun tak tau pondok tu wujud bila. Tapi aku tak sempat nak merasa. Nak tau tak pondok apa tuh?





Tengok lak gambar kat atas nih. Kata anak panah kuning, tu antara tinggalan kenangan aku kat sekolah ni. Hehe. Ada gak lagi hasil kerja aku ngan kengkawan yang cikgu aku kekalkan kat sekolah ni.

Confidence and success in your life. Make your life amazing.

Kalau korang ada baca entri aku yang dulu, aku ada citer pasai main guli kan. Nak tau katne kitorang main?



Kat bawah tu la playground kitorang. Tak yah risau pasai hujan panas. Sejuk je.

Berdiri2. Negaraku....


Actually, sekolah ni wujud sejak mak aku kecik lagi. Dia pun sekolah kat sini. Guru besar pun orang kampung aku jugak. Kebetulan lak umah dia sebelah je ngan sekolah. So, sekolah ni pun dah macam sekolah dia punya sendiri dah. Dia guru besar, dia la jugak pak guard. Baguih punya cikgu.

Tu je la aku nak citer pasai sekolah aku ni. Saje je la nak kenalkan sket. Hehe. Tima kasih coz sudi baca. Daaa....

Tuesday, September 13, 2011

Antaitel...

Ni citer seminggu lepas. Mase ni aku tengah otw nak gi airport ngan mak ayah aku. Pagi tu aku rase semacam. Rase macam nak demam je. Kat badan aku pun ade bintik2 merah tapi tak banyak. Ade la dalam 3 je. Aku pun expect takde pape la. Nak demam biase je kot.

Mase otw, ayah aku ajak singgah kat klinik jap sebab dia risau pasal bintik2 merah kat badan aku tuh. Dah bertambah. Mase kat dalam bilik doktor tu la perkara yang mengerikan berlaku. Ngeri la sangat.

“Adik, sebenarnya adik ni dah kene demam campak atau bahasa Uganda sebut chicken pox” kata doktor tuh. Sempat gak dia buat lawak tapi sori la aku tak gelak.

Ah sudah. Aku lak nak balik Ipoh malam tu. Lepas amik ubat, aku inform abang aku pasai benda nih. Repot seketul2.

Tetibe henset aku menari-nari kat atas dashboard. Sms masuk.

“Jul, kalau kena chicken pox xleh masuk flight” abang aku gitau.

Then, aku call Firefly nak tanye kut2 bleh tukar flight.

“Encik kene sediakan surat pengesahan dari hospital. Lepas tu fax kan ke pejabat Firefly. Chicken pox memang tak dibenarkan masuk dalam flight” akak talipon tu bagitau.

Hadui. Satu keje lagi nak gi hospital nak mintak surat pengesahan doktor. Ayah aku ajak gi hospital cecepat. Ari tu banyak sangat keter kat atas jalan. Rumah terbuka sana sini. Dah macam waktu puncak tak kira mase. Jeling jam, dah pukul 4 lebih. Aku pun “Jom”.

Kalau ari biase, dari airport ke hospital tak sampai pun 15 minit. Tapi ari tu kitorang amik lebih setengah jam nak sampai. Keter bapak aku dah cukup kecik kalau nak menyelit2. Tapi takde can nak terselit pun. Terpaksa la bersabar.

Sampai kat hospital kitorang terus pegi kat emergency dept. Aku agak la kalau masuk kat emergency bleh setel cepat. Pukul 5 aku jejak kaunter, pukul 7 setengah baru nampak kaunter balik. Sikit punye lama aku tunggu kat dalam. Badan pun dah asyik menggigil. Rase nak demam sangat2 dah.

Setel kat hospital, terus gerak gi airport balik. Kat airport nasib baik tekde orang lain beratur kat ofis Firefly tuh. Jimat sket mase aku. Hehe... Bincang punye bincang ngan brader kat kaunter tu, at last aku dapat gak tukar tiket. Nasib baik free. Selamat duit aku.. Setel hal tiket, masuk keter, balik. Nasib baik gate kat sempadan tak tutup lagi sebab raye. Kalau ari biase pukul 10 dah tutup dah. Alhamdulillah kitorang sampai gak kat umah. Lepas makan ubat aku dah tak pikir ape dah. Tido. Sambung cuti la aku sampai 18 aribulan nanti. Hehe.....krohhhhhhhh.........

Tuesday, August 23, 2011

Yeay!! Nak balik!!

Yahooo!!! Tak lame dah nak balik. Balik raye.. Hehe.. Eksaited gile lah aku kalau pikir nak balik raye nih. Dulu dah ade harapan nak follow kawan aku balik Kelantan. Tapi, aku tetap berusaha nak balik umah aku sendiri..hehe.. Ikut hati nak rase gak sambut raye kat tempat orang. Tapi kesian la kat mak ayah aku. Dah la abang aku tak balik raye nih. Al maklum laa.. Aku sket lagi nak dapat title pakcu…ngee~~ Terase geli geleman kat bulu hidung aku sat..

Nasib baik abang aku balik gak sebelum raye. Kebetulan, sehari lepas aku balik umah, baru la dia balik Kuching. Rindu seyh ngan abang aku. Kalau ikut pengiraan algorithm ngan probability, dekat setahun Hijrah gak aku tak jumpe. Last aku jumpe mase raye tahun lepas. Pastu baru dapat jumpe balik mase dah nak raye. Dah macam orang lari dari rumah dah bunyiknye.

Rindu nak berbuke ngan abag aku. Nak gi semayang raye sesame. Rindu nak main game ngan dia…huhu….




Hensem tak abang aku? Hehehe… Ye2 aku tau aku tak hensem macam dia. Kiut tu ade la

Actually, mase aku taip entri ni palotak aku tengah serabut ngan gupren2 aku. Keliling pinggang. Pening aku pikir. Sorang2 nak mintak perhatian. Takleh nak tido aku. Wuuuuu… Jangan salah paham ok! Beliau yang aku maksudkan adalah cik esaimen. Sumpah!

Tapi best gak! Banyak aku blaja benda baru. For example. Aku dah tau cane nak copy text dari belog @ website yang biase kite jumpe diorang tak kasi copy. Nak right click pun takleh. Haha.. Macam belog aku ni laa. Cer right click..

Then, aku dah berjaya edit gambar yang aku snapshot dari FB.




Gambar ni aku dah edit sepenuhnya kecuali bab taskbar. Tu pun aku dah edit gak sket.. Muahaha.. Time kasih kat abang aku yang ajar aku cane nak gune Photoshop walaupun mase tu aku tak reti lagi cane nak lukih graf kat MS Word. Bleh nampak tak? Tak jelas kan? Saje je aku taknak bagi jelas…. Lalalalaa……

Semalam oficially aku tak tidur sampai subuh. Walaupun esaimen aku siap kul 4, aku sanggup tunggu sampai kul 5 nak sahur. Saje jer. Macam biase lah. NFS jadi peneman kesepian aku. Sebelum tu, awal2 lagi aku dah pekena Nescafe regular 2 paket dalam secawan..haha.. Kaw2 la efek dia..

Lepas je solat subuh, memang jiwa aku takde kat alam realiti. Cik adik call aku 5 kali. Sume aku tak sedar. Nasib baik sempat masuk kelas kul 8. Ngantuk jangan tanye la. Tapi tak tau la nape. Kat kelas aku rase energetic je. Boleh lak aku ulang alik dari kelas ke bilik 3 kali. Tak rase letih. Eh jap. Perkataan energetic ada kena mengena ngan kompeni bateri Energizer tak?

Lagi satu. Sejak kebelakangan ini *huh* rajin lak aku ngan rumate aku nih layan lagu raye. Haha. Semangat weyh nak balik ke kampung halaman yang terchenta. Balik kampung.. Ooooo.. Balik kampung.. Ati giraaanggggggg…… Tapi kalau lalu kat kedai2, dengar lagu raye kat radio, macam tak best lak. Mase tu bleh lak pikir, puasa tak abih lagi dah nak raye. Mase dekat2 nak Ramadhan aritu taknak lak dengar lagu nasyid Ramadhan. Asyik nak tengok citer2 Nia Ramadhani je.

Tetibe aku rase ade suara yang berbisik ket telinga. Bisikan yang amat pedih dan mampu menyentap jiwa seorang insan bergelar jejaka.

“Siyut. Mase nak taip esei merangkak rangkak cari idea. Taip entri laju lak idea bak koko yang mencurah ke ladang tebu. Jadilah nasik.”

Huh.. Sape la wat online connection ngan aku nih…. Takkan abang aku? Haha.. Tersedak kut aku asyik sebut dia je..

Hmmm………

Atas perintah online connection yang aku tak tau dari mane. Berkali kali.. Mood belog aku berubah jadi mood esaimen balik….. Stop! Buat esaimen!!!!! Sayonara….. School

Monday, August 15, 2011

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.... <---nak dapat pahala lebih la tu

Hehe..Entri kedua sepanjang bulan posa nih (bukan bulan je yang posa). Bulan Ramadhan yang penuh barakah. Bulan Ogos yang penuh ngan assignment. Penuh2 pun sempat gak hapdet belog kesayangan ni kan...haishh..

Alhamdulillah dah setengah bulan kite posa. Tak sedar kan? Hehe.. Aku pun yang sebulan ni penuh bergelumang ngan assignment tak sangka dah 15 ari. Kengkadang tu ada gak tanay diri sendiri. Camne amal ibadat aku ekk? Aku rase aku masih banyak membazirkan 15 ari yang mulia nih. Huhu....

Arini aku berbuka posa kat umah member aku. Bukan aku sorang. Ada 3 orang lagi gerangan yang agak bernasib baik. Bukan agak. Memang bernasib baik. Hehe. Naik buncit perut aku makan berbuka tadi. Rase2 kalau lepas makan tu terus solat, memang rukuk tak bangun2 la jawabnye. Mase tu la, aku teringat kat famili aku kat umah. Teringat balik bile berbuka kat umah. Ada ayah, mak, atok, nenek, abang aku. Rindu nak makan same2. Skang ni, jarang la aku nak dapat peluang macam ni lagi. Muka je hepi. Ati tersentuh siyut. Huhu... (jap aku nak nanges jap)

Nak citer ke pasal aku bukak posa kat umah? Hehe.. Takpe la. Lain ari aku citer la ae..

Sumpah kenyang!!! Haha. Rase bleh tahan sampai esok kut. Takyah la aku nak selongkar loker cari barang nak di ngap mase sahur.

Anyway, thanx 2 my fren and his family (taknak bagitau nama dia coz pasti dia tersipu2 malu kalau bace) sebab dah membukak posa kitorang ari ni (ntah ape punye ayat daa). Ingat nak singgah moreh kat mekdi. Tak pon kat kepsi. Tapi tak jadi la pulak. Haha...

Malam ni aku ingat nak setelkan je sume esaimen yang tak penah nak setel2 lagi nih. Tapi kuasa magnetik kelopak mata aku lagi dasat dari kuasa siput sedut. Dah tak leh nak tahan. Aku selesaikan la entri aku ni dengan serangkap pantun..........

Pulau Pandan jauh ke tengah
Dah tengah malam dah...


Amacam? Bleh tak? Ngee~ Bleh la an... An3.. Hehe... Gudnyte... Babai....

*entri ni aku taip dalam keadaan mamai...harap maklum...*

Wednesday, August 10, 2011

Buang tebiat

Baru je lepas setel satu lagi esaimen (assignment) yang nak di hantar minggu ni. Penat gile lah. Takde dah aku nak pikir bende lain minggu ni. Esaimen...esaimen...esaimen... Tu je la. Exception..waktu berbuka...hehe..

Arini baru je masuk ari ke 10 ramadhan. Tapi aku tengok kat media dah macam2 program ntuk raya..hahah.. Ilek laa. Tak tau sempat ke tak nak sambut raya nanti..hehe.. 

Tapi, best gak nak citer pasal raya nih.. Iye laa.. Sape tak kenal.. Kalau raya je, Sarawak, kek lapis. Sana sini dah jadi fofuler. Masuk Brunei lak.. Haaa same je la. Takde kek tak best la raya tuh. Asal datang je makcik2 beraya kat rumah, benda first diorang sentuh - KEK. Sentuh, makan je takpe. Ni ada lak yang nak berdialog pasal kek. Tak lain mangsa keadaan...mak aku la.. Ayah aku? Sori la nak jawab pasal kek. Aku? Anak bapak..

Biasa tuh,

"Rajin ko buat kek eh.."

"Kek apa ni? Lawanye.. Sedap.."

"Dari mana ko dapat resepi?" - haisshhhh.....

Kengkadang, yang kate rajin tu yang buat lagi banyak kat rumah dia. Aku ada gak sedara yang memang pandai + rajin buat kek.. Kalau dah mase raya bleh hidangkan 7-9 kek atas meja....sumpah rajin.. Tapi aku suke gak la gi umah dia. Bleh gak rase kek sedap2...free.....

Kengkawan tau kan kek lapis Sarawak yang sume orang kate sedap tuh... Sedap? Bleh laa.. Dia sedap pun coz gune bahan memahal.. Telur pun sampai 30 biji juz nak buat sebiji kek. Nak masak kene tunggu 7-8 jam. Nak paaki bahan pun cerewet. Tak main dah marjerin biasa. Planta? Euww...sowri.. Memang pakai yang taop brand la.. Golden Churn Butter...haha... Golden Churn???????
Kenal tak?

Sape2 yang rajin bace berita tu rasenye tau dah pasal benda ni.. JAKIM ngan JAIS dah keluarkan kenyataan.. Golden Churn Butter ada DNA babi.. Watda?????

Petikan Berita Harian, 3 Ogos 2011

Sebelum ni memang dah kecoh pasal hal ni. Kejap halal, kejap tak Tapi skang dah disahkan, HARAM. lagi la kecoh..haha... Kesian kat akak2 yang bisnes kek lapis tuh.. Beratus gak diorang rugi.. Ratus ke ribu? Maybe....

Aku pikir balik.. Dah brape banyak DNA kerbau pendek ni aku telan? Huhu...

Gambar hanya sekadar gambar...

*saje letak tajuk camtu..coz memang buang tebiat....hehe...babai~

Saturday, August 6, 2011

Diari 6 Ramadhan...hihi

Arini mood aku tak berapa nak baik. Tetibe laptop aku buat hal. Huhu.. Da plan taknak tido sampai subuh. Nak buat keje la kunun.. Dandan kul 4 pagi tuh incik lappy ni buat perangai lak. Lepas je login, haram takdak gambar langsung. Jenuh aku buat keje restart. Mau dekat seploh kali kut. Last2 aku serender gak....

Shutdown lappy.....

Padam lampu......

Tarik selimut.....

Tido......hehe..

Kul 5 pagi, incik henset aku lak melalak2. Haishh.. Ngantuk gile da nih. Kelopak mata aku pun x larat nak berpisah. Mata tak bukak lagi, aku cari henset...Titt!!! Senyap pown..hehe...sambung tido..

Bangun kul 6.. Alamak!! Dah subuh dah!! Pehal leh terlepas sahur ni.. Ahh takpe lah.. Lepas solat, landing balik...haha... Elok bebenor perangai...

Dah kul 10 pagi baru la celik mata.. Teringat kat lappy. Aku bangun, terus cubatrytest lappy. Adoyai!! Cane nih.. Nak buat assignment weyh.. Pastu aku ingat nak format je benda alah nih. Sakit ati betol.. Kena tunggu kawan aku balik lak nak mintak installer.. So...sabar....

Then, banyak masa aku luangkan kat atas tilam kesayangan nih..hehe.. Dah tak tau nak buat apa..... Ati pun tengah risau+marah+penin.... Hmm..ati pun bleh penin...

Bangun je tido... Aku on balik lappy.. Same gak.. Aku try shortcut2 (Windows key combination) yg ada. Maybe leh pakai..hehe... Lastly, aku leh bukak control panel. Alhamdulillah. Dapat tuh...terus je aku buat system restore. Ntah dari mana datang idea aku pun xtau.

Alhamdulillah lepas tu lappy aku elok balik..hehe... Senyum lebar.. Kalau la aku tau dari pagi tadi kan ke senang....

Malam ni.. Target aku.. Nak setelkan assignment. Kalau bleh nak siapkan je terus. Kalau tak siap abis pun, siap 80% dah syukur dah...hehe

Babai~~

*sori lame tak update coz sibuk melakukan ibadah sempena bulan Ramadhan ni...hahahaha....

Sunday, July 24, 2011

To Kill a Mocking Bird - Start Page

To Kill a Mocking Bird

Saturday, July 23, 2011

Sedih

Rezeki, jodoh, ajal maut semua di tangan Allah.. Kita sebagai hamba haruslah bersedia menghadapi segalanya.. Apabila kembalinya seseorang hamba kepada penciptanya, ia mengingatkan kita tentang akhirat.. Kita mesti ingat bahawa setiap insan pasti akan mati.. Tidak ada yang akan kekal selain yang Maha Esa.. Dunia hanyalah sebuah persinggahan, tempat untuk kita menyediakan bekalan sebelum tibanya hari akhirat, yang akan kekal buat selamanya..

Sedang aku duk santai depan incik lappy, tetiba mak aku call.. Dia bagitau mak kawan aku baru je meninggal.. Terkejut lak.. Tak sangka kan... Tapi kalau dah ajal tu takleh nak kata apa lagi la.. Aku kesian ngan dia.. Dia rapat sangat ngan mak dia.. Aku pun tau coz family aku pun agak rapat ngan family dia.. Arwah mak dia memang baik.. Tak penah kacau orang.. Tak suka tabur fitnah.. Tak suka mengumpat.. Aku kenal arwah dengan rapat.. Sedih gak aku rasa.. Actually, arwah dah lama hidap kanser.. Tapi aku tau family dia masih takleh terima hakikat.. Takziah aku ucapkan buat family arwah, pakcik Raas, Daus, Paan.. Sabarlah kalian.. Redha lah dengan ketetuan-Nya.. Moga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman.. Marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.. Walau apapun....arwah tetap dalam kenangan...sebahagian dari hidup aku.. Al-Fatihah......

Sunday, July 17, 2011

Mr. Harry Potter........

Da lame aku x update blog ni kan...hehehe... Anyway, arini aku da balik ke dunia berbelog nih... Jangan lak boring bace entry aku lepas nih...haha..

Arini kelas aku wat lawatan sambil ber'enjoy ke cinema khasnya dan ke Jaya Jusco amnya (mampuih la ayat suratkhabar)... Arini kitorang wat rombongan gi nengok si Harry Potter.. Dari dia kecik sampai la da besor, ni la firsttime aku nengok beliau beraksi kat panggung wayang gambar (pawagam la tuhh).. Biase tu kecikkk je aku tengok dia.. Alhamdulillah ntuk episod last ni aku dapat chance tengok kat cinema...hehe.. Tiket RM13 tuhh.. Sanggup je beli... Kalau buat beli nasik koboi kat kedai Tasnim kat simpang masjid depan maktab tuh, memang kenyang laa (promote sket..haha)...

Citer stat kul 2.15.. Tapi kitorang yg da terlebih segamat semangat ni da terpacak kat JJ kul 12..haha.. Memang tawaf je la keje.. Sebelum nak masuk tu sempat gak bantai sizzling ngan Wan, Famy & Yie.. Bila da dekat nak stat kitorang pun berbondong-bondong masuk dalam cinema tuh.. Best gak rase coz ni la firsttime kitorang gi cinema ramai2.. Seat baris tengah memang kitorang je la.. Beshh!!

Tengah sibuk2 tunggu citer stat, ada lak kawan aku wat lawak..haha.. Iye laa.. Cinema tu dah la gelap, kalau x perati betui2 susah nak cam member.. So, mase tu dak2 pompuan gi kuar nak beli popcorn ngan coke.. Kawan aku ni duk kat seat ujung.. Tetibe ada lak dua awek cantik menarik menuturkan kata2 kesat.. Ehh tak!!! Depa tengah cari seat.. Kebetulan lak depa berenti kat sebelah kawan aku nih.. So, dia ingat dua awek ni geng kelas kitorang gak.. Dengar je suara awek2 tuh, dia terus berdiri dengan melafazkan kata "Korang nak masuk ke?".. Konfiden bro..haha.. Pastu baru dia sedar yg awek2 ni bukan geng kitorang.. Kenal pun x (x sempat lak nak kenal....haha).. Memang malu dia toksah cakap laa.. Aku lak bantai gelakkan dia... Takleh tahan..haha... Memang dia takleh duk senang la masa tuh.. Malu tahap 7 petala langit.. Citer da stat pun dia tak habih malu lagi...hape laa... Korang nak tau ke sape beliau? Xyah la kut....hehe..

Harry Potter kali ni ok gak.. Jalan citer dia menarik.. Tapi xtau la nape aku rasa kureng sket.. Bleh lakk aku tangkap lentok dalam tuh.. Pastu tetibe je ada part dia tunjuk putih je.. Memang terang... Aku pun bleh terjage..haha.. Banyak gak part gelak dalam citer nih.. Xde la serius je..hehe.. Aku ingat lagi part last.. Harry Potter da jadi ayah.. Memang sesuai la...haha..

Bila da habih citer kitorang terus je kuar.. Aku memang da x tahan coz sejuk sangat.. Menggigil je badan.. Tapi xde la sesejuk mase kitorang gi tengok Transformer 3 aritu.. Yang ni kire ok la sket.. Kuar je, Yie lak ajak aku racing..haha... Ape lagi.. Aku dengan segala perasaan yg ada...hangguk je... Kitorang race dua kali.. Mula2 aku blanje, aku kalah.. Then dia blanje, dia lak kalah... Kan best kalau dia je yg bayor dua2 kali.. Da la x kuar duit, bleh lak menang...hahaha.. Thanks my fren..

Lepas solat, kitorang meneruskan penjelajahan ke......bowling..hehe.. Duit x banyak mane pun.. Tapi nafsu tu da xleh nak kontrol.. So... Kitorang main sampai 2 game..haha... Minggu ni je.. Minggu depan da nak fokus study betui2.. Xnak main2 da.. Penat gak rase ber boling sampai 2 game.. Da la perut aku asyik menjerit2 kecil...huhu.. Kali ni aku main memang hambar gile2.. Langsung xde strike... X macam mase aku 1st time main ngan Izat & Huda aritu...huhu.. X best!!!! Oh ye.. Perbelanjaan kali ni adalah ditanggung dan dibiayai sepenuhnya oleh....elaun masing2...disokong dan dikuasakan oleh kad atm masing2...

Da penat main....solat....balik... Ada lak dua orang insan yang da tertarik hati dan tanpa segan silu membeli jam baru...haha.. Katanye yg sorang tuh da lame x pakai jam.. Jam Tag Heuer Automatic beliau khabarnya telah menamatkan perkhidmatan tanpa notis dari sem 1...kesian beliau...



Camtu la rupa incik Tag Hueur tuh kalau aku lukis.. Skang da jadi harta warisan yg x bleh nak diwarisi oleh pewaris... Duk diam2 dalam kotak..

Bila da sampai bilik, terus mandi...hehe.. Sebelum tu sempat gak kitorang singgah tapau nasi lemak.. Lapar.... Setel je proses menyumbat nasi lemak ke dalam mulut, aku bukak lappy, online...hehe... Rutin harian sebagai seorang pelajar alaf 21...

Tu je laa aku bleh kongsikan kali ni... Masa aku taip ni mata aku da rase berat da.. Nak rehat...hehe... Apalagi... Guwa chow dulu.... Chill out!!!!......

Friday, May 27, 2011

Cuti suda mari.....

Yeay!!! Da cuti...hehe... Da tak sabo nak balik weh....huhu.. Da dekat 5 bulan aku tak tengok kampung halaman... Tak jumpe mak ayah.. Ari ni, kitorang da start cuti. Jelez gak tengok member2 da balik awal tuh. Da gerak kul 10 lebih tadi ngan bas IPG. Aku? Aku still kat asrama lagi. Aku ikut bas luar je.. Hehe... Insyallah kul 4 lebih nanti, aku gerak gi Medan Gopeng. Aku amik bas kul 5.30. Doakanlah aku selamat sampai ke umah ekk...hehe.. Flight aku lak kul 7.50 pagi esok. So..kena bermalam kat LCCT lagi la malam ney..huhu.. Takpe.. Da biase da pun. Macam ni la kalau hidup kt negeri orang. Semangat berdikari tu mesti ada. Kalau setakat bermalam kat airport pun taknak baik takyah gi sini..hehe... Kitorang cuti 3 minggu, so mungkin dalam 3 minggu tu jugak blog ni tak ber update.. Bukan ape... Ghumoh awok bukan takde interrrnet.. Awok je maleh nak unline. Laen la kalau internet kat ghumoh awok free je macam kat IPG awok ney... Udah le selow, na kene bayar pulok.. Nak gi cc...aku ni bukan jenis yg suke lepak kat cc je manjang.. Kalau cc tuh sebelah umah aku boleh la kut..hehe... Pemalas gak aku nih.... Ish3!!....

Aku da x saba na balik ney...nak jumpe mak ayah, atuk, nenek, pak lang, pak ngah, paksu, pak long, dan sesape jerr yg aku rindui...x lupe gak cik adik...huhu... Da lame x jumpe... Da sedia da nak jawab soalan2 pakcik2 kat kampung aku tuh...hehe.. Biase la.. Alangkan aku tak balik 3 bulan pun diorang sibuk tanya aku, ni lak 5 bulan. Sekali sekala jadik fofuler...hoho...

Mase aku taip nih, aku da 97% siap packing.. Aku agak aku la orang paling last packing...hehe... Maleh nak packing.. Rase nak balik teros aje... For all my friends, especially hantu2 K13, HAPPY HOLIDAY!!!!!! Cuti ni buat la benda2 berfaedah ye kengkawan ku.. Jangan lupakan aku...hehe.. Jumpe korang lagi sem depan...Insyallah.. For all IPGM TESLians, don't waste our time ok. Focus for the exam... Good Luck!!!

Tu je aku boleh cakap kat korang setakat ni... Nanti kalau ada masa aku taip la entri2 baru lak ekk!! So, selamat bercuti...... Assalammualaikum......

Thursday, May 12, 2011

Happy Birthday!!!!!!......

12 Mei... Hehe.. Ari yg agak spesel ntuk aku, tapi lebih spesel ntuk orang tuh.. Apa dia??? Ari nih, cik adik kesayangan aku sambut hari lahir yg ke.......emm....tak nak la aku bagitau..hehehe.. Happy birthday to you...happy birthday to you...happy birthday my sweetheart....happy birthday to you!!! Malam ni aku tak leh nak wish kat dia. Iye laa duk asrama sekolah tak leh bawak henset pun.. So, aku juz wish dalam ati je la..kot2 dia bole dengar kata ati aku kan...hikhik..jiwang gile... Da tak tahan, aku lepas je dalam entri nih.. Tak puas ati kalau setakat wish bufday orang lain dalam ati je...huhu.. For my sweetheart....happy birthday to you.. Abg doakan syg dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, tercapai segala yg syg impikan.. Semoga hubungan abg n syg berkekalan sampai ke akhir hayat. Amin...

p/s: Entri simple je..sekadar nak meluahkan isi hati aku.. Da takleh nak pendam...hehe...

Monday, March 21, 2011

Ntah lerr...

*maaf lerr..aku tak tau nak letak tajuk yang seswai...so, korang bace je lah ekk..*

Haha... Akhirnya siap gak assignment pertama aku ntuk sem 2 nih.. Setelah berhempas pulas dan bertungkus lumus dengan menggunakan segala kudrat yang ada, akhirnya assignment aku selesai dengan jayanya....hehe.. Bangga bai...

Arini gak aku ngan geng-geng sesumpah pepatung seperjuangan aku dapat markah ntuk mock exam ntuk LDS kitorang.. Hah? LDS? LDS tu kalau orang planet jupiter panggil Language Description..hehe...

Cuak gak aku mase lecturer tengah nak bagi exam paper tuh. Dandan die kabo lak most of us dapat markah yang tak sepatutnya kitorang dapat..hehe... Pandang member aku kiri kanan belakang sume da menunjukkan riak-riak wajah ngeri, gerun dan sewaktu denganya termasuk aku. Depan? Depan takde bai 'coz aku duk depan.. Budak baik dan hensem kene la duk depan.

So, dipendekkan cite yang memang pendek, I got 40 marks only. Since, it is terrible for me..haha.. Tu la orang soh study tak nak. Bukan tak nak.. Dua ari lagi nak exam tuh aku demam lak. Demam bukan sikit2 punye demam. Rase tak leh nak bangkit da. Sumpah. Baru nak bace sket, mate da berpinar, pale lak rase nak nak pecah. Aku rase macam da jatuh dari lapisan ozon ke lantai besi waja yang bersalutkan konkrit (ok yang ni aku tipu). So, tak leh la aku nak study. Nasib baik malam sebelum exam tuh kitorang ade buat extra class dan aku pun ok gak sket malam tuh. So, bole la aku study sket. Nasib baek la Mr. Lim (lecturer aku) ni baek dan rajin dan mengutamakan student dan bertanggungjawab dan segala-gala yang bersangkut paut dengannya.

Justeru, memandangkan terlampau ramai yang memperoleh markah yang agak rendah (ayat skema lagi)..beliau telah menawarkan extra class secara percuma kepada mana-mana student yang berkenaan termasuklah budak yang bernama yusman. hahaa....... Ramai lak tuh.. Takde la sunyi xtra class tuh nanti. Bole la kitorang same mengimarahkan kelas beliau...hehe... Mane nak dapat lecturer baek camni....

Skang, kitorang da sedia nak tengok result subject laen lak.. Aku da bole agak da...musti pass fail nyerr...ngee~ Kalau le mak ayah aku tanye, tak tau da nak jawab pe...

Lepas kelas je, balik dorm, letak beg, landing... Biase laa... Ari biase takde la cik adik nak temankan aku..hehe... Aku pun da ngantuk sangat da.... Sekian dulu perkembangan terbaru dari cawan sumpak...hehe... Bertemu kita di alam mimpi...... check out!!!!

p/s: maaf laa kalau entri ni tak menarik langsung dan agak membosankan apabila membacanya...hehe...biase la kan budak ni baru lagi...tak brape reti nak naip entri...